Friday, July 13, 2012

Rahsia Elak Obesiti

Artikel dipetik dari sumber : Berita Harian 

Ibu beri susu badan sukar obes

LONDON: Amalan menyusu badan boleh membantu wanita untuk mengekalkan berat badan dan mengurangkan risiko obes apabila meningkat usia.

Saintis mendedahkan, wanita yang menyusu anak walaupun untuk hanya beberapa bulan selepas kelahiran hanya akan menjadi obes 30 tahun selepas itu. Penyelidik Universiti Oxford merumuskan, bagi setiap enam bulan seseorang wanita menyusui anak, mereka akan kehilangan kira-kira 0.9 kilogram.

Walaupun ia tidak banyak tetapi ahli akademik mendakwa ia boleh menghalang beribu-ribu kematian akibat kanser, masalah jantung atau penyakit lain yang dikaitkan dengan obesiti.

Kajian terbaru membabitkan lebih 740,000 wanita memberikan bukti bahawa amalan menyusu badan boleh membantu mengurangkan penambahan berat badan.

Menyusu badan membawa kepada pembakaran sejumlah besar tenaga dan pakar sebelum ini mengira bahawa ia adalah sebanyak 500 kalori sehari bersamaan dengan satu sesi senaman di gym. Penyelidik berkata, bagi setiap enam bulan wanita menyusu bayi mereka, indeks jisim badan mereka akan berkurangan sebanyak satu peratus. 

Secara purata seorang wanita yang mempunyai tinggi 167.64 sentimeter dan berat 70.30 kilogram mempunyai BMI 25 yang diklasifikasikan sebagai berat badan berlebihan.
Agensi
**********************************************************************************

Cuba tengok point yang di'highlight' kuning tu. Sekarang saya dah menyusukan EJoy Jr 7 bulan setengah. Patut r ade orang tego saya dah kurus sikit.Pang diri sendiri sedas Balik nanti nak timbang betul tak hilang 0.9 kg. Takut-takut bertambah 5kg je. hahaha. Saya rasa saya tak termasuk dalam golongan 740,000 wanita tu sebab memang berat saya tak turun pun. Makin naik adalah. Dah selera cam raksasa sangat. Lepas directfeeding atau pump memang lapar n dahaga. Time lunch n dinner memang melantak kaw-kaw. Breakfast nasi lemak. Memang makin berlemak la jawabnyer.

Berat saya turun time dalam pantang je. Thanx to bengkung yang mak buat. Memang berkesan mengempiskan perut. Time tu dah senyum lebar la kan. Lepas pantang dah tak ada pakai bengkung berat naik balik. huhuhu. Nasib baik baju kurung ada yang muat lagi. Baju kebaya dengan baju kurung moden kirim salam je la eh. Muat tu muat tapi tang cik b tu ketat semacam. Sakit mata pulak orang tengok nanti. Saya sendiri pun tak selesa.  

Tapi kajian yang disebut di atas memang betul. Sebab ramai je kawan saya yang breastfeed kurus. Cuma saya la yang tak tergolong dalam golongan tu. hahaha. Tapi saya tak ada la sampai tahap obesiti. Cuma tak capai cecah berat sebelum pregnant je, 49kg. Saya naik hampir 20kg before deliver Ejoy Jr. Sekarang berat saya rahsia. hahaha. Mengada. Pang sedas. Tapi still bawah 55kg r. Cer teka. Kalau betul tak ada hadiah pun.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...