Thursday, May 24, 2012

Jangan Main Petik Bai

Asssalamulaikum w.b.t

Lama tak update kisah kat office yang terchenta ni. Duk update perkembangan anak je. hehehe. Sebenarnya sekarang ni saya cuba mengawal diri untuk menjadi sepositif yang boleh kat office ni. Tak mau stress-stress. Nanti effect dekat production susu untuk bam bam kesayangan. Kalau tak puas hati pun akan cuba bergosip dengan rakan bergosip kat office. hahaha. Sila jangan contohi okies. Tapi minggu ni rakan gosip tak ada. Berkursus pastu bercuti. K.Jah cepat sikit balik office eh otak dah tepu dengar bebelan makcik kesayangan K.Jah.hohoho.

Nak cerita pasal hamba ALLAH ni. Dulu time diberi jaga projek, dia akan jaga project satu group je. Kalau orang lain minta tolong memang kem salam la dia nak tolong. Semua belasah tak tahu. Jadi orang pun malas nak bertanya n nak menyuruh. Pastu office buat restructuring. Dia dikeluarkan daripada jaga projek n kena jaga Admin. Pastu time nak buat SKT mula mengelabah sebab tak tahu nak tulis apa kat SKT. Jumpa Bos minta jaga projek balik. Nak jaga projek under officer baru. Konon cam tak banyak sangat la projek officer ni. Duk bercerita kat saya "Camne nak buat. Kejap suruh jaga Admin kejap suruh jaga projek". Time tu saya senyum je la. Positif kan.Macam orang tak tau dia yang minta jaga projek. Mana kitorang kat office ni tau, jangan tanya. hahaha.

Pastu baru-baru ni ada officer yang pindah. Officer yang baru masuk diberi tugas untuk handle projek officer yang pindah tu. Dang!!! kerja dia bertambah la kiranya. Hari-hari datang office duk mengeluh banyak kerja. Tak menang tangan. Kena buat Admin n projek. Saya senyum lagi. Positif lagi. Campur malas nak melayan. Bila dia start membebel saya angkat punggung. hohoho.

Tapi hari ni saya tak boleh nak positif lagi dah sebab dia dah petik nama saya. Sukati!!!Boss suruh dia buat edaran surat. Dia fax surat tu. Pastu dia tanya saya nombor fax ni betul ke. Mana la nak tahu. Dia siap boleh cakap kat saya patut boss pulang balik kat Airen surat ni. Mana la tau Airen tak tau ke nanti. Saya jawab kat dia. Boss buat sendiri surat tu, saya tolong cari nombor rujukan je. Dah Bos suruh buat edaran, buat je la. Bukannya susah pun nak buat edaran tu. Saya P&P ni pun buat edaran sendiri kekadang tu minta tolong TA buatkan. Tu satu hal. Ni lagi satu hal. Tetiba Bos yang incharge Admin kat Unit saya masuk bilik tanya pasal satu report. Bos tanya saya pernah buat ke report tu. Saya cakap la tak pernah buat. Dah memang tak pernah buat kan. Boss cakap dia bagitau kat bos saya yang buat report tu. Kalau tak nak buat, jangan nak main petik nama orang boleh tak. Pastu saya explain balik kat boss yang unit kita tak ada kena mengena dengan report tu. Ini macam punya orang pun ada ka.


3 comments:

  1. Itu punya orang memang ada...kah3..
    sama kes dgn kat opis aku ni, sebelah je. tiap2 hari merungut banyak kerja lah, list bertambah la. padahal dia handle projek kecik2 je wapun banyak mmg benda tu leh siap dlm masa sehari je kalau dia concentrate. lepas tu duk kecoh list projek dia bertambah lah ape lah padahal projek kitorang pun dia masukkan sekali dalam list dia, apedehal? bodoh namanya.
    tambah pulak kalau dia tanya kita bendanye sikit je nanti apa yg dia eksplen kat bos konon semuanya pendapat kita. paham tak maksud aku? macam semua pendapat/jwpn dia yg tah pape tu pun ibaratnya kita yg bagitahu..perghhhh

    ReplyDelete
  2. Pergh mmg berapi orang camtu...hehehe

    ReplyDelete
  3. sakit jiwa kan bila ada orang yang cenggitu ... rasa nak penyepak pun ada jugak, kan ? huhuhu

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...