Friday, February 24, 2012

SOKONGAN

Assalamualaikum w.b.t

Sejak saya mengandung lagi saya berazam untuk breastfeeding anak saya. InsyaALLAH. Inspired by my sister, Uda yang bf Irfan sampai Irfan 2 thn. Moga dipermudahkan urusan saya dan dilimpahkan rezeki untuk Ejoy Jr. Amin.

Alhamdulillah suami saya juga turut memberikan sokongan padu. Terima kasih dear. Saya selalu share dengan dia info berkenaan penyusuan ibu yang saya perolehi dari Group-group FB berkaitan susu ibu . So, dia pun dapatla info bukan saya sorang je. Hehe.

Baru-baru ni Mr.Teddy belikan saya pump baru, Medela Swing n deep freezer untuk simpan susu. Before ni saya pakai pump pureen. Memandangkan saya dah nak start kerja, carilah pump baru. Terima kasih kepada pump Pureen yang dah banyak berjasa. Saya takkan lupakan jasa awak. Hehehe. Beli Medela Swing dengan Mama Q Store. RM 630 (warranty Malaysia). Setakat ni pakai Swing, memang best. Alhamdulillah rezqi untuk Ejoy Jr. Moga berkekalan. Peti ais rumah kami pulak jenis satu pintu. Peninggalan Alang. Tak muat nak simpan susu n lauk-lauk lagi. So, Mr.Teddy belikan la deep freezer kat HLK. Bolehla saya simpan stok susu n tahan lama.


Saya berterima kasih dengan Mr.Teddy yang banyak support saya. Pertahankan azam saya untuk bf bila ada yang cuba bagi FM kat Ejoy Jr. Bagi kata-kata semangat untuk saya bf Ejoy Jr.. Terima kasih sangat-sangat wahai suamiku. I love u so much.

Sent from my iPhoneBlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...