Thursday, August 9, 2012

Keselamatan Diutamakan

Asssalamualaikum w.b.t

Saje nak share kisah ni. Since minggu kedua bulan pose ni saya n Mr.Teddy kitorang dah start merempit gara-gara tak sanggup nak mengadap jams hari-hari. Putrajaya - Bandar Baru Bangi ajdi dekat sejam. Apekehenyer yop. Dengan mana nak ambil si anak awal lagi. Nak g beli juadah berbuka Kantoi tak masak lagi. Hari-hari balik kije Mr.Teddy dengar saya bebel-bebel jalan jams. Kalah driver. hahaha. Akibatnya saya paksarela Mr.Teddy beli motor. Ha kau. Sampai begitu sekali tak nak mengadap jams. Macam kan ko yang bawa kete manual .  Kebetulan bulan ni ada rezeki lebih sikit. Alhamdulillah. Motor raya korang. hahaha. Tapi idakler kami nak balik kampung nek motor. Tercecer Afkar kang. Barang dia je dah penuh keter. hahaha.

Eh apa yang ko melalut ni tuan tanah kedaung. Sebenarnya nak share pasal len. Itu mukadimah sahaja. hahaha. Kisahnya semalam seperti biasa kitorang pun merempit la. Mr.Teddy ambil kat Komuter UKM. OTW nak balik tu kitorang selisih jalan dengan budak sekolah bawa motor. Budak tu dalam form 1 form 2 kot. Dia bawa sorang budak kat belakang dia lebih kurang cam sebaya je. Ok tak ada hal la tu. Biasa r gak selisih dengan dak bawah umur yang bawa motor gaya dah macam orang berlesen je. Yang jadi halnya bila budak yang duduk belakang tu pegang lagi sorang budak umo dalam 1-2 tahun cam tu kot. MasyaALLAH. Bahayanya dik oiiii. Tengok cara dia pegang budak tu lagi bahaya. Tak peluk pon. Budak tu bersandar kat dia pastu dia pegang bawah ketiak dak tu. huhuhu. Nampak sangat tak confident. Siap dengan relax potong kitorang lagi.

Saya suruh Mr.Teddy potong balik budak tu. Bila dah selisih tu saya pun cakap kat budak yang duduk belakang tu "Dik pegang kuat-kuat. Takut terjatuh nanti ". Tetiba jadi Mak Jemah ko. hohoho.
Sorry la sejak dah jadi ibu ni memang tak boleh tengok r camtu. Kalau selisih dengan orang yang naik motor pastu bawa baby pun tak sampai hati nak tengok. Sentiasa berdoa agar perjalanan orang tu sekeluarga selamat sehingga ke destinasi dituju.

Salah siapa kejadian macam tu boleh jadi. Sikap ibu bapa yang over confident dengan anak masing-masing atau budak tu sendiri yang ketegaq. Apapun keselamatan haruslah diutamakan tak kira apa jua pun kenderaan yang kita gunakan.  Kalau berlaku kejadian tak diingini time tu nangis pun dah tak berguna. 

2 comments:

  1. aigooo mcm2 hal....

    apa2 pon, mmg keselamatan perlu d utamakan

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...