Wednesday, August 1, 2012

8 Bulan Sudah

Assalamualaikum w.b.t

Last week, 27 Julai Afkar genap lapan bulan. Cepatnya masa berlalu. Anak Ummi makin besar. Alhamdulillah syukur. Ya Allah ya Tuhanku, pelihara lah kesihatan, kesejahteraan dan juga keselamatan anakku dunia akhirat. Lembutkanlah hati  anakku agar menjadi anak yang soleh, mendengar kata, patuh perintah agama. Jadikanlah anakku anak yang bijaksana, cergas, cerdas dan aktif sentiasa. Peliharalah anakku daripada perkara tidak diingini. Amin.

Afkar menginjak lapan bulan dah TUMBUH GIGI 2 batang. GIGI ATAS. Kebiasaan orang tumbuh gigi bawah dulu kan, tapi dia gigi atas dulu. Memang hero Ummi. Adik beradik saya dah duk mengusik dah la pusar dua, gigi atas pulak tu. Selalu mereka yang berpusar dua dan tumbuh gigi atas dulu ni selalu dikaitkan dengan sikap ketegaq. Ye ke?Tak yah caya lah eh. Saya sendiri tumbuh gigi atas dulu. So, Afkar ikut Ummi la.hehee. Kita doakan yang baik-baik je la untuk Afkar. Amin. Selalu time saya ngah bf saya selalu pesan kat dia agar jadi anak yang soleh, mendengar kata, patuh perintah agama. Jangan lawan cakap Ummi n Babah. Terkebil-kebil mata dia tengok bila saya pesan camtu. Cam paham je. hehee.
Afkar dah boleh berdiri sendiri kalau ada tempat berpaut. Tak kira la sofa ke, meja ke, rak TV ke. Asal boleh jadi tempat berpaut la kiranya. Kekadang abis badan kita dilanyaknyer buat tempat berpaut. So keje dia skang ni asyik nak duk berdiri je. Terkangkang-kangkang dia punya usaha nak berdiri tu. Bila dah dapat berdiri suka. Tersengih-sengih. Siap tepuk-tepuk meja lagi. Kalau dapat berdiri kat rak TV abis semua laci dia nak buka. . Memang tak boleh tinggal dia sorang. Ada je la keje dia nanti. Segala kepungan tak jalan dah. Pandai dia robohkan tembok kepungan Ummi n Babah. So, sekarang ni kalau nak tinggal dia sensorang masukkan dia dalam play pen. Kalau kejap-kejap boleh la letak kat kerusi moo moo kesayangan dia tu.
Dia dah pandai jugak mengajuk bunyi-bunyian. Kitorang ada la belikan dia music mat. Bila di tekan music mat tu berbunyi dengan dia sekali mangajuk bunyi dari music mat tu. Haritu abang saya saja buat kat dia "Hepp". Dia boleh jawab "Hepp hepp" Siap dengan muka-muka lagi. hahaha. Tetiba rasa rindu lak kat bam bam sowang ni.


Sila abaikan keadaan yang bersepah tu eh. huhuhu. Rumah saya tak ada play room khas untuk si kenit ni cam orang lain. Ruang terhad. Depan TV la jadi tempat permainan dia. hahaha. Bantal-bantal tu semua buat kubu tuk kepung dia, tapi tak jalan dah. Abis kena roboh dengan dia. Play mat selit kat celah rak TV time mengemop rumah. Bila dah kering xsempat nak bentang balik budak kecik ni dah bangun. Terus bawa main depan TV.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...