Wednesday, August 22, 2012

Kisah Raya 2012 - Balik Kampung o o o Balik Kampung

Dah lepas beraya di area rumah saya bersiap-siap nak ke Melaka. Dah berkira-kira nak ikut ke tak. Tak best r jalan raya anak tak sihat. Tak seronok je rasa. Kitorang follow je la memandangkan semua dah dirancang. Dah siap sewa chalet bagai.

Sepanjang perjalanan ke Melaka tu Alhamdulillah dia xada la buat perangai sangat. Menangis tu menangis la gak. Tapi tak mo duduk dalam car seat n tak mo tido beriba. Dia nak tido atas bahu. Huhuhu. Kena la Ummi tidokan dia atas bahu sepanjang perjalanan tu. boleh timbul muscle ummi. Hehe.

Perjalanan balik kampung kali ni agak kelam kabut sikit. Tambah pula saya ada anak kecil yang tengah tak sihat. Makin kelam kabut la jawabnya. Perancangan awal kami akan ke Muar dahulu. Berkonvoi 6 buah kereta. Tapi kami terpisah dengan yang lain. Yang lain potong jalan mana ntah sebab ingat highway jam. Kitorang lak ikut highway sebab dah janji nak jumpa kat Jasin.

Mr. Teddy dia x suka konvoi berderet sbb bahaya bila dah follow dekat-dekat tu. Dia lagi suka kalau janji jumpa kat mana-mana. Pastu dah terpisah tu tak pe la kan. Kitorang teruskan je la perjalanan ke meeting point. Tetiba diorang call pula tukar plan balik Kuala Sungai Baru dulu pulak. Dan kitorang pulak time tu dah lepas exit pedas linggi. Grrr. Dorang takut lewat sangat sampai ke Muar. Nasib baik belum terlepas exit Alor Gajah. So exit Alor Gajah. Tunggu jap kat tol tu.

Nak jadi cerita si kenit ni lepas bomb pulak. Nak tunggu dorang yang lain takut lambat sangat. Last-last kitorang redah je la. Dah r saya memang tak ingat lansung jln balik kampung. Berbekalkan je la gps Mr.Teddy. Singgah masjid jap. Bersihkan sekali budak yang dah lepas bomb. Pastu calling-calling la tanya chalet kat mana. Call orang ni,suruh call orang tu. Semua first Time sampai ke chalet ni. So dorang pun tak sure. Selalu balik kampung kitorang duduk chalet lain.

Saya dah angin dah time tu. Dengan anak yang ngah tak sehat lagi. Last-last google sendiri nama chalet tu, Umang-umanng chalet kitorang call directly chalet n tanya direction. Senang cerita. Selamat la kitorang tiba ke chalet. Walaupun jalan masuk agak horror. Tapi chalet sangat cantik n selesa. Depan laut lagi. Bangun pagi boleh terus terjun laut.

Kitorang mana ada singgah berhenti mkn kt mn2 pun. Nasib baik la pagi sebelum ke Melaka dah belasah ketupat n laksa kat rumah Pak Lang saya. Sian kat Afkar la. Memang dah prepare bubur untuk dia. Tapi dia xnak makan sangat pun.

Time ni Alhamdulillah demam Afkar dah kebah. Otw ke Melaka saya tampal kool fever kat dahi n belakang badan dia. Makan ubat pon dia tak muntah dah. Moral of the story tiap kali anak demam bw la g klinik. Jgn le bagi ubat yg lama. Mungkin xserasi.

Malamnya pergi beraya rumah mak-mak sedara dekat Kuala Sungai Baru. Alhamdulillah Afkar tak meragam. Sedap je dia tidur. Dah memang waktu tidur dia kan. Nak balik dulu chalet cam xkonfiden lak. Ye la jalan nak masuk ke chalet tu very the scary tau. Gelap gila. Siap ada rumah tinggal lagi. Memang idak le nak balik dulu tengah-tengah malam tu. jadi apa-apa tengah jalan menyesal x berkesudahan. So kitorang tunggu jugak la yang lain-lain sekali.

Raya ke-2 pagi rancang nak ke Muar. Memandangkan chalet ni depan laut, budak2 memang suka la dapat mandi laut. Dah suka tu sampai terlajak mandi laut. Hehehe. Agak lewat gak la kami bergerak ke Muar. Pas tu singgah kedai tayar kat area mana ntah dulu tukar tayar kereta akak saya . Tak kisah la tu. Keselamatan harus diutamakan.

Lama gak r kitorang tunggu. Dengan perut berkeroncong lagi. Nak carik kedai makan mana la ada buka time-time raya. Fast food pun xjumpa kat pekan kecil. Huhuhu. Dah r breakfast cekodok je pagi tu. Time tu kitorang dah rasa-rasa macam tak jadi nak ikut je. Afkar lak meragam dalam kereta. Panas agaknya.

Pukul 4 baru sampai Muar. Pastu suap Afkar makan bubur sampai muntah dia. Dah masuk angin kot perut. Bila tak suap saya kena bebel. Bila dah suap muntah lak Afkar. Afkar siap sempat lepas bomb lagi. Sampai tembus kat baju kakak saya. Cair je. Angin la tu.

Dah habis beraya kat Muar n Sebatu, menuju ke Umbai pulak untuk makan malam. Afkar tidur time tu. biar dia tido dulu. Pastu baru kami turun. Makan bese-bese je sebab maybe ada miscommunication so lauk jadi cam tak berapa cukup. Makan la sorang sikit. Tu pon last2 tu abang saya tambah lagi order udang n kupang. Badan time tu pun dah penat sangat xberapa nak feel la keenakan lauk-lauk. Makan sebab dah lapar sangat-sangat.

Perjalanan balik kami diiringi hujan lebat. Bergerak dari Umbai pukul 9 lebih kami sampai bdr baru bangi pukul 2. Highway jams + Mr.Teddy berhenti tido jap. Time tu kitorang semua dah flat habis. Dengan Afkar yang menangis teruk lagi. Sakit perut agaknya. Kitorang sapu je la minyak bagi dia lega. Memang penat betul. Sepanjang perjalanan tu saya dukung dia atas bahu. Sebab dia tak nak tidur dalam car seat. Tido beriba pun tak nak. Hai la anak. Dah sampai tahap Ummi pun nak join duet sekali nangis dengan Afkar. Huhu.

Moral of the story, bila anak tak sihat haruslah berkira-kira nak bawa jalan jauh. Tak perlulah nak fikir keseronokan atau kemeriahan sangat. Bila anak dah meragam semua tu takkan dirasai. Afkar ni budaknya jarang meragam bila meragam tu memang menguji kesabaran Ummi n Babah. Sabar je la melayan karenah dia.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...