Tuesday, April 24, 2012

Kisah Tudung

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni Mr.Teddy bermurah hati nak memuji wife dia pergi kerja. Padahal bese je pun. Baju kurung, tudung bawal. Dia kata hari-hari lain tu cantik juga cuma hari ni extra sweet. Alahai sweeeeeeeettnya mulut awak tu. hehehe. Bila tanya hari-hari lain tu nape. Dia kata pasal pakai tudung lilit-lilit tu. Tak berapa berkenan la tu. huhuhu. Pastu siap cakap sweet sangat sampai muka pun cam dah ikan bawal. Ches hampeh sebab kutuk tu. Buwekk=p

Ye la saya pun rasa dalam keadaan beranak kecil tak sesuwai nak melilit tudung. Tu pendapat sendiri la. Orang lain saya tak tau.Sekarang ni nak pakai tudung yang menutup dada. Bila saya pakai shawl labuh-labuh automatik jadi serabai. huhuhu. Sebab sebelum ni kalau pakai shawl akan lilit dua kali. Jadi kemas sikit. Tapi bila lilit dua kali jadi singkat pulak. So lilit je la sekali untuk jadi labuh. Rasa cam serabai lak. Daripada cara-cara nak melawa terus jadi meleweh. Tu belum masuk part Ejoy Jr tolong Ummi dia jadi tambah serabai. Nak pakai shawl kekdah Hana Tajima tak tau la pulak saya. Takut-takut kang nak lilit cam Hana Tajima, lilit punya lilit terbelit jadi cam hantu kak limah.huhuhu. Sapa nak menjawab tuh.

So, shawl yang berlambak-lambak tu boleh la simpan wat pekasam je. Nampaknya sekarang perlulah tambah koleksi tudung bawal atau tudung sarung. So, Mr.Teddy please bagi green light untuk i shopping Bawal Exclusive n Ariani yerk. hehehe.Ariani best sebab agak labuh tudungnya n awning sesuai dengan bentuk muka saya. Eh terpromote tetiba lak kat sini.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...