Friday, March 30, 2012

Ejoy Jr. - 4 bulan

Assalamualaikum w.b.t

Ada budak tu demam time bday 4bulan...last 2 weeks baru demam. Alhamdulillah xada apa-apa n semalam dah ok.

Time ambil kat nursery hari Selasa,akak tu cakap dah yang Ejoy Jr. cam xsehat. Budak-budak kat nursery pun ramai yang tak sehat. Tapi time tu rasa badan ok je. Tak ada pulak panas. Dia pun aktif cam biasa. Feeding pun ok.

Dalam pukul 3 lebih camtu dia bangun nak nyusu,rasa badan panas dah time tu. Check temperature 38. Kebetulan ada ubat demam lagi bagi la dia makan ubat. Pastu bukak baju,tinggalkan pampers je. Lap badan dia. Tampal cool fever. Dia macam biasa la. Tersengih-sengih. Ajak Ummi n Babah main dengan dia pukul 3 pagi. Alahai Ejoy. Jr.

Bangun pagi esok, ummi el n babah half day badan dah x panas tapi still bawa ke KPMC. Nak check. Dia bila jumpa Dr. Afifah memang gedik semacam. Sampai Dr. pun tanya napa excited sangat. hehehe. Dr check temperature 36. Check telinga clear. Check paru-paru clear. Tak ada kahak. Check tekak merah. huhuhu. Dr. cakap tak ada apa-apa tapi still kena berjaga-jaga juga sebab kalau melarat boleh effect kat paru-paru Dr ada sebut nama sakit tu, tapi tak ingat. Macam mana nak tau dah kena, baby batuk tak berhenti-henti lebih dari 2 hari. Alhamdulillah Ejoy Jr. tak ada batuk-batuk. Hidung je meleleh.

Dr. ada gak tanya Ejoy Jr minum susu apa. Jawab la susu badan. Dr terkejut sebab susu badan pun leh demam. Tapi bila cakap yang duk kat nursery Dr. x pelik dah. Dr cakap memang standard budak duk nursery akan mudah mengjangkit. Dah masuk 6 bulan nanti baru ok. So, Dr suggestkan Ummi makan vitamin c. Dr. bagi ubat selsema n batuk, jika perlu. Ubat demam dah ada, so Dr. x bagi. Antibiotik Dr. kata x perlu sebab Ejoy Jr. minum susu Ummi.

Ejoy Jr. plak telah mewarisi sifat Ummi yan penakut makan ubat. hohoho. Time nak bagi makan ubat cam tau-tau je, time tu la dia merengek. Bila dah bagi makan ubat tu diluahkan balik. Pandai betul. Disebabkan Ejoy Jr. 'hero' makan ubat, Dr suggestkan bagi dia sikit-sikit. Tapi mesti habis within 30 minit. Contoh dose untuk Ejoy Jr. 1.5 ml, bagi 0.5ml, biar dia main-main dulu. pastu 0.5ml lagi,bagi relax pastu 0.5 ml lagi tapi 1.5ml mesti bagi dalam tempoh 30 min.




~Pukul 3 pagi sempat buat muka comel~

~Ajak Ummi n Babah main pukul 3 pagi~

~Ke demam sebab ni...sekarang beria bebenor nak ngiring. Kekadang dah nak tertiarap sangat dah. Tangan sebelah x lepas. Pastu marah. Ummi tak nak tolong. Awak meniarap sendiri~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...