Friday, February 24, 2012

Tamat Sudah

Assalamualaikum w.b.t

Tamat sudah cuti 3 bulan saya. Next week sudah mula kerja. Arghhh. Tak ada semangat nak mula kerja. Berdebar pun ada. Bimbang kerja tak bergerak selama 3 bulan saya bercuti. Kalau tak bergerak maknanya siapa yang kena? Tidak lain tidak bukan saya yang kena.

Nasib baik la saya dah mula ajar Ejoy Jr. tinggal Nursery walaupun kejap-kejap. Mesti rindu kat bam bam botak bila dah start kerja. Ni cuti kat rumah boleh la ulang tengok. Kalau kat office tu apa yang diulangnya. Ulang tengok gambar je la.huhu. Jangan nakal-nakal ye sayang. Jangan nangis-nangis. Takut ummi yang lebih-lebih nangis. Masa 1st day hantar ritu, Ejoy Jr. relax saya yang meleleh-leleh air mata.

Kalau ikutkan hati nak je cuti tanpa gaji. Tapi apakan daya rezeqi perlu dicari. Dahla sekarang macam-macam kes. Seriau je dengar. Moga jauhkanlah perkara tidak diingini terjadi kat Ejoy Jr. Amin.

Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...