Monday, June 25, 2012

Tidur Lasak

Assalamualaikum w.b.t

Last weekend kitorang balik kampung:Slim River. Memang every weekend tak duduk rumah la. Ada je aktiviti. Minggu ni nak ke Melaka pulak ada kenduri kahwin. Ok tak nak cerita banyak pasal aktiviti weekend kitorang. Just nak update pasal ada budak tu jatuh katil semalam. Tidur makin lasak sekarang, tu yang sampai jatuh katil. Ikut sape la gamaknya. Mr.Teddy kata Ejoy Jr tido sebijik saya. Hampeh tau babah dia. Yang buruk sume follow Ummi.

Kebiasaan waktu dia bangun tidur memang si bam bam ni suka sangat bergolek. So, kalau dia dah bangun tidur tu memang kita kena la bangun sekali. Saje tak nak bagi chance ummi golek-golek lama sikit di hujung minggu tau. Paling tak saya memang akan kepung dia kaw kaw dengan bantal. So tak boleh la dia nak bergolek. Bila dia tersekat daripada nak bergolek tu dia akan marah n secara tak langsung kejutkan saya dari tidur. Dah dia tepuk-tepuk kita. Takpun tarik baju. Takpun sondol-sondol. Mahu tak bangun. Ntah semalam camne boleh jatuh pun tak tau la. Padahal babah dia dah kepung ngan bantal. Jatuh tu pulak ke arah bertentangan daripada posisi tidur dia. Maknanya dia dah bergolek tanpa disedari oleh Ummi dia. Tau-tahu terdengar bunyi Dumm...Pastu Huwaaa...

Punya la terkejut. Terus bangun n angkat dia. Time tu dia dah terlentang kat atas karpet. Pak Mentua dah tunggu depan pintu bilik nak sambut cucu dia yang nangis. Pujuk-pujuk ok senyap. Pak Mentua check condition dia tak ada bengkak kat mana-mana. Bila dah habis nangis dia pun aktif cam biasa. Feeding pun cam biasa. Alahai anak. Boleh buat gugur jantung Ummi. Tapi rasa bersalah tu tetap ada. Sebab Ummi leka. Tak jaga Ejoy Jr. betul-betul. huhuhu. Dah la kejadian di rumah mertuaku. Oh habis reputasi Ummi.
Ok parents sekalian. Sila pantau tanda-tanda berikut jika anak anda terjatuh.

1. Anak pengsan selepas terjatuh
2. Terdapat darah / cecair jernih keluar drp hidung atau telinga selepas terjatuh
3. Muntah2 memancut
4. Anak tidak aktif seperti biasa
5. Tarik atau sawan (fit)
6. Lebam pada bahagian belakang telinga
7. Perubahan fizikal spt muka herot ketika menangis, lemah bahagian anggota bdn spt tangan atau kaki
8. Tidak stabil semasa berjalan


sumber: Pakar kanak-kanak Saiful


Alhamdulillah. Ejoy Jr tak mengalami satu pun tanda-tanda yang dinyatakan di atas. Hope tak ada apa-apa la. N sekarang Ummi n Babah decide untuk ajar Ejor Jr tidur dalam play pen dia. Kalau tak berjaya nampaknya katil perlulah dicabut. Tidur atas tilam je la kita nak.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...