Monday, May 21, 2012

Shopping Online

Assalamualaikum w.b.t

Mr.Teddy jangan marah ha kalau baca entry ni. huhuhu. Mr.Teddy dah banyak kali pesan dengan saya jangan beli  online. Tapi si isteri tetap berdegil nak jugak beli online. Pastu bila dah shopping online, barang yang diorder dah dekat sebulan order x sampai mula gelabah puyuh . Nak-nak lagi bila email/message tukang jual tak reply. Bertambah gelabah. Mula terdetik dah kena tipu ke aku ni. hohoho. Abis la kena bebel dengan Mr. Teddy ni. Sape suruh degil lagi.

Saya adalah seorang tukang shopping online yang agak tegar. Tak boleh tahan beli barang terutama barang anak. Tengok mesti nak beli. Bila keluar kat Mall nafsu berjaya dikekang oleh Mr.Teddy sebab dia ada sekali. Bila online ni selalu dia tak bagi gak beli, tapi setelah diayat beberapa kali cayor member lalu mengizinkan isteri membeli untuk si anak atau untuk si isteri sendiri. Kira-kira cam paksa rela la ni. Kekadang apa yang ditengok kat online tak ada kat Mall. Sepanjang saya beli online ni, Alhamdulillah saya tak pernah lagi kena tipu. So, menambahkan lagi keyakinan untuk terus shopping online.Selalu order, barang memang akan sampai tepat pada masa seperti yang dijanjikan. Sebab setiap kali nak beli, saya akan check dulu dengan tukang jual samada stok ada atau tidak. Tapi ada jugak saya beli item pre-order n berlaku salah faham. So, pasni saya perlu pastikan yang saya tak beli lagi item pre-order.

Ada satu kes ni bukan le kena tipu tapi ada salah faham sikit. Kisah pembelian pump. Sebelum saya proceed tuk beli dengan Mama Q Store Medela Swing, saya ada deal dengan sorang ni. Tahu through FB. Sis ni banyak jual produk Medela n murah-murah. Sekarang account fb dia pun dah tak wujud. Saya pun deal la dengan dia sebab dia offer pump paling murah setakat yang saya survey. Masa proses dealing tu saya ada tanya tak stock available ke x. Dia inform stock akan sampai by weekend dari tarikh yang saya order. So boleh booking dulu bayar RM 200. Then saya pun agree n bayar Rm 200.  Bila saya dah bayar n inform dia, dia bagitahu yang stock mungkin tak sempat sampai date yang dijanjikan. N part yang lagi best dia akan outstation lebih kurang 1 minggu. Bukan dekat-dekat ye outstation nye tu. UK ok. Time tu lagi 2 minggu saya nak start kerja n saya tak buat stock lagi. Memang sangat-sangat memerlukan pump dengan segera.  So, saya pun message la tanya boleh refund tak kalau tak dapat stock. Dia kata biasanya dia memang tak refund. Tapi since memang silap dia x bagitau awal-awal so dia boleh lah refund. Tapi sempat la dia selitkan ayat serba salah yang dia dah tolak a few customers sebab dah deal dengan saya.  Saya pun kesian gak kat dia. Then saya tanya ada cara lain tak tuk dapatkan stock by that week gak. Dia kata tak ada unless kalau saya nak tukar pump lain. Time tu saya rasa cam dah tak best dah. Saya nak pump lain napa pulak nak offer pump lain. Dah la tak seperti yang dijanjikan. Bila discuss dengan Mr.Teddy, Mr.Teddy suruh refund gak. Then kitorang boleh cari pump kat tempat lain. Saya pun bagitau yang saya nak refund gak. Dia message bagitau yang dia baru nak pos kat saya pump ganti. Saya pun cam ait tadi ko bukan kata xde cara lain ke bila saya tanya. Siap offer pump jenis lain lagi. Alhamdulillah saya dapat balik duit saya n saya beli dengan Mama Q Store.

Yang baru-baru ni pulak saya beli lagi on-line. Ni pun tak tau la saya dah kena tipu ke apa. Tunggu esok je la nak tau saya kena tipu ke tak. Saya order Blossom sit me up cosy warna merah dengan satu blogshop ni. Dah dekat sebulan saya order still tak dapat lagi barang. Ni kronologi.

25/4/2012 - Saya email tanya ada stock tak sebelum saya buat sebarang bayaran.
26/4/2012 - Tukang jual bagitau stock akan sampai esok (daripada tarikh saya email) n akan delivery on Monday. Saya pun ok la. Tak ada la lama sangat nak kena tunggu.
26/4/2012 - saya selamat buat payment. n terus inform tukang jual.
3/5/2012 - saya email to tukang jual check dah buat delivery ke tak. Kalau dah saya nak dapatkan tracking ID.
3/5/2012 - Dia reply email. Dia cakap yang cek stok dgn staff merah dh kehabisan haritu juga org ambil dikedai..dia cakap nak warna hijau tak n dia akan poskan hari tu jugak.
3/5/2012 - saya tanya pulak kalau nak tunggu warna merah bila boleh dapat
3/5/2012 - Dia inform lagi 2 minggu dari China
3/5/2012 - Dia email saya bagitau yang merah in stock. Nanti dah pos dia akan bagitau.
7/5/2012 - saya email lagi sekali tanya dah pos ke n nak dapatkan tracking id
----------------------------Email saya tak berbalas---------------------------------------
9/5/2012 - saya message kat fb tanya dah pos ke n nak dapatkan tracking id
9/5/2012 - dia reply katanya yang merah tu reject pulak. Nak tukar warna hijau tak. Kalau nak merah jugak next week akan restock.
9/5/2012 - saya reply perli saya kata dah alang-alang tunggu lama tunggu je la next week. Saya tanya confirm ada tak.
9/5/2012 - dia reply confirm ada.
18/5/2012 - saya menuntut janji. Message kat Fb tanya stock dah ada ke tak.
-----------------------------Message saya tak berbalas----------------------------------------
21/5/2012 - Kesabaran dah sampai limit kot. Saya minta dia refund kalau by today tak ada stock.
21/5/2012 - Saya sms n call. Dia bagitau yang stock akan ada hari ini atau esok. Dah jawab dengan nada yang sangat kerek. Gaya malas nak layan. Time nak duit tu kemain laju reply message. Saya cakap kalau esok tak ada stock camna?Dia kata awak nak refund kan?Kalau nak refund saya refund lah. Saya juga sms if stock dah ada plz jangan jual kat kedai. dah dekat sebulan saya tunggu.

Ada beberapa benda yang saya rasa agak tak best dalam hal ni. Stock dah sampai. N saya sangat sure sebab dia siap upload kat FB n buka lagi tuk order. Tapi kenapa bila saya tanya dia kata dah habis jual kat kedai. Kenapa tak asingkan barang tuk orang yang order online n dah buat bayaran. Kalau tak buat bayaran saya faham la jugakkan. Pastu tak ada la nak bagitau yang stock dah abis ke apa ke. Kalau nak kata tak online sangat la mustahil sebab FB berupdate hari-hari. Ada je produk baru masuk hari-hari.  Kalau saya tak email, dia pun senyap jer kot. Orang message/email tak berbalas. Nampak gaya cam orang bersalah je. Saya bagi lah peluang sampai esok. Kalau tak ada jugak. Saya akan minta refund. Kalau dia tak nak refund saya akan report to Tribunal Pengguna.

Kalau nak berniaga buat la cara berniaga. Jangan nak cakap putar belit. Kalau bagi dia apa yang saya bayar tu tak bernilai, tapi bagi saya amat bernilai. Saya boleh buat macam-macam dengan apa yang saya bayar kat dia tu. Kalau dapat refund nak beli kat tempat lain.  Kali ni tak beli on line. Cash on demand only. Saya tak nak terpedaya lagi. Nak tahu ke blogshop mana? Tak pe la saya tak nak tutup periuk nasi orang. Cuma sebagai peringatan untuk diri saya sendiri bila beli online.  Mr.Teddy mesti bebel kat saya ni. huhuhu.


2 comments:

  1. Mr Teddy baca x blog nih? he3...

    tp gaya penjual tu ala2 kaut untung lebey p jual kat kedai apahal kan?

    ReplyDelete
  2. Mr.Teddy baca...huhuhu
    tu yang x paham...kita dah order kan...nape x asing siap2...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...