Monday, March 19, 2012

Keperluan Baby - Perlu @ Tidak

Assalamualaikum w.b.t

Si Ejoy Jr. dah nak masuk empat bulan barula Ummi sibuk nak story pasal keperluan baby. Apa lah Ummi ni. hohoho. First experience memang kita tak tau nak buat preparation apa. Saya banyak refer dengan akak-akak, akak-akak ipar, akak-akak office n mereka-mereka yang lebih berpengalaman. N diorang memang banyak membantu.


Ok la macam kebanyakan para ibu di luar sana saya pun ada check list sendiri juga sebelum shopping barang-barang untuk Ejoy Jr. Hasil cedok sana sikit, sini sikit. Dan checklist tersebut banyak membantu. Walaupun banyak barang dalam checklist tu saya tak beli pon setelah dipotong oleh Mr. Teddy. Tarik-tarik muka la gak time tu sebab tak dapat beli kan. Tapi memang betul sekali tekaan Mr.Teddy benda yang kami tak beli tu memang bukan keperluan penting pon buat masa sekarang. Thanx to Mr.Teddy.


Dalam checklist tu kitorang dah siap-siap kategorikan mana barang yang KIV, ON GOING n BEFORE bagi memudahkan nak sort barang apa yang nak beli dulu.

KIV - tak wajib beli. Tengok keadaan dan keperluan dulu.
ON GOING - beli after deliver
BEFORE - Beli before deliver


Almaklum la kitorang ni kan last minute preparation. So, nak beli semua on the spot memang makin gugur rambut Mr. Teddy.hohoho. Kitorang start beli barang time saya dah masuk 7 bulan kot. Memang lambat sesangat. Sila jangan contohi. Ok. Jom tengok saya punya check list. Ni adalah pendapat peribadi berdasarkan pengalaman sendiri. Yang kat part quantity tu pon saya tak follow. hahaha. Beli ikut suka je. huhuhu



Feeding Needs





Awal-awal kitorang just beli feeding bottle 2 oz je brand Pureen(BPA Free). Bila dah nak start hantar Ejoy Jr. to nursery barulah saya belikan feeding botol MAM (5oz). Alhamdulillah dia tak menolak. Memandangkan sejak pregnant lagi saya berazam untuk fully bf Ejoy Jr. so milk container tak perlu nak beli. Warmer n sterilizer sampai la ni kami tak beli pon. Selama ni guna air panas je. Tapi maybe nak cari jugak warmer untuk dalam kereta.


Bottle rack pun tak beli. Saya keringkan botol-botol n peralatan mengepam atas tray je. Liquid cleanser saya beli brand Pureen. Memandangkan sekarang Ejoy Jr. belum makan lagi so tak ada lagi keperluan untuk beli feeding set. Nanti bila dah start makan baru nak beli. Bib saya dah belikan sebab air liur Ejoy Jr. dah start meleleh. Kekadang sampai basah baju. Comot jadinya. Bagi mengelakkan baju basah n naik ruam saya pakaikan dia bib.



Nappy Needs



Kami tak beli banyak diapers size new born. Sebab ramai dah pesan baby cepat membesar. Memang betul pon. Ejoy Jr. belum habis pantang dah tukar size. Sekarang dia dah pakai size M pun. Nappy rash cream tak beli pon. Tapi Uda saya bagi yang Irfan punya. Ni guna ikut keperluan. Saya gunakan bila celah kangkang Ejor Jr. dah start merah, saya sapu kan la. Alhamdulillah serasi setakat ni. Detergent pulak saya beli brand Pureen.

Bath & Toiletries




Untuk keperluan mandian n toiletries memang perlu beli before deliver. Kebanyakannya kami beli yang size kecil je. Satu sebab nak try dulu brand yang serasi dengan baby. Sat g beli yang besar terus dah rugi kalau tak serasi. Kedua hadiah banyak orang bagi dapat set toiletries. So, dah jimat di situ. Setakat ni toiletries Ejoy Jr. brand campur-campur. Ada Anakku, ada Johnson, ada Pureen.Macam-macam ada.

Bedding Needs


Untuk set tilam, bantal, bolster saya beli online satu set dengan Wanisashop. Untuk baby cot bercadang nak beli kemudian. Sebab saya fikir dalam pantang mesti baby tido dengan Ummi je kan. Alhamdulillah rezeqi Ejoy Jr. balik rumah Opah n Atuk dah belikan play pen. Mosquito net diperlukan bila kami balik Slim River. Tapi kalau travel mana-mana memang spare bawa in case tempat tu banyak nyamuk ke kan. Kat rumah memang tak guna.


Bouncinette tak beli, tapi kami beli buaian untuk Ejoy Jr. Sebab ada satu masa Ejoy Jr. buat perangai tak nak berletak. Nak berpegang je. Kalau dulu Ejoy Jr. tak ada buaian tak boleh tidur, sekarang dah jarang guna buaian. Asalkan kena kepit dia bawah ketiak dulu. hehehe. Comforter tak beli pon. Dia pun tidur tak berselimut.




Healthcare Needs

Baby wipes tu seeloknya beli la lebih-lebih. Beli yang dalam container n dengan yang pack-pack. Yang container guna bila kat rumah, yang pack guna bila travel. Memang guna banyak. Cotton ball ikut keperluan. Setengah orang tak guna pun. Tapi macam saya guna time bersihkan tali pusat before tanggal tu n time dia poo poo. Spray air dulu, pastu lap dengan cotton ball. Pastu guna wipes. Cotton bud saya beli dua size. Satu kecil satu besar. Yang kecil guna tuk bersihkan hidung. Yang besar guna tuk bersihkan telinga. Kekadang Ummi n Babah pun tumpang sekaki guna cotton bud Ejoy Jr.


Handkerchief elok beli lebih. Memang guna banyak. Yela baby ni kekadang muak la apa la kan. Macam Ejoy Jr. lagi la skang ni dah pandai main air liur. Abis menjejeh-jejeh air liur dia. Nail clipper memang diperlukan. Ejoy Jr. kuku dia cepat panjang. Kuat meneran gamaknya. hehehe. Memang kena potong selalu. Kalau tak abis bercalar muka. Thermometer pun perlu beli gak. Untuk check suhu badan samada demam atau tak. Nasal aspirator tak beli pun. Tak ada keperluan lagi. Grooming set Ejoy Jr. Atuk n Opah yang belikan time rambut dia lebat dulu. La ni dah botak tak ada la guna. Vicks saya beli untuk baby punya. Yang biasa punya tu tak sesuai untuk bayi. Tapi setakat ni macam tak guna pun. Minyak time awal-awal guna minyak Yu Yee. Setelah timbul bebarapa isu, tukar pakai minyak telon sekarang ni.


Wadrobe and Accessories
Part ni paling kritikal sekali. hahaha. Puas tanya orang nak beli berapa helai. Kalau beli banyak takut tak terpakai, kalau beli sikit tak cukup pulak. Ramai yang pesan jangan beli banyak yang saiz new born sebab baby cepat membesar. Ejoy Jr. sekarang dah start pakai size 6-12 months walaupun umur dia baru 3 bulan lebih. Alhamdulillah apa yang kami shopping hari tu cukup n terpakai semuanya. Campur-campur dengan hadiah orang bagi lagi. Saya banyak beli saiz 3-6 months. N last week baru shopping secara besar-besaran beli yang untuk size 6-12month pulak. Size 12-18 month pun ada yang saya beli gak.


Oleh kerana cuaca kita yang agak panas ni banyakkan la beli baju lubang-lubang n sleeveless. Kalau beli lengan panjang/seluar panjang beli yang jenis kain lembut n tak panas. Brand Anakku banyak. Brand Pigeon pun kain dia sejuk.

Saya sangat suka tengok baby pakai romper. So ada la dua tiga helai romper yang saya beli untuk Ejoy Jr. Campur dengan hadiah orang bagi jadi banyak pulak. Banyak lagi belum pakai romper. Sebab Mr. Teddy tak berapa berkenan Ejoy Jr. pakai romper. Susah kalau baby poo poo katanya. Bodysuit pun ada saya beli. Tapi Ejoy Jr. hanya pakai sekali time keluar hospital. huhuhu.


