Tuesday, May 29, 2012

Breastfeeding Journey : 6 Month [Part 2]

Assalamualaikum w.b.t

Ok sambungan dari entry yang lepas...bz bebenor baru dapat sambung...

Saya mula buat stock lebih kurang dalam 2 minggu lebih nak start kerja. Dah balik rumah Bangi. Time tu baru start risau. hohoho. Baru la pergi beli pump yang selesa sikit:Medela Swing, cooler bag:MLO, ice pack:MLO, storage bottle:MLO&autumz,storage bag:autumz,fiffy, Jingle jungle Tasha bagi. Sebelum dapat breast pump medela swing saya guna breast pump Pureen. Sakit tu memang sakit tapi still berjasa kat saya tu.

Ingat lagi seawal mula mengumpul stock saya dapat 2 oz sahaja per session. Tapi tak putus asa. Keep on pumping. Time ni saya mula berjinak-jinak dengan group KIM kat Fb. Banyak tips yang saya dapat. Antaranya tandem nursing n power pumping. Saya buat tandem nursing n banyak membantu=) Hasil pumping meningkat jadi 4 oz per session. Time ni jadual pump xteratur lagi. Saya akan pump lepas feeding Ejoy Jr atau time dia tidur. Bila dah start hantar Ejoy Jr ke nursery n time tu pun dah start pakai swing, saya tetapkan setiap 3 jam saya akan pump. Time tu hasil pumping mula meningkat. Pernah mencecah 9 oz per session. Satu hari mula dapat 18-20oz. Alhamdulillah. Tak meriah macam orang lain saya tetap bersyukur. Bila Mr.Teddy tengok stok mula bertambah dan peti ais satu pintu memang tak dapat nak menampung, dia pun belikan deep freezer.

Saya teruskan jadual pump 3 jam sekali sampai masuk kerja. 1st pumping session kat office start pukul 9 pagi. Tapi kekadang ada meeting jadual pump akan diubah ikut bila saya free. Bila hari Jumaat saya akan buat power pumping sebab time lunch yang panjang. Kat rumah memang tidak mengepam kecuali hari cuti. Ejoy Jr direct feeding sahaja bila kat rumah. Kuat ngempeng si bam bam itu.

Saya simpan stock ikut feeding Ejoy Jr. Saya pernah pakai plastic storage brand Jingle Jungle, Autumz n Fiffy. Antara tu saya suka Jingle Jungle n Fiffy. N sekarang saya guna bekas dadih. Mula-mula saya pack 2 oz per plastic storage. Pastu rasa macam rugi pulak storage. Saya pack 4 oz atau 6 oz pulak. Untuk permulaan dekat nursery Ejoy Jr consume 16 oz per day. 2 oz per feeding. Dari pukul 6.30 pagi - 7.00 mlm. Saya bekalkan stok chilled ebm lebih dari stock frozen yang dah dicairkan (thawed ebm). Saya siap2 pack 2 oz per bottle. BS tinggal panaskan je. Labelkan botol 1,2,5,6,7,8 chilled ebm n 3,4 tuk thawed ebm. Kalau Ejoy Jr xsehat saya akan bekalkan semua chilled ebm. Saya buat macam tu tuk pastikan Ejoy Jr dapat fresh ebm lebih daripada frozen ebm. Frozen ebm akan kehilangan kandungan antibody semasa proses pembekuan tapi still terbaik. Kalau bekal semua chilled ebm nanti xbergerak pulak frozen ebm. Setiap malam akan keluarkan frozen ebm yang paling lama tarikh dari deep freezer n cairkan kat bah. chiller peti ais.

Sekarang Ejoy Jr minum 20 oz start dari dia 5 bulan haritu. So, Ummi perlu lebih rajin pumping. Tak boleh miss. huhuhu. Stock terkumpul setakat ni adalah dalam 250oz. Untuk kegunaan di masa-masa kecemasan. Walaupun tak meriah macam orang lain saya berharap rezeki susu untuk Ejoy Jr. akan terus melimpah ruah. Amin. Kengkawan tolong doakan untuk saya sekali k=)

Apa yang saya dapat simpulkan dalam perjalanan penyusuan saya ni tiada istilah terlambat dalam perjalanan ni. Yang penting jangan mudah mengalah sebelum berusaha. Bila bergaul dalam KIM banyak pengalaman orang lain yang dapat dikongsi dan diambil sebagai pengajaran. Masing-masing tidak mempunyai rezeki yang sama. Jangan dipandang rendah kepada mereka yang tidak diberi peluang seperti kita. Jangan pula mendabik dada dengan rezeki yang ada. Yang pasti perjalanan saya masih jauh dan pasti akan ada naik turunnya. Semoga urusan saya dalam perjalanan ini dipermudahkan. Kepada bakal ibu-ibu banyakkan membaca artikel berkaitan penyusuan ibu bermula dari seawal tempoh kehamilan jika berniat untuk menyusukan secara ekslusif. Antara kesilapan saya adalah kurang membaca dan juga kurang bertanya. Bila dah keadaan terdesak barula sibuk mengelabah nak cari info. huhuhu. Persediaan fizikal n mental kena kuat k. Semoga berjaya semua=)

2 comments:

  1. terharu nya bila baca.hope rara nt banyak susu sbb now dh amik supplement shaklee.

    ReplyDelete
  2. rara~insyaALLAH moga dipermudahkan urusan...Siapkan persediaan mental n fizikal k=)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...