Friday, April 6, 2012

Dulu & Sekarang - Penangan Si Anak

Assalamualaikum w.b.t

Penangan kehadiran buah hati kesayangan banyak dah berubah dalam hidup ni. hahaha

Dulu tidur bersepah. hahaha. Serious tak tipu. Memang tido sangat lasak. Kakak n adik saya selalu tak nak tido sebelah saya sebab confirm kena belasah. hahaha. Mak je yang tahan. Eh lupa Mr. Teddy pun tahan gak. tapi kekadang dia kejut gak suh ke tengah sikit sebab dia dah nak tergolek ke bawah. hahahaha. Sekarang tido statik. Macam mana tido camtu la bangun. Kalau beralih pun mesti dalam keadaan sedar. Kalau bersepah mau jap lagi Ejoy Jr. lak kejut "Ummi tido elok-elok boleh tak"hahaha. Ha time tu baru terkejut. Tido lasak-lasak takut terpenyek pulak Ejoy Jr. Pasni biar Ejoy Jr la pulak pegang ranking tido lasak. Sekarang gaya-gaya tu nampak dah.

Dulu liat nak bangun pagi. Pasang la alarm yang bunyi cam nak runtuh rumah pun. Memang tido tu indah. Orang lain yang bangun gara-gara alarm saya. Mr.Teddy memang pengejut yang terbaek. Sabo je dia dengan kerenah bini dia yang kuat tidur. Sekarang dah tak pasang alarm hp sebab dah ada alarm natural, Ejoy Jr. Kekadang dia tak nangis pun time bangun. Tapi saya secara automatik boleh terbangun gak. Instinct ibu yang kuat. Sekarang saya pula yang kejut Mr.Teddy.

Dulu feel biasa-biasa je tengok baby. Kecuali yang betul-betul cute je akan tarik perhatian. Sekarang tak boleh tahan tengok baby. Rasa nak geget-geget n gomol-gomol je terutama kalau yang bam bam. Yang jadi mangsa utama sekarang adalah anak sendiri, Ejoy Jr. Ejoy Jr redha je la kena gomol dengan Ummi n Babah.

Dulu memang mudah touching kalau tengok cerita sedih, video sedih. Tengok cerekarama meleleh, tengok movie meleleh. Ntah apa-apa. hahaha. Mudah benor touching nya. Sekarang extra touching terutama cerita pasal kanak-kanak. Hari tu tengok Wanita Hari Ini, pastu ada seorang ibu ni minta donation untuk anak dia. Tengok keadaan si anak dah berjurai-jurai air mata. Pastu yang kisah Faris meninggal. Sanggup godek blog Mazidul baca. Memang air mata laju je turun. Mr. Teddy jadi pelik. hahaha. Nak-nak lagi kalau baca kisah baby yang lebih kurang sebaya dengan Ejoy Jr.

Dulu baca surat khabar baca tajuk je. Kalau part hiburan baru baca secara detail.hahaha. Sekarang baca surat khabar seksyen kesihatan pun layan. Mana la tau ada kisah pasal perkembangan/kesihatan kanak-kanak kan. Pastu kalau ada berita pasal baby lagi lah wajib baca. Berita baby tersedak susu, baby yang kena bedung n tampal mulut kat nursery. Sakit-sakit yang melibatkan kanak-kanak rotavirus, HFMD n semuanya la. Kena alert tu semua.

Dulu time bujang lunch time wajibulghunnah kuar tengahari. G Sogo. Tak pun The Mall ke. Pastu bila dah sarat pregnant tak larat nak dah. Duk office. Tidur. Sekarang lunch time tengahari digunakan sebaik mungkin untuk pump=)

Saya percaya setiap ibu bapa akan mengalamai perubahan 360 darjah dalam kehidupan masing-masing. Terutama yang 1st experience macam saya. Ambil masa untuk menyesuaikan diri. Elakkan merungut. Sentiasa berfikiran positif. Enjoy pengalaman bergelar ibu n ayah=)


2 comments:

  1. ee.. kite bile dah jadi ibu nih jadik cannih kan? sebe berubah sebab sikecik yg disayangi.. huhu.. they r everything for us!! make our life meaningfull :)..

    ReplyDelete
  2. yeszaa!!!syok kan feeling tuh...tensen2 kat office balik tengok muka anak terus hilang tensen...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...