Monday, May 7, 2012

Check up 5 month old

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni g check up Ejoy Jr 5 bulan kat KPMC. Alhamdulillah anak ummi sihat-sihat je. Overall sume ok. Xdemam. Paru-paru pon clear. Berat pun naik cun. Anak Ummi dah 7.3 kg. Alhamdulillah.

Hari ni mood dia pun ok. Cuma agak ngantuk sikit ye la kemain awal bangun ari ni. Tapi bila jumpa Dr.Afifah terus gedik-gedik. Suka nau dengan Dr.Afifah. Hehehe. Hari ni kena cucuk 3 serangkai + Hep B. Patut Hep B cucuk time 6 bln tapi Docktor suggestkan combine sekali dengan yang 5 bln punya cucuk coz 6 bln nanti nak cucuk pneumococcal. Doktor cucuk nangis sekejap pastu dah gelak-gelak kena agah dengan babah. Kuat anak Ummi. Doktor pun puji. Kembang la tu.

Pastu Doktor tanya dah bagi makan ke belum. Belum lagi doktor. Ummi pun tanya first solid food yang sesuai nak bagi. Doktor cadangkan makanan berasaskan beras spt nestum atau bubur. Buat kosong je. Nak sedap sikit tambah breast milk. Doktor kata lemak-lemak manis je. Hehehe. Bagi sikit-sikit je dulu. Bila tengok dia berselera boleh la tambah sikit-sikit. Doktor ada cakap juga berdasarkan kenaikan berat badan Ejoy Jr yang cun tu kalau teruskan bagi breast milk pun takpe. Kalau tengok dia dah start kecap-kecap mulut tu boleh la bagi makan.

So start next month Ummi dah kena masak tuk Ejoy Jr. Nak kena cari feeding set n slow cooker ni. Aritu ingat ada hadiah kawin,rupanya silap tengok. Tak ada. Blender pun nak cari lain. Sat g takut terpedas pulak kalau campur dengan blender Ummi.

Ni gambar latest budak 5 bulan. Punyala luas Ummi sediakan play area dia,yang kat bawah meja tu jugak menjadi pojaan hati. Syok landing kat situ sambil tengok tv. Camne la awak boleh terselit kat situ nak oii. Nak ajak Ummi men nyorok-nyorok eh. Awak ni wat keje diam-diam je. Sekali toleh ada kat sebelah. Sekali lagi toleh dah ada kat situ. Memang x boleh tinggal sorang. Padahal Ummi dah letak barrier bantal tu boleh gak awak menyelit.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...