Tuesday, March 6, 2012

Kedah Pulak

Assalamualaikum w.b.t

Last weekend kami sekeluarga termasuk la si kecik, Ejor Jr. ke Kedah. Meraikan wedding best friend Mr. Teddy, Gie. Kawan baik dari umur 3 tahun Mr. Teddy cakap. Wajib la pergi kan memandangkan yang belah Gie tak boleh nak pergi sebab clash dengan keberangkatan family saya menunaikan Umrah. Korang memang best friend sejati. Tarikh nikah pon pilih nak dekat-dekat. hehehe.

Hari Jumaat pagi bergerak ke Kedah. Dalam pukul 2 lebih sampai. Memandangkan Gie nikah lepas Asar so kitorang pon check in hotel dulu. Stay kat Hotel Seri Malaysia. Alhamdulillah sepanjang perjalanan si kecik, Ejoy Jr. tak banyak ragam. Tidur je dia. Celik mata hisap nen sambung tidur balik. Masa Gie nikah pun ok. Malam nak keluar makan dia meragam pulak. Penat sangat agaknya. Bila dah meragam tu jawapannya kami makan KFC je la. Kebetulan KFC dekat dengan hotel. Mr. Teddy tapaukan je.

Hari Sabtu Gie sanding. Time sampai pengantin belum bersanding lagi. Kami pun menjamu selera sambil bergilir-gilir pegang Ejoy jr. Mr. Teddy ajak bergambar dengan pengantin dulu before balik. Kitorang pun masuk la dalam rumah. Sementara tunggu turn nak bergambar tu, sebab pengantin bergambar dengan family dulu, tengok-tengok si kecik ni dah terlentok kat bahu babah dia. Alahai siannya. Tidur yang lena amat. Sampai Mr.Teddy pas dia kat saya pun dia tak sedar. Kami bergambar dengan pengantin sambil Ejoy. Jr tidur. huhuhu. Aritu pun sama tau, time wedding Rina tengok-tengok dah terlentok kat bahu saya. Punya la lena tidur, tup tup masuk kereta dia boleh terjaga. Ni la cara-cara depan orang ramai. Cuba tinggal dengan Ummi n babah dia je, tak sumbat nen belum tentu nak tidur.


~Kat wedding Gie~


Lepas tu pergi ke UUM, Mr. Teddy nak tengok projek yang dia jaga dulu. Kami sempat singgah ke Pekan Rabu. Beli ikan pekasam. Ejoy Jr. senyap dalam stroller. Malam tu pulak Mr. Teddy bawa pergi makan kat kedai tak ingat nama Kopi Kampung kot. Malam tu pun nyaris-nyaris nak meragam dia. Sebab dia kan selalu tidur awal. Ni Ummi n Babah nak bawa jenjalan pulak. Mata dah ngantuk. Tapi saya cakap elok-elok kat dia, jangan nangis-nangis. Ummi tak nak makan KFC lagi malam ni. KFC KL pun ada. hehehe.



~Lepas kena pujuk suh jangan nangis. Ummi tak nak makan KFC lagi~


Hari Ahad pagi lepas breakfast terus check out. Perjalanan balik dia tak berapa nak lena sangat. Last-last saya dakap dia barulah tidur lena sampai ke Slim River. Dengan Ummi dia sekali tidur.haha. Petang tu dia mula merengek. Biasa la kan kat rumah Atuk n Opah memang tunjuk perangai 'baik' tu. hehehe. Malam pun sama. Atuk n Opah pujuk pun tak jalan. Last-last bagi nen baru senyap. Terus tidur.


~Sedap tdo dalam keter~

Hari Isnin balik ke Bangi semula. Singgah Port Klang ambil My Kid Ejoy Jr. yang dah berbulan siap. Dah alang-alang singgah ke rumah Nenek hantar ikan pekasam. Sekejap je singgah. Ummi je pon yang turun sebab Ejoy Jr. tidur. Pastu pergi check up 3 bulan dia kat KPMC. Selalu jumpa paed, tapi semalam pergi polyklinik KPMC. Doc tu x check sangat pun. Dia timbang pastu terus cucuk. Menangis jugak la kawan tu. Selalu kalau paed dia akan borak-borak. Sampai terkekek-kekek gelak. Dah la tak menjawab soalan. huhuhu. Tanya akan demam tak after inject, dia jawab kalau demam tak kan inject. Pastu saya tanya balik, dia jawab apa ntah tak ingat dah. Dia bagi ubat demam. Ahdoyai. confused. Dah lepas inject tu Ejoy Jr. meragam. Sengal kesan inject tu agaknya. Malam rasa badan dia cam dedar-dedar sikit. Bila check temperature tak demam. Alhamdulillah. Dia Layan Lawak Ke Der dengan babah. Pagi ni bangun check lagi temperature. ALhamdulillah still ok. Tapi bekal juga la kat Akak Nursery tu ubat in case Ejoy Jr. demam. Call akak nursery tadi cakap ok. Dia tengah tidur. Merengek cam biasa la nak tido n nak susu.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...