Thursday, May 17, 2012

Info : Bahaya Air Masak Kepada Bayi Bawah 6 Bulan

Assalamualaikum w.b.t
Kengkawan tau tak pemberian air masak kepada bayi di bawah enam bulan adalah sangat tidak digalakkan. Saya tak tahu sehingga ada anak sendiri baru tau. Tapi si Ejoy Jr. dalam pantang dah merasa minum air zam zam. Mak saya yang bagi sebab Ejoy Jr. jaundice. Mak cakap bagi minum air masak InsyaALLAH boleh turun jaundice. In law pun mengamalkan bagi air masak terutama bila cuaca panas. Tapi Ejoy Jr. tak suka sangat bila diberi air masak. Agaknya tak selemak bercream cam susu Ummi dia kot. hehehe. Nak kata tidak tu susah bagi saya. Setiap orang memang nak yang terbaik untuk anak masing-masing kan tapi kalau dah sampai tahap melawan orang tua tu cam x patot lak kan. Mak berjaya membesarkan 10 orang anak dengan cara yang diamalkan begitu juga dengan in law saya enam orang anak. Kita follow je la ya sayang. Sambil Ummi berdoa tak ada apa-apa yang jadi kat anak Ummi sorang ni=)

Bayi diberikan susu ibu tidak memerlukan air - susu ibu adalah air 88%Dalam beberapa hari pertama, time susu belum mencurah-curah lagi. Yang ada hanyalah colostrum tu pun dah cukup untuk baby. Walaupun time cuaca panas ke tak perlu bagi air kepada baby. Baby boleh mendapatkan semua cecair yang diperlukan melalui susu ibu.
Kesan memberi bayi berusia di bawah 6 bulan terlalu banyak air boleh mengganggu keupayaan untuk menyerap nutrien di dalam susu ibuIa juga boleh menyebabkan perut berasa kenyang, yang mengurangkan keinginannya untuk menyusu. Dalam kes-kes yang jarang berlaku, bayi yang minum terlalu banyak air boleh menyebabkan satu keadaan yang dikenali sebagai water intoxication, yang boleh menyebabkan sawan dan koma.

Kebanyakan orang Termasuk mak saya. Mak saya bagi air zam zam  memberikan air apabila disahkan bayi menghidap jaundice tapi sebenarnya pemberian air dikaitkan dengan peningkatan tahap bilirubin. Sebab tu nurse menggalakkan penyusuan ibu secara berterusan kepada bayi  yang jaundice. Bayi yang minum air juga akan kurang berminat dalam penyusuan.  Secara tak langsung akan menganggu penyusuan. Jika bayi tidak menyusu seberapa kerap sebagaimana yang sepatutnya, ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk susu ibu ada dan boleh melambatkan atau menghalang ibu daripada mewujudkan bekalan susu yang optimum. Penghasilan susu ibu kan bergantung pada konsep supply n demand. Makin tinggi demand makin tinggilah supply.




Sumber:

2 comments:

  1. dr segi sains & Islam pon mmg xperlu bg air masak...

    cuma biler ada campur tgn org tua, apa yg kami buat, kami kata kami da bg tp TIPU jer hu3...

    ReplyDelete
  2. pernah gak wat gitu...cakap dah bagi...xpun time mak suruh tu pastu ubah topic...hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...