Saturday, July 21, 2012

KETERLALUAN???

Assalamualaikum w.b.t

Apa yang bakal saya tuliskan ni adalah ikhlas dari pandangan saya, seorang ibu kepada anak lelaki yang baru nak menginjak 8 bulan. Saya sendiri masih dalam proses pembelajaran dalam hal keibubapaan. Oleh itu saya perlu banyakkan membaca untuk meningkatkan pengetahuan tersebut terutama dari sumber internet. Teknologi di hujung jari katakan. Untungnya hobi saya suka membaca=)

Kebelakangan ni saya sering terbaca/terjumpa orang yang TERLALU menekankan sesuatu perkara sehingga merasakan sekiranya orang lain yang tidak berbuat perkara yang sama telah melakukan KESALAHAN yang besar Kalau yang bukan keterlaluan tu x yah terasa eh. hehehe Siapa lah kita untuk menghukum sesama manusia atau melabel manusia yang lain dengan sesuatu gelaran yang tidak elok. Ni berkaitan dengan hal perkembangan anak-anak la terutamanya. Sekadar menamakan beberapa contoh dalam hal ni : penggunaan buaian, walker, breastfeeding, solid food, vaksin. Sebagai seorang ibu pastilah kita hendak yang terbaik untuk anak-anak. Tambahan ibu baru seperti saya, banyak lagi yang perlu belajar. Anak pun baru hendak menginjak lapan bulan. Masih jauh perjalanan dan perjuangan sebagai seorang ibu. Sebagai ibu yang baru belajar kekadang saya jadi takut pula nak bertanya bila perlukan sesuatu penjelasan. Sebab risau disalah tafsir. Risau terOOT. Tapi if tak bertanya takut tersesat jalan pulak. 

Penggunaan Buaian dan Walker

Ramai yang menekankan a BIG NO! to penggunaan buaian dan juga walker. Tidak elok untuk perkembangan anak-anak. Saya SAMA SEKALI TIDAK menafikan kenyataan tersebut. Tapi sekiranya itu sahaja jalan penyelesaian yang ada bagi ibu-ibu kenapa kita harus menidakkan. Zaman ibu bapa kita dahulu turut menggunakan medium yang sama dalam mendidik anak-anak. Daripada melihat anak kita menangis tak keruan, lebih baik memilih pilihan yang ada. Situasi setiap orang berbeza. Tidak sama. Kita tak boleh nak bersuara/mengeluarkan pendapat sekiranya kita tidak berada di tempat orang yang memilih pilihan tersebut. Contoh kenyataan yang saya pernah dengar "Eiii ko ajar anak engkau berbuai ke. Tak elok la. Nanti bergegar otak. Susah nanti ko nak pergi mana-mana kena berangkut buaian segala". "Tak payah la ajar anak guna walker nanti tulang bengkok sebab ko bagi duduk sebelum masanya. Ni nak senang kerja la ni eh". 

Saya percaya sebagai ibu kita bukan sengaja memilih pilihan tersebut sekiranya kita ada pilihan lain. Saya mula menggunakan buaian untuk Afkar kalau tak silap dalam umur dia sebulan lebih rasanya. Time tu dia dah mula pandai. Bila menyusu elok je dia tidur atas riba kita. Bila letak atas play pen mata mula buka seluas-luasnya. Pastu kena mula semua proses semula. huhuhu. Akhirnya mertua mencadangkan untuk membelikan Afkar buaian. Saya tiada halangan sekiranya itu penyelesaian yang ada untuk membuatkan dia tidur lena. Ternyata buaian selesaikan masalah saya pada waktu itu. Tetapi tidaklah saya mengayun buaian sekuat hati sehingga mengakibatkan gegaran otak. Nauzubillah. Minta dijauhkan perkara tidak dingini.


Apabila makin Afkar membesar makin Afkar tidak memerlukan buaian. Yang penting kena kepit bawah ketiak Ummi. hehee. Budak manja. Saya tidak lagi bergantung kepada buaian sepenuhnya. Sehingga kini buaian digunakan sekiranya saya tinggal seorang di rumah dan perlu membuat kerja rumah pada masa yang sama. Bila masukkan dalam buaian Afkar akan tidur lena lebih dari biasa. So, saya boleh siapkan kerja rumah pada masa yang sama. Sebagai ibu yang berkerjaya saya hanya ada masa di hujung minggu untuk menyelesaikan kerja rumah yang tertunggak. Buat masa sekarang walker belum dicuba lagi. Tapi sekiranya keadaan terdesak dan tiada pilihan lain saya tiada halangan untuk membenarkan Afkar guna walker. Sekarang ni kami ajar dia main dalam play pen dia dahulu atau biarkan dia duduk dalam kerusi 'moo moo' dia. Tengok sampai bila dia mampu bertahan. hehee.

