Monday, April 23, 2012

Supportive

Assalamualaikum w.b.t.

Bertuah rasanya dapat seorang suami yang supportive. Alhamdulillah. Terutama supportive dalam journey breastfeeding ni. Saya pernah baca sebelum ni kat group facebook KIM ada suami yang tak support si isteri nak bf baby. Sian kan.

Semalam kami pergi wedding kawan Mr. Teddy. Pergi dengan lagi sorang kawan Mr. Teddy. Time saya tengah makan tu dengar la dia borak dengan kawan dia tu. Borak pasal Ejoy Jr. Sekali dengar dia promote bf kat kawan dia tu. Siap cerita kebaikan bf segala. Tersenyum saya sensorang. Pastu pulak semalam ada artikel pasal bf dalam suratkhabar Mingguan. Saya tak baca paper lagi pasal tu. Sebab saya baca ambil Pancaindera dulu. hahaha. Mr. Teddy yang bagitau ada artikel pasal bf dalam paper Mingguan. Siap explain artikel tu tulis ape sebab dia tau wife dia malas nak membaca kot. hehehe. Tapi saya baca jugak tau=)

Selain dari supportive bab bf ni, Mr.Teddy gak supportive dalan bab lain. Terutama yang melibatkan penjagaan, kesihatan dan tumbesaran Ejoy Jr. Cam contoh Ejoy Jr. kan dah nak masuk 5 bulan. Pastu dia pulak sibuk nau nak masuk tangan dalam mulut dia. Kekadang sampai satu penumbuk masuk. Ada la suara-suara yang cakap, Ejoy Jr nak makan ni. Tapi kami berdua buat kering. hehehe. Mr.Teddy cakap tunggu 6 bulan. So, sekarang apa je info berkaitan pasal baby kami akan share bersama untuk kebaikan Ejoy Jr. Mr.Teddy rajin bertanya dengan orang yang lebih berpengalaman. Tapi dia tak ada la paksa cakap mesti follow ke apa. Dia just bagitau je, kalau rasa boleh terima kami akan follow. Sharing is caring=) Semoga berkekalan sampai bila-bila sikap cam tu k dear. Amin.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...