Monday, June 11, 2012

Orang Kita Kurang Sensitiviti?

Assalamulaikum w.b.t

Orang kita sekarang dah makin kurang sensitiviti ke erk?Mungkin terlalu mengejar perihal dunia sampai terlupa dah nak hulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Wallahualam.

Ini kisah pagi tadi. Perjalanan ke pejabat. Semua orang berpusu-pusu turun ERL termasuk seorang pemuda yang sedang bertongkat. Jarak saya dengan pemuda tersebut agak jauh tapi jelas di mata saya apa yang terjadi. Pemuda tersebut menggunakan tongkatnya untuk dijadikan petunjuk perjalanannya. Tetapi tidak bermakna dia tidak memerlukan bantuan orang lain walaupun dia ditemani setia tongkatnya. Teraba-raba si pemuda dalam kegelapan menggunakan tongkatnya mencari arah. Dalam perncarian arah tu, si pemuda telah tersalah hala tuju. Tiada seorang pun menariknya untuk berada di jalan yang betul. Kemudiannya si pemuda terlanggar escalator. Barulah dia sedar yang di telah tersalah arah. Sedangkan di sekeliling pemuda tersebut waktu tu ramai orang. Tiada seorang pun yang sudi menghulurkan bantuan.

Pemuda tersebut meneruskan perjalanan. Saya bercadang untuk follow di belakang pemuda tersebut sekiranya dia memerlukan bantuan saya akan cuba untuk membantu. Masa nak keluar dari stesen ERL tiket saya tersangkut pulak. Uzur la mesin tiket ERL ni. Selalu telan tiket orang tau. Saya tertinggal agak jauh ke belakang. Bila saya dah sampai stetsen LRT, pemuda tadi dah tak ada. Saya pun fikir Alhamdulillah, ada juga hamba ALLAH yang sudi bantu pemuda tadi.

Semasa saya turun tangga LRT saya terlihat kejadian yang lebih menyayat hati. Saya terlihat pemuda tadi. Tongkatnya tersepit di pintu LRT dan ketika itu dia masih di luar LRT. Dia sedaya upaya menarik tongkatnya dan tidak melepaskan tongkatnya. LRT pun berlalu pergi bersama tongkat pemuda tadi. Terlihat di wajah pemuda tadi kerisauan yang tidak bertepi. Bagaimana nak meneruskan perjalanan tanpa teman setianya itu. Sekali lagi tiada seorang pun yang membantunya ketika itu. Saya terfikir kenapa tiada seorang pun yang mengutamakan pemuda tadi untuk masuk ke dalam LRT terlebih dahulu. Atau kenapa tiada seorang pun yang membantu untuk melepaskan tongkat pemuda tadi sebelum tersepit dengan pintu LRT.

Salah siapa orang kita makin kurang sensitiviti. Sebelum ni berhadapan dengan orang yang tidak mengutamakan OKU termasuk orang tua dan ibu mengamdung duduk dalam LRT. Kali ni hal ni pula. Sungguh menginsafkan. Sebagai kesedaran untuk diri sendiri jugak. Sentiasa menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.Cuba bayangkan kita berada di tempat si pemuda tadi. Dahla tak ada orang yang nak tolong. Tongkat si peneman setia turut di bawa pergi LRT. Fikir-fikir kan dan selamat beramal.

2 comments:

  1. aku memang nak sesangat tolong dia beb...tapi dia jauh dengan aku..tak sempat aku nak tolong dia dah terlanggar escalator...pastu tersepit tongkat lak...sian dia weyh...huhu

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...