Breastfeeding

Saya bersyukur dengan rezeki yang dilimpahkan ALLAH dan juga peluang serta kesempatan yang diizinkan ALLAH untuk saya menyusukan Afkar. Syukur tidak terhingga. Alhamdulillah. Ramai lagi di luar sana yang tidak berkesempatan untuk menyusukan atas sebab-sebab tertentu. Yang kita sendiri tak tahu sebab kita tidak berada di tempat mereka. Tetapi kita sebagi ibu yang berkesempatan ini janganlah sesekali melabelkan perkataan yang tidak elok kepada mereka yang tidak berkesempatan itu. Baru-baru ini saya terbaca ada yang melabelkan ibu yang beri FM (susu lembu), perangai anak nanti macam lembu. Perlu ke kenyataan tersebut. Tercalar perasaan ibu yang beri FM mendengarnya. Termasuk saya yang pernah suapkan FM kepada si kecil saya. Kita sepatutnya memberikan sokongan bukan memperkecilkan sehingga mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Janganlah kita pandang serong kepada mereka yang tidak berkesempatan seolah-olah mereka itu begitu zalim atau kejam. Tidak prihatin dengan khasiat terbaik untuk anak. Semua ibu nak yang terbaik untuk anak masing-masing. Paling tidak mereka tidak membiarkan anak kelaparan. Jangan lah kita yang diberi kesempatan ini terlalu berbangga dengan rezeki tersebut. Hak penyusuan itu hak anak, rezeki daripada ILAHI. Siapalah kita [read : yang berkesempatan] hendak mendabik dada aku mampu! Mungkin hari ini rezeki melimpah ruah esok lusa wallahualam. Hilang nikmat itu menangis tak berkesudahan. Saya bersyukur dengan rezeki ini walaupun saya tidaklah seperti mereka yang lain-lain beratus-ratus atau beribu-ribu stok yang ada. Semoga rezeki ini akan berkekalan dan terus dilimpahkan. Amin. Jauh lagi perjalanan saya ni. Doakan yang terbaik untuk saya k.

Begitu juga kepada ibu yang tidak berkesempatan itu. Tidak perlulah mempengaruhi rakan-rakan yang lain untuk berhenti dalam perjalanan penyusuan. Tidak perlulah menggambarkan mereka-mereka yang berkesempatan ini dengan perkataan yang tidak baik seperti : "outdated la ko ni breastfeeding anak. Ko tak rasa rimas ke anak mengempeng je. Nanti nak tinggal anak susah la. Sekadar contoh yang saya pernah dengar ". Kita sama sahaja. Ibu kepada anak-anak kita. Bersama-sama lah kita berazam untuk memberi yang terbaik untuk anak masing-masing. Bersama-sama lah kita menjadi ibu yang terbaik untuk anak masing-masing.

Solid Food

Sekali lagi saya ulang kita sebagai ibu pastinya hendak yang terbaik untuk anak masing-masing. Pastinya kita hendak memastikan yang anak kita mendapat semua khasiat terbaik yang ada di dunia ini. Ramai yang menekankan makanan yang mengandungi khasiat adalah makanan yang dimasak sendiri di rumah. Homemade. Saya SAMA SEKALI  BERSETUJU kenyataan tersebut. Tetapi janganlah kita pandang rendah kepada mereka yang tidak mampu menyediakan semua itu untuk anak masing-masing. Sekali lagi kita tidak berada di tempat mereka. Kita hanya menyarung kasut kita sendiri. Tidak berada di kasut orang lain yang berkemungkinan tidak sama saiz dengan kita. Ada seorang sahabat bercerita pada saya "Tak kisahlah anak aku makan CERELAC sekalipun. Yang penting dia nak makan. Daripada aku masak bubur atau puree tapi dia luahkan. Nanti dia jugak yang lapar. Sian anak aku." Nampak tak kat sini ibu tersebut memikirkan perkara yang terbaik/terpenting adalah anak dia makan. Pernah terjumpa  " Eh ko bagi nestum? Nestum tu manis la. Dah la tak berkhasiat. Malas la ko ni. Masak je la bubur ke puree ke. Bukan susah pun." Terkebil-kebil si ibu tadi. Mana la tau ibu tadi mencuba tapi si anak yang menolak seperti sahabat saya tadi. Pengalaman saya sendiri, setakat ni Alhamdulillah Afkar masih menerima bubur atau puree yang saya sediakan. Harapnya dia akan terus menerima. Jika tidak haruslah saya memikirkan alternatif lain. 


