Wednesday, May 2, 2012

Ejoy Jr. 5 Bulan

Assalamualaikum w.b.t

27 April 2012 - Genap putera kesayangan Ejoy Jr 5 bulan. Alhamdulillah bertambah lagi sebulan usia anak Ummi. Semoga sayang terus membesar bagaikan juara. Sihat-sihat selalu. Ceria-ceria selalu. Riang-riang selalu. Aktif-aktif selalu. Bijak-bijak selalu. Sentiasa jadi anak yang mendengar kata dan soleh ok sayang. Amin.

So, apa perkembangan si kenit ni bila dah menginjak 5 bulan. Semakin aktif sekarang ni. Sejak-sejak dah pandai meniarap n melentang sendiri ni memanjang nak tunjuk skill meniarap dia. Masuk 4 bulan ritu dia meniarap. Boleh buat gaduh bila nak siapkan dia pakai baju. Berebut-rebut Ummi nak pakai baju dengan dia nak meniarap. Hai la anak. Ummi selalu tertanya-tanya macam mana la Mama siapkan awak kat nursery. Agak-agak ada tak berkungfu cam Ummi. Tapi tak tau la nak kata sebab awak kan drama king. Selalu dengar Mama puji-puji awak. Musykil Ummi. hahaha. Sebab kalau kat rumah awak dengan Ummi memang 'extra baik' sampai Ummi tak boleh wat keje lain. hehehe. Tau-tau sat g dah kat tepi rak tv je awak bergolek. Buat kerja dalam diam.

Rumah sekarang memang dah tak de nak melawa nyer la. Dekat depan TV siap-siap bentang comforter untuk awak bergolek. Pastu siap kena kepung dengan bantal segala akibat dari kepakaran awak bergolek. Nak bagi awak duduk diam kejap pasang la BabyTV memang tak berkelip mata tengok. Peka betul awak dengan bunyi-bunyi dari TV tu. Fokus je tengok TV. Mata ikut pergerakan objek dalam TV. Kekadang Ummi duduk sebelah pun tak heran. Kalau panggil baru menoleh. Pastu Ummi n Babah suka gelakkan awak sebab awak suka angkat bontot tinggi-tinggi xtau apa tujuan. Dan lagi satu awak kalau berpusing bukan ke depan tapi mengundur. Comel la awak ni. Sebab comel sangat la sentiasa jadi mangsa Ummi n babah kena gomol. hahaha.

Sekarang pun awak minum susu dah bertambah 2 oz. Ummi selalu tanya Mama susu awak cukup tak sebelum-sebelum ni. Perlu tambah tak. Sebab kat office bila borak dengan kengkawan Ummi kebanyakan anak-anak diorang minum banyak Ummi dah jadi risau tak menentu sebab dari start hantar awak ke nursery awak minum banyak tu gak tak ada tambah-tambah. Cukup ke tak minum nya. Hari Isnin baru ni Mama minta Ummi tambah susu sebab Mama kata awak dah kuat minum susu. Alhamdulillah.

Awak sekarang pantang tengok bila Ummi dah siap-siap pakai tudung mesti nak suruh angkat. Kalau tengok Ummi dah siap-siap tak angkat ataupun tiba-tiba Ummi hilang dari pandangan mata mesti nangis. Ingat dah kena tinggal la tu...Jangan risau Ummi takkan tinggalkan awak. hehehe.

Mohler tengok budak bijak dah 5 bulan ni punya aksi:-

~Muka seposen nak g Nursery~

 ~Suka pose menyenget cam tu tau~

~Saya cucu manja atuk~

 ~Wak Parjo mata satu~

 ~Dengan Babah sama-sama jadi Wak Parjo~

~Ummi tak nampak la~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...