Thursday, May 10, 2012

Video Dera : Menitis Air Mata

Assalamualaikum w.b.t

Saya percaya ramai yang dah tengok video dera budak oleh seorang perempuan yang sangat meruntun hati. Malam tadi pon siap dah masuk Buletin Utama.Saya tengok video tu melalui link yang di post di FB. Menitik air mata ni.Kami laki bini tengok video ni terus teringat kat Ejoy Jr. Terus dua-dua orang contact akak nursery Ejoy Jr. Mesti akak tu pon pelik.

Balik kerja tak sabar rasa nak jumpa Ejoy Jr. Dah jumpa dia saya terus belek ada tak bengkak kat mana-mana. hohoho. Lepas tengok video hati tak tenang rasanya. TApi nak buat camne. Ummi n Baba terpaksa untuk cari rezeki kena tinggal gak Ejoy Jr. Pastu time borak-borak dengan Ejoy Jr. saya siap pesan kat dia jangan nakal-nakal kat rumah mama. Jangan susahkan mama. Biarla dia tak faham pun tapi nak pesan jugak. huhu

Tak boleh bayangkan kalau anak kita sendiri diperlakukan sebegitu rupa. Seriau rasanya. Ejoy Jr. ingat tau Ummi n Baba sayang awak sangat-sangat. Ya ALLAH ya Tuhanku, lindungilah keselamatan, kesejahteraan dan kesihatan anakku. Jauhkanlah daripada perkara yang tidak diingini. Amin.

2 comments:

  1. dah kena tangkap pun...tapi apapun sian gak kat anak dia...huhuhu

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...