Vaksin


Ada seorang kawan Mr.Teddy di FB yang baru melahirkan 'berkempen' untuk tidak membenarkan anak beliau diberikan suntikan. Kenyataan-kenyataan beliau saya rasakan keterlaluan. Ibaratkan ibu-ibu yang memilih untuk memberi suntikan ni zalim nak menyumbat benda-benda tak sepatutnya ke dalam badan anak sendiri. Saya tiada sebarang masalah sekiranya beliau memilih pilihan itu, tetapi janganlah pulak beliau memberikan kenyataan yang tidak sepatutnya kepada ibu-ibu yang memilih memberikan suntikan.

*********************************************************************************

Apa yang saya perhatikan juga, pelbagai konflik akan timbul akibat daripada sikap 'KETERLALUAN' tersebut. Terutama dengan ibu bapa or mertua. Biasalah orang-orang tua akan cuba menerapkan cara didikan yang diamalkan bertahun kepada anak-anak juga. Saya tak ambil contoh orang lain. Contoh mak saya sudah la. Mak saya agak konservatif Ampun mak . Mak saya tidak pandai nak melayari internet untuk tahu perkembangan terkini. Kalau artikel keluar surat khabar tahulah beliau.  Jika tak ada memang tak tahu. So beliau tak tahu yang bagi air masak kepada baby tu tak digalakkan. Tak tahu ada pelbagai kaedah bagi ibu bekerjaya untuk terus breastfeeding bila dah naik kerja. Dan yang lain-lain la. Mak saya hanya seorang suri rumah beranak 10 dengan cucu 12 orang. Beliau menggunakan buaian, walker dalam proses mendidik anak. Anak ada sepuluh orang. Yang semua sihat-sihat belaka.Alhamdulillah. Siapalah saya yang baru anak seorang ni untuk menidakkan pengalaman mak saya yang beranak 10 itu.  Otai tu. hehee. Kalau saya membantah secara terang pasti dialog mak saya "Ala, aku besarkan anak-anak aku 10 orang elok je minum air masak, makan nestum, berbuai, naik walker. Gemuk-gemuk gak masing-masing. Pandai-pandai gak  masing-masing." Contoh je ni. hahaha. Saya dah boleh agak dialog mak saya

Ni saya terjumpa dalam FB jugak bila konflik timbul ramai yang menasihatkan untuk berterus terang. Itu kan anak kita. Ikut kitalah nak besarkan macam mana. Betul anak kita, yang juga cucu mereka. Orang tua kan sensitif. Takkan la kita sanggup nak melawan mereka, bercakap kasar dengan mereka demi menegakkan pendirian kita. Saya tak sanggup. Anda saya tidak pasti. Tak sanggup nak tengok mak saya berkecil hati. Walaupun dulu saya kaki melawan paling tegar Tapi sejak jadi ibu naluri tu berubah. Dalam sesetengah perkara kita tidak mampu untuk membantah pandangan orang tua secara terang. Saya dan Mr.Teddy selalu gunakan cara ni bila dengan mak saya atau mertua: "Aritu kan mak kitorang pergi check up Afkar kan. Doktor nasihatkan bla bla bla." Saya tak tipu sebab saya setiap kali jumpa doktor, saya memang akan tanya pasal artikel yang saya baca. Sahih ke tak. Sumber pun dari internet. Perlu la memastikan kesahihannya.

Apa-apa pun pendirian kita dalam hal mendidik anak biarlah jangan keterlaluan. Teruja tak salah. Saya sendiri teruja dengan kelahiran Afkar. Pengalaman pertama la katakan. Tetapi janganlan keterlaluan sehingga mengecilkan hati pihak lain dengan kenyataan kita. Ini pandangan saya sendiri seorang ibu baru. Kalau ada yang membaca terasa saya menyusun sepuluh jari mohon maaf. Wallahualam.











2 comments:

  1. setuju la ngan pendapat u ni.sy selalu baca status dlm grup FB ni.....asyik nk blame MIL je.abis mak sendiri sume ok ker.

    -fati-

    ReplyDelete
  2. Tu la kan...banyak sangat dengan compalaint pasal MIL...apapun janganlah sampai buat kecil hati...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...