Monday, May 28, 2012

Breastfeeding Journey : 6 Months [Part 1]

Assalamualaikum w.b.t

Wah siap ada part-part lagi. Saya cuba buat dalam satu entry tapi panjang bebeno. So saya buat part by part k. Wah budget retis yerk. Hehehe...

27hb genap Ejoy Jr. 6 bulan. Bermakna perjalanan penyusuan susu ibu saya juga sudah mencecah 6 bulan. Alhamdulillah. Sekiranya selama 6 bulan ni Ejoy Jr. hanya minum susu ibu secara eksklusif , saya sudah boleh mengenggam Diploma in Breastfeeding. Sayangnya Ejoy Jr. telah merasa susu formula dan juga air masak seawal kelahirannya dulu. Bukan diploma itu yang nak dikejarnya. Sekurang-kurangnya saya tetap dapat membekalkan anak saya nutrisi dan khasiat terbaik daripada susu ibu sehingga kini.Alhamdulillah. Bersyukur dengan rezeki ALLAH. Mungkin boleh cuba lagi untuk future planning bagi memastikan berjaya menyusukan baby secara eksklusif sehingga enam bulan . Amin.
Sejak dari zaman pregnant saya dah berazam untuk breastfeeding anak saya. Persediaan ke arah itu, tak de la semangat macam orang lain. Awal-awal dah beli breast pump yang best-best. Persediaan biasa-biasa sahaja. Saya hanya beli breastpump Pureen yang guna battery tu je. Bersesuaian dengan budget pada masa tu. Pada fikiran saya masa tu, risau lak beli breast pump mahal-mahal awal-awal, buat tak ada susu sayang pulak. Cetek betul pemikiran time tu. hohoho. Storage, cooler bag, ice pack saya start beli time dah dekat-dekat nak naik kerja. Time tu baru mengelabah nak start kumpul stock. huhuhu. Sila jangan contohi.

Lepas deliver Ejoy Jr. nurse ambil n bersihkan. Tak merasa la nak skin to skin ke. Time tu pun tak tahu. Kurang membaca lagi . Lama juga saya dibiarkan labour room. Saya siap tidur lagi. Penat kot meneran. Bila dah masuk ward Nurse hantar Ejoy Jr. kat saya. Time tu dia tidur. Bila dia dah terjaga, tak tahu camna cara nak bagi susu. Selalu tengok gambar n video. Tapi part nak buat sendiri terkial-kial. Minta tolong Nurse ajarkan=) Nurse tu pun ajar la. Time tu dah tak pk segan ke ape ke. Nurse bagi masa tuk hantar Ejoy Jr. kat Nursery balik. Since dia lahir besar, so diorang nak control kandungan air dalam badan dia. Macam tu la Nurse bagi tau. Sebab ada baby kat Nursery tu kena masuk air sebab kurang air dalam badan. Baby tu lahir berat 4kg. Saya yang tak ada pengalaman ni menurut je la. Risau gak kalau jadi apa-apa kat Ejoy Jr. disebabkan kedegilan sendiri. Padahal sebenarnya colostrum tu pun dah cukup untuk si bayi. Bila baca artikel baru tahu Time tu saya risau dah ni confirm anak aku dah kena sumbat FM. Lagi risau if dia nipple confuse. huhuhu. Mr.Teddy g tengok Ejoy Jr. kat nursery, dia kata Nurse dah bagi Ejoy Jr susu dalam botol. Saya try jugak pump, tapi tak keluar susu pun. Bila masa Ejoy Jr. dengan saya memang saya sumbat je cik N even tak pasti time tu ada ke tidak susu. Tapi tengok gaya dia hisap telan tu, ada la kot. Nasib baik la si bam bam, Ejoy Jr pandai latch. hehehe. Nampak la ada colostrum kat cik N.

Bila dah keluar ward, Alhamdulillah susu saya dah start ada. Memang sampai lencun baju basah dek susu. Kakak saya, Uda banyak ajar cara nak breastfeeding dengan betul. Thanx Uda. Tapi sekali lagi diuji. Ejoy Jr. time baru lahir adalah seorang bayi yang tak sabar. hohoho. Ikut perangai sapa tu anak oii. Kalau dia nak susu memang tak da dia reti nak bagi hint sikit-sikit. Memang terus melolong. Yang Ummi dia pulak terkial-kial. Almaklum la xde pengalaman. Lambat selak baju pun dia dah tak sabar. Time tu saya masih berpantang di rumah mak. Tiap kali Ejoy Jr. pas mandi dia mesti nak menyusu. Time Ejoy Jr. mandi saya akan mandi jugak. Kekadang member dah siap, Ummi tak siap-siap lagi. Mana la tak melolong. So, bagi mengelakkan dia menangis mak saya dah siap standbykan susu FM tuk dia. Beberapa hari kat rumah dia bergantung la jugak kat FM terutama pas mandi. Lama-lama dia dah tak perlukan FM. Buat FM as back up pun tak minum. Saya pun dah boleh menyesuaikan diri=)

Seminggu lepas saya berpantang di rumah mak saya, mentua saya datang ambil. So bermula la saya berpantang di rumah mentua. Saya ada cerita kat entry ni. Ejoy Jr. jenis kuat berjaga malam jugak time pantang. Setiap dua jam dia akan bangun. Dah nak abis pantang baru dia ok. Kalau kat rumah Mak, saya akan bergilir dengan mak berjaga. Bila kat rumah mentua, memang mentua saya yang jaga. Saya membongkang. hohoho. Tiap-tiap dua jam saya akan bangun tuk susukan Ejoy Jr. Kekadang saya bangun, tengok Ejoy Jr dah diberi susu FM. Alamak camno nak buat ni. Saya dah susah hati. Mr.Teddy suruh saya start mengepam. Saya message kawan saya, Nana tanya pasal pengendalian SI. Nana banyak bagi tunjuk ajar. Thanx Nana. Mr.Teddy pun bagitau kat mentua saya yang saya nak breastfeeding Ejoy Jr. Alhamdulillah mentua saya faham=) Saya pun mula mengepam untuk kosongkan cik B. Bila saya tidur atau mandi atau bersiap, mentua akan bagi Ejoy Jr susu yang dah saya pump tu. No more FM. Alhamdulillah.

Di rumah mentua saya mengepam untuk kosongkan cik B. Tak buat stock pun. Padahal orang kata time berpantang la masa terbaik untuk buat stock. Time tu susu melimpah ruah=) Before Ejoy Jr feeding saya akan pump dulu sebab kalau tak susu saya akan memancut-mancut. Flow jadi laju. Kekadang sampai tersedak Ejoy Jr. So saya pun pump. Saya fikir kalau dah buat stock camna pulak nak berangkut bawa balik Bangi. Storage pun semua tak beli lagi. Satu kesilapan la jugak kiranya.

To be continued..








2 comments:

  1. dugaan kan bila tgk org lain dh bg FM kat baby.hmm rara banyak lg kena stdy ni.

    ReplyDelete
  2. tu la...luluh rasa hati ni...huhuhu....rara banyak2 membaca k...jangan jadi cam saya...banyak yang tak tau...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...