Friday, June 22, 2012

HB Mr.Teddy!!!

Assalamualaikum w.b.t

Lama kot tak update blog. Cam la busy sangat. hahaha. Baru balik kursus sebenarnya. 3 hari tak masuk office. Bila tak masuk office tu pepaham je la eh. Line 3g kat umah yang cam haremm. Kat living hall je ade coverage 3g. Dalam bilik harap maaf. Tak dak internet nak update blog. Nampak sangat ko kaki curik tulang kat office. Dang kantoi.

Nak share la cerita ni. Yang dah agak basi. Last Sunday, 17 Jun 2012 adalah birthday Mr.Teddy. Kitorang sefamily celebrate kat Secret Recipe, Bandar Baru Bangi je. Celeb la sekali ngan Fathers Day. First time Mr. Teddy celebrate as Babah to our beloved son:Ejoy Jr. yeah. Tak dan nak amik gambo. Si kenit tengah cergas. Semua nak dipegangnya. Padahal kalau kat rumah time-time tu confirm dah merengek-rengek ajak tido. Bila kat luar kemain cergas dia. N dapat perangai baru tak mo duduk dalam stroller. Ahdoyai Ummi n Babah dah belikan stroller tu. Tak nak pulak dia duduk. Duduk kejap je. Pastu dah minta angkat.

Tak de pun beli cake besar-besar. Beli 1 slice je banana chocolate. Nak makan berdua je pon. Nak open table tengah bulan pulak. Dah paras-paras hidung jerk. Birthday sape pun tak tau la kan. Order cake ikut my taste. N saya gak yang tukang pelahap cake tu dulu. Nnnnnnnnnnnn saya gak tukang abiskan cake. hoyeah. Saya la si raksasa itu.

Hadiah pun tak ada. Ye tak ada. Tu la sape suh birthday tengah bulan lagi. Hadiah postpone akhir bulan eh Dy. Tapi Mr.Teddy tak nak hadiah beli, dia request hadiah lain yang wat i touching. huhuhu. Ok xpe. Tapi my birthday still i nak hadiah tau . Oleh kerana tak ada hadiah, so si isteri ni kelam kabut wat-wat surprise konon-konon cam ada hadiah. Kotak n card pun kirim kat orang. Memang x senonoh tau. Buat ala-ala treasure hunt. Tapi tak aci sebab Mr.Teddy dapat teka semuanya dengan cepat. Nampak nau xpandai nak buat treasure hunt. Mr. Teddy pun cer la berlakon cam susah sket nak cari clue. Ni tak laju je dia dapat jawapan. APTB.

"HAPPY BIRTHDAY MY LOVELY MR.TEDDY"
"SEMOGA PANJANG UMO N DILIMPAHKAN REZEKI"
"TERIMA KASIH MENJADI SUAMI N BABAH TERBAIK UNTUK I DAN ANAK bakal anak-anak. hahaha."
"I LOVE U SO MUCH" 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...