Sunday, February 26, 2012

Hari Jalan-jalan

Assalamualaikum w.b.t

Hari Sabtu lepas adalah hari jalan-jalan Ejoy Jr. Jauh betul perjalanannya. Sian anak Ummi. Mesti penat kan. Alhamdulillah dia tak meragam. Tido banyak atas kereta je.

Tengahari follow Ummi ke kenduri kahwin kawan Ummi, Aunty Rina Salleh dekat Kg. Budaya, Taman Botani Shah Alam. First time Ejoy Jr. jumpa kawan-kawan Ummi. Dia baik je depan kawan-kawan Ummi. Tak ada nangis-nangis. Kawan-kawan ummi sume geram dengan ketembaman Ejoy Jr.. Hehehe. First time juga Ejoy Jr. naik tram. Excited je dia. Punyalah penat agaknya sampai terlentok dia atas bahu Ummi.

Lepas tu ke Klang - rumah nenek pulak. Malamnya ada family gathering Ummi kat Bagan Lalang. Pