Monday, April 23, 2012

Bila Demam

Assalamualaikum w.b.t

Bila Mr. Teddy demam patah kaki dibuatnya. huhuhu. Nak-nak lagi bila si kecil pun sama gak meragam. Tak nak tidur. Kekadang nak tidurkan si Ejoy Jr senang je. Letak kat bahu dah terlentok. Kekadang berchenta gak nak tdokan. Dah segala zikir Ummi zanjikan tak tidur-tidur. Hye la anak. Dia pelik kot babah ada kat rumah tapi babah tak main pun dengan dia.

Semalam Mr.Teddy demam+muntah+cirit birit. Ha lengkap package. Sian dia lembik bebenor dah nengoknya. Sebenarnya start hari Jumaat dia dah kena cirit birit. Tapi tak ada lak demam time tu. Semalam tetiba demam panas after kami balik kenduri. Time kenduri pun dia tak makan. Tak leh masuk katanya. Satu apa pun makanan tak boleh masuk semalam. Nasi dagang yang favorite pun tak abis. Kalau makan confirm muntah balik. Memang sian la. Yang si kecil pulak nak berkepit dengan Ummi je. Letak kejap pun nangis. Sian babah dia.

Lepas maghrib tu baru lah si kecil nak tido. Memang waktu tidur dia pun time tu. Barulah dapat jengah babah. Panas betul badan Mr. Teddy time tu. Mr.Teddy jarang demam, bila demam dia jadi extra ngada-ngada sikit. Dah boleh join Ejoy Jr dah. hahaha. Tempekkan cool fever kat dahi dia. Buatkan horlick panas bagi minum. Alang tolong bawa g klinik. Mr. Teddy tak larat nak drive. Alhamdulillah si kecil tidur je sepanjang babah dia ke Klinik. Doktor kata food poisoning. Alhamdulillah tak kena warded. Kalau warded pening gak tu. huhuhu. Mr.Teddy bawa balik banyak gila ubat n dapat mc. hohoho.

Malam tu saya pulak menjangkit muntah-muntah. Tapi bukan food poisoning rasanya sebab perut masuk angin. Makan lambat. huhu. Alhamdulillah si kecil tak merengek malam tadi. Bangun nak minum susu. Tapi saya tido pun tak berapa lena sebab sakit perut. Bangun nak g kerja pun lemah sangat rasanya. Nak-nak lagi bila Mr. Teddy mc.huhuhu. Pagi tadi naik lrt sanggup ke arah Sri Petaling dulu pastu patah balik ke Titiwangsa sebab nak duduk punya pasal. hohoho. Hari ni satu hari badan lemau je rasanya kat office. Telan panadol barula ok sikit. Hope tak berlanjutan ke malam ni.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...