Monday, May 14, 2012

Tafsiran Mimpi

Assalamualaikum w.b.t

Saja nak share kat sini pasal mimpi ni. Tapi bukan mimpi basah pelik-pelik k. Lately ni saya dah beberapa kali termimpikan seorang kawan lama. Hari tu saya mimpi dia pregnant. Padahal saya dah lama tak contact dia. Tak tau pun yang dia pregnant. Tak lama pastu tengok kat fb salah seorang kawan ada update dia dah pregnant. So sah la dia pregnant. N baru-baru ni saya mimpi dia dah bersalin.

Masa mimpi dia pregnant tu, saya buat bodoh je la. Tapi bila kali ni pon mimpi lagi. Tergerak hati nak call dia tanya. Tapi dapat cakap sekejap je sebab dia ada training ke apa. Tak clear. Tak dapat nak cakap yang saya mimpi dia dah bersalin. Mana la tau tu satu petanda kan.hahaha. Sebab ritu time saya nak due pun saya mimpi gak. Tapi time tu memang dah dekat nak due pon. Tadi saya tanya dia EDD bila dia cakap dalam akhir June. Sekarang lebih kurang dalam 30 minggu. Lambat lagi kot. Saya tanya pregnancy ok ke x. Dia kata ok je. So doakan yang terbaik je la tu kawan saya tu. Semoga selamat semuanya. Amin.

**Tetiba terasa cam Mak Jemah lak bz body orang dah bersalin ke tak padahal saya dah lama tak contact dia. hohoho. Ada sorang Ustaz cakap kekadang mimpi ni membawa maksud. Tapi kekadang boleh juga jadi hanya mainan tidur. Semoga mimpi tu membawa maksud yang baik atau sekadar mainan tidur. Wallhualam.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...