Monday, June 11, 2012

Baru Betul Riuh Sekampung

Assalamualaikum w.b.t

Last week balik Slim River, wedding cousin Mr.Teddy. Kitorang laki bini ni setiap kali balik kampung, tak kira Klang or Slim River macam ada satu penyakit ni tau. Penyakit pelupa bawak pampers. hahaha. Padahal tu la yang penting sekali kan. So, memang tiap kali balik kampung Ejoy Jr akan dapat pampers baru. Kali ni balik nasib baik Ummi memang ada sparekan beberapa keping pampers dalam back pack Ejoy Jr. Tu pun tuk kegunaan malam n pagi tu je la.

Time keluar rumah nak g wedding tu baru lah singgah beli. Selalu kalau g mana-mana memang akan siapkan baju spare, pampers, baby wipes, spray, napkin dalam hand bag in case kalau dia terbuang hajat ke apa. Bagpack dia tetap ada gak tapi selalu akan tinggal je dalam kete. Oleh kerana baru beli pampers time nak keluar rumah tu, so dalam hand bag Ummi tak ada la spare Ejoy Jr punya pampers. Pampers dalam kereta. Nak di jadikan cerita budak bam bam busyuk ni telah melepaskan hajat baik punya. hahaha. Nak lagi best time tu Babah dia boleh pulak missing is action. Dua-dua orang pulak tu tak bawak hand phone. Tak boleh nak call Babah.

Kebetulan ada anak sepupu Mr. Teddy kat situ, saya minta dia tolong carikan Mr.Teddy sebab Ejoy Jr dah poo poo. Semua orang ditanyanya ada nampak Mr.Teddy tak. Jadinya semua orang pun cari Mr.Teddy. Baru betul riuh sekampung Ejoy Jr poo poo. Rupanya Mr.Teddy pergi masjid. Ada cousin Mr.Teddy pergi masjid jumpa dia bagitau yang orang sume tengah duk carik dia. Kelam kabut balik. Mr.Teddy kata sepanjang dia jalan tu orang yang nampak dia sume gitau dia yang orang kat rumah tengah kecoh carik dia. hahaha. Ejoy Jr poo poo riuh sekampung. Apa la busyuk Ummi ni.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...