Friday, May 18, 2012

Info : TV tak sesuai untuk bayi

Assalamualaikum w.b.t

Terjumpa pasal ni bila ada sorang kawan post kat FB. Baru tau rupanya baby bawah dua tahun tidak digalakkan menonton televisyen atau video. Sebelum ni tak tau pun. Dengan slumber kodoknya saya biarkan Ejoy Jr tengok tv. Dah tu yang boleh buat dia leka. Sambil-sambil tu Ummi dia boleh buat kerja lain. Kekadang kalau dia nangis siap tunjuk kat dia video-video aksi dia. Terus senyap. Ejoy Jr saya perhatikan dia cepat boring kalau tak ada orang layan dia. Lambak la segala permainan depan dia. Mampu bertahan untuk beberapa ketika je. Pastu mula merengek cari Ummi n Babah. Dah jadi Ummi n Babah tak boleh nak buat kerja lain. Tu yang biarkan dia tengok tv. Siap beli channel BabyTV lagi. Kalau dah tengok BabyTV tu pulak leka kemain. Ummi duduk sebelah pun bolayan. Ummi offer nen pun hisap jap pastu mata ke TV. Google punya google jumpa artikel berkaitan pasal ni.

Menurut  pakar pediatrik Amerika Syarikat (AS), kanak-kanak berusia kurang dua tahun tidak digalakkan menonton TV atau video kerana ia boleh menjejaskan perkembangan dan melambatkan keupayaan mereka bertutur. Menurut pakar pediatrik dari Akademi Pediatrik Amerika (AAP), Ari Brown, ibu bapa seharusnya bercakap dengan anak, menggalakkan mereka bermain secara bebas, bertujuan menggalakkan perkembangan dan pertumbuhan minda kanak-kanak.

Pendapat pakar mengatakan bahawa bayi bawah dua tahun yang menonton TV akan keliru dengan pelbagai warna, imej dan bunyi. Disebabkan adegan TV purata bertahan selama 5-8 saat, bayi tidak mempunyai masa yang cukup untuk mencerna apa yang berlaku. Kanak-kanak yang menonton TV berlebihan sering menjadi pasif dan hilang kreativiti semula jadi mereka.

Kanak-kanak akan mengalami pertumbuhan fizikal, mental, dan emosi dalam tahun-tahun awal tumbesaran. Kadang-kadang masa yang dihabiskan menonton TV adalah lebih lama daripada aktiviti sihat lain yang boleh menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan minda. Kanak-kanak yang banyak menonton televisyen semasa tahun-tahun awal mereka adalah berisiko untuk mengalami pembangunan sosial yang lemah, dan mempunyai tingkah laku yang agresif. Kanak-kanak juga berhadapan risiko untuk menjadi tidak fokus dan kurang perhatian semasa di sekolah.

Pergh berjela kesan negatif tengok TV kan. huhuhu. Tips berikut mungkin dapat membantu anda meminimumkan kesan negatif dan memaksimumkan kesan positif menonton televisyen untuk si manja anda:

Pertahankan daripada memperkenalkan TV atau video kepada bayi seberapa lama yang boleh.  Tapi sekiranya memilih untuk membenarkan anak menonton TV sebelum berusia dua tahun, perlulah memilih program yang bersesuaian , mengehadkan masa menonton dan skip hari menonton. (Tontonan TV setiap hari akan menjadi kebiasaan kepada anak) Tonton dahulu program TV yang dipilih sebelum membenarkan anak untuk menonton. Takut-takut anak tertengok adegan yang tidak sepatutnya. Pilih program yang perkembangan sesuai untuk anak. Menonton bersama-sama dengan anak apabila berkelapangan agar boleh memantau reaksi anak. Bertanyakan soalan dan membincangkan apa yang ditonton supaya anda dapat mengetahui apa yang difahami oleh anak. Tutup TV jika tiada yang menonton bagi mengelakkan anak tertarik dengan bunyi suara TV.

Sumber: 



2 comments:

  1. Inn.... anak aku punye habit dh xdpt nk diubah lagi... if xde tv yg lyn die...melekap je la die kt aku... smp nk solat pn ssh....

    ReplyDelete
  2. sama la...anak aku leka bermain tanpa TV kejap je...pastu dah merengek suh layan dia...huhuhu

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...