Tuesday, April 17, 2012

Family Photoshoot @ Pullman Lakeside,Putrajaya

Assalamualaikum w.b.t

Hari rabu lepas time cuti pertabalan agung my big family organize sesi photoshoot a.k.a family gathering bertempat di Pullman Lakeside Putrajaya. Bukan dalam Pullman la tapi kat tepi Pullman.

Best gak la tempat tu. Budak-budak leh mandi-mandi,main basikal,lari-lari,main-main pasir. Seronok anak-anak buah saya. So sape yang feeling nak mandi pantai tapi malas nak g jauh-jauh boleh la datang sini. Sebab kat sini siap ada pasir so boleh berangan mandi manda di pantai.haha.

Konsep santai je. Setiap family perlu bawa pot luck masing-masing tapi kalau bawa perut masing-masing je pun xpe gak. Saya bawa murtabak maggie=) Tema warna ikut family. Family saya pilih colour cream biru.

Kami sampai agak lambat. Program start after Asar. Kami keluar rumah dalam 5.15 campur sesat lagi dekat pukul 6 la juga sampai. Yang si kenit Ejoy Jr pulak time awal-awal orang suh tido dia lawan mata tak nak tido. Abang, adik n anak-anak buah lepak kat rumah saya before pergi tu. Ramai orang agaknye dia pun sama sibuk tak nak tido. Bila semua orang dah kuar baru dia tido. Tunggu dia bangun dulu baru leh kuar rumah.

Bila sampai isi perut dulu. Pastu baru start sesi photoshoot. Saya jadi 1st family. Nasib baik. Sebab lepas tu je Ejoy Jr selamat beradu atas bahu babah dia. Let's enjoy the picture.
~Photogroup~

~Orang bergambo dia sibuk study apa ada kat bawah tu~

~Ha baru tegak kepala~

~Alahai sukanya kena agah~

~Port landing terbaik untuk beradu~

Kami gerak balik agak lambat. Silap kitorang jugak la. Balik sampai rumah dah tengah maghrib. Time sampai rumah tu dia ok lagi. Main-main. Pastu dia tido. Tetiba time tido dia nangis. Ngigau agaknya. Pujuk-pujuk tak nak diam. Makin kejat. Badan pun naik panas. Kitorang panic la. Ejoy Jr dah lama x menangis kejat-kejat camtu. Time dalam pantang dulu selalu la. Dia kalau demam pun boleh ajak gelak lagi.

Kebetulan at the same time mak saya message tanya Ejoy Jr ok tak. Mak suruh call Alang saya yang tinggal dekat dengan saya. Bila call Alang, kakak ipar yang angkat. Rupanya diorang yang kat rumah dah call Alang siap-siap n Alang dah otw pun. Alang sampai terus ambil dia Alang urut-urut. Angin rupanya. Dah lega kena urut tu terus tertido atas bahu babah sambil mulut melopong. Pukul 12 dia menangis lagi. Kejat juga. Pujuk-pujuk senyap. Lepas tu setiap sejam dia bangun. Tapi tak ada la nangis sekejat sebelum tu. Badan still panas lagi.

Esoknya Ummi n Babah pun EL la. Bawa g klinik. Sekarang hampir setiap minggu Ejoy Jr duk ulang klinik. Sian dia. Haritu batuk. Ada kahak. Early bronchiolitis. Kali ni Alhamdulillah tinggal sikit kahak, dada tak sempit cuma tekak merah. Doc kata kalau dada sempit perlu ambil neb. Demam pun kebah dah. Ejoy Jr kembali ceria.

Moral of the story jangan bawa anak kuar rumah time Maghrib. Nak-nak lagi hari berangin. So sekarang Ejoy Jr kena kuarantin daripada sebarang aktiviti luar sampai betul-betul dah ok. Ummi pun xde aktiviti hujung minggu dah. Duk rumah je. Kalau x panjang je langkah. Ke Alamanda la, Jusco la.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...