Barut elok sediakan banyak. Tapi saya beli 3 helai je dengan Tasha. Dia ada jual barut n bedung. Tasha ada bagi free satu yang corak-corak. Selebihnya Uda bagi Irfan punya. Kekadang baby poo poo terkena barut, kena tukar sekali. Mittens n booties pun beli lebih. Tapi sekarang Ejoy Jr. dah tak pakai mittens. Booties pulak dah tak muat. So saya pakaikan dia socks. Tiap kali keluar even hantar ke nursery pun saya memang akan pakaikan Ejoy Jr. topi. Kakak nursery tu pulak akan terus masuk dalam baju kotor topi Ejoy Jr. tu so memerlukan lebih gak la topi.


Travelling Needs



Part ni memang kami plan nak beli after deliver. Nak tengok keadaan Ejoy Jr. dulu samada perlu atau tidak. Takut membazir pulak beli kalau tak guna. Setakat ni semua tu memang diperlukan kecualikan baby sling/wrap. Carry basket Atuk n Opah belikan yang boleh buat tilam sekali. So, kalau travel guna yang tu je la. Stroller n car seat abang saya, Alang bermurah hati bagi yang anak dia punya. Alhamdulillah rezeqi Ejoy Jr. Ha bag pulak. Ejoy Jr. ada banyak bag. Campur-campur dengan orang bagi jadi banyak pulak. hohoho. Tapi selalu guna setakat ni dua je. Satu back pack untuk travel. Satu lagi bag untuk Nursery.


Nursing Accessories

Macam yang saya cakap sejak pregnant lagi saya berazam untuk bf Ejoy Jr. Alhamdulillah sehingga sekarang rezeqi untuk Ejoy Jr ada. Saya sentiasa bersyukur dengan rezeqi yang Allah kurniakan untuk anak saya tak kira banyak atau sikit dan semoga akan terus dilimpahkan rezeqi.


Sebelum deliver saya beli breast pump bateri Pureen. Boleh gak guna adapter. Tu je yang bersesuaian dengan budget pada waktu tu. Ikut kemampuan la kan. Takkan la nak beli gak Medela Free Style yang berharga ribuan ringgit tapi kesudahannya terpaksa ikat perut. huhuhu. Risau gak kalau beli mahal-mahal, tak ada rezeqi nak menyusukan. Mana la tau kan. Wallahualam.


Banyak jasa pump Pureen dengan saya. Saya guna time dalam pantang. Time tu tak start buat stock lagi. Saya pump untuk kosongkan cik B. Saya start buat stock bila dah balik rumah sendiri. Agak terlambat la sebenarnya. Lagi 3 minggu nak mula kerja time tu. Mr. Teddy nak belikan pump lain untuk saya since dah nak start kerja kan. Bukan Pureen tu tak bagus yek. Sampai sekarang saya guna tau kalau kat rumah. Before beli tu saya pergi try pump dulu kat Mom's little ones (MLO) Bangi. Saya try Spectra, Swing, FS n lagi satu tak ingat pump apa. Saya pilih Swing yang bersesuaian dengan budget dan keperluan. Saya beli dengan Mama Q Store.


Storage buat masa ni saya guna MLO (5oz n 2oz) dengan Autumz (5oz). Untuk Nursery saya guna MLO 2 oz. Siap-siap agihkan susu 2oz dalam setiap storage. So, akak Nursery tinggal panaskan. EBM frozen saya simpan dalam zip lock storage. Pernah guna brand Autumz, Jingle Jungle n Fiffy. Autumz tak best sangat. Jingle Jungle n Fiffy best. Tapi Jingle Jungle tak ada stock, Fiffy pulak mahal sikit. Ada kakak kat office suggestkan guna bekas dadih. So, saya dah pun beli bekas dadih.


Ice pack saya guna 3 nos brand MLO. Cooler bag pun guna MLO. Nursing bra time pregnant saya dah start pakai. Breast pad saya beli time nak start kerja. Takut leaking. Saya beli brand Pureen, Autumz n Fabulous Mom. Nipple cream tak guna. Setakat ni Alhamdulillah tak ada problem. Nipple wipes pun tak guna sebab selalu guna handkerchief untuk lap.


So, tu je la yang saya nak share. Ni berdasarkan pengalaman saya sendiri yang tak seberapa ni. hohoho.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...