Monday, June 4, 2012

First Solid Food

Assalamualaikum w.b.t

Hari Ahad 27hb hari tu Ejoy Jr dah 6 bulan. So dah boleh makan. Yummeh. Hari Ahad Ummi n Babah bawa Ejoy Jr. g kenduri kawen kawan Ummi n Babah. So, Ummi start bagi Ejoy Jr. makan hari Isnin. Ummi siap ambil cuti lagi untuk jadi orang pertama yang suapkan Ejoy Jr. makan. Semangat betul Ummi.

Seawal pukul 7.30 pagi Ummi dah mula memasak untuk Ejoy Jr. Biarkan je dalam slow cooker. Ummi masak apa eh. Ummi masak bubur nasi. Ada yang cadangkan kat Ummi bagi first solid food puree. Tapi bila Ummi check dengan PAED yang selalu check Ejoy Jr., Dr. Afifah suggestkan bagi solid food yang berasaskan beras. So Ummi pun masakkan la bubur nasi untuk Ejoy Jr. Rajin bebenor Ummi. Ala bukan susah pun.hehehe.
Camna rupanya Ejoy Jr makan. Wah kemain budak tu. Memang sangat suka makan. PAtut r suka masuk tangan dalam mulut. Tak sempat nak amik gambo. Sebab Ummi malas nak sarung tudung. huhuhu. Bagi dia makan tengahari. Mula-mula makan excited je. Nganga je Ummi suap. Pastu Babah pulak suap. Pastu Ummi pulak. Bila-bila dah lama sikit dia dah ngantuk. Cuba nak capai mangkuk makan dia. Bila tak bagi dia mula la mengamuk. Skang dah dapat peel gitu pulak. Dia nak apa-apa kalau kita tak bagi mula melentingkan badan. Ahdoyai anak oii ikut perangai sapa tu. Terus mood lari tak nak makan dah, nak tido. Ummi pun nenkan dia terus tertido. Sedih Ummi. Excited nak bagi anak makan, anak wat perangai pulak. huhuhu. Ok la dia makan tu tapi tak habis la sebab dah mengamuk.

Esoknya Ummi bekalkan juga bubur nasi untuk Ejoy Jr. ke Nursery. Ummi siap-siap letak dalam flask.  La Gourmet lagi tu  Balik time ambil dia, akak Nursery cakap dia sangat suka makan. Siap bertambah dua kali. Sampai akak tu pulak naik takut nak bagi lagi. Takut dia kenyang sangat. Alhamdulillah anak Ummi boleh terima bubur yang Ummi masak. Next time kita try lain pulak k.

Tapi buat masa sekarang Ejoy Jr terpaksa direhatkan dari makan untuk seketika. Sebab dia batuk sekarang ni. Pergi check tak ada apa-apa. Cuma doktor advise stop sekejap, nanti bila dia dah ok sambung balik bagi makan. Tapi dia batuk bukan sebab makan ni. Before bagi makan dia dah start batuk. Saya agak maybe ebm thawed yang dibekalkan dipanaskan kejap. Sebab aritu dia dah baik batuknya. Bila bagi thawed ebm start batuk balik. Ummi n Babah terus bekalkan warmer kat nursery. Hope batuk anak Ummi cepat baik. Memang la doktor kata tak ada apa-apa, tapi sian tengok dia batuk-batuk tu. Terutama waktu pagi.huhuhu.

2 comments:

  1. hmmm ciannya batuk.moga cepat sembuh baby.

    ReplyDelete
  2. Amin aunty rara.aritu dah baik...ni kena balik...huhuhu

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...