Monday, July 23, 2012

AL FATIHAH - Arwah Siti Khuzaimah

Assalamualaikum w.b.t

Ketika umat Islam menyambut hari pertama Ramadhan saya dikejutkan dengan pemergian rakan seperjuangan selama 3 tahun di UTM - Siti Khuzaimah Annuar yang terlibat dalam nahas helikopter terhempas Jumaat lepas. Al fatihah. Takziah buat keluarga Arwah. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan golongan yang beriman. ALLAH lebih menyayangi Arwah.

Jumaat malam tu ketika saya otw balik kampung, Slim River tergerak hati nak check FB. Seorang rakan sekuliah yang juga teman rapat Arwah update di group batch kami, mohon doakan keselamatan Arwah. Tertanya-tanya kenapa pulak ni. Ada yang letak link ni. Bila saya baca memang terkejut habis. MasyaALLAH. Pagi esok baca kat FB update terkini bahawa mayat Arwah telah ditemui [Link]. Saya baca artikel ni membuatkan hati tersentuh.

Kali terakhir bertemu dengan Arwah ketika majlis perkahwinan classmate UTM, Rina Salleh. Masih teringat lagi senyuman dan gelak tawa Arwah. Bermain dengan Afkar. Cubit-cubit pipi Afkar. Arwah yang dikenali memang seorang happy go lucky n sangat murah dengan senyuman.

Ajal tidak mengenal usia. Semua itu adalah ketentuan ILAHI. Mati itu pasti cuma tidak tahu bila giliran kita dijemput ILAHI. Kita yang tinggal haruslah meneruskan hidup dan bersedia untuk menghadapi kematian. Dengan mengingati kematian kita akan lebih mendekatkan diri ALLAH s.w.t. Mengamalkan perintah dan meninggalkan larangannya. Apa pun yang terjadi, ALLAH lebih mengetahui.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...