Wednesday, June 27, 2012

Bapa dan Anak

Assalamualaikum w.b.t

Semalam pas balik keje, Mr.Teddy ambil saya kat ERL then terus pergi ke Alamanda. Nak settle bil Maxis. Sorry Ejoy Jr Ummi n Babah ambil lambat sikit yerk. Jangan majuk k. Nanti Ummi upah susu. Time kitorang kat Alamanda, ramai betul pasangan yang bawa baby. Rasa yang lebih kecil dari Ejoy Jr. pun ada. Dan kebanyakannya semua si bapa yang pegang si baby tu. 

Time saya pergi SOGO pun sama. Tengok ramai bapa yang sedang malayan baby masing-masing sambil si ibu shopping. Ada sorang bro ni saya jumpa mula-mula kat floor barang-barang baby. Baby dia tengah nangis. Pastu dia pujuk-pujuk baby dia. Bila saya turun bawah nak beli baju Mr.Teddy, jumpa dia lagi. Baby dia dah tertidur pun dalam carrier sambil dia shopping. Tabik spring kat bro tu. hehehe.

Kitorang pun macam tu. Kalau pergi mana-mana samada jalan-jalan, shoping atau wedding, Mr.Teddy yang akan dukung Ejoy Jr. Kalau time shopping, Mr.Teddy dukung Ejoy Jr, saya akan shopping. hehehe. Tu la namanya kerjasama. hahaha. Kalau letak dalam stroller pun selalunya Mr.Teddy yang akan tolak stroller. Ejoy Jr akan di'pass' kepada saya time nenen. Yang tu Mr.Teddy tak boleh nak handle. hahaha. Ok tak kelakar. Bila Ejoy Jr dah tertido akan di'pass' kembali kepada Mr.Teddy. N selalunya dia akan makin lena tidur atas tilam VONO babah dia.

Semalam borak dengan Mr.Teddy pasal hal ni. Mr.Teddy cakap mak sekarang tak larat nak dukung anak Merujuk kepada anak kami yang Alhamdulillah semangat .  Saya rasa bapa-bapa sekarang lebih memahami. Maybe kalau dulu tanggungjawab untuk menjaga anak tu terletak di tangan ibu, dan bapa pula mencari rezeki. Contohnya mak saya yang seorang suri rumah menjaga 10 orang anaknya. Masing-masing dengan macam-macam kerenah, macam-macam perangai. Sekarang ibu juga turut keluar untuk mencari rezeki. Jadinya sama-sama mencari rezeki, sama-sama menjaga anak-anak, sama-sama buat kerja rumah barulah namanya kerjasama dalam rumahtangga Ok saya bukan perunding keluarga n rumahtangga  

2 comments:

  1. mmg kena ada kerjasama.. kot x, x berasap la rumah he3

    ReplyDelete
  2. tu la...apa yang penting kerjasama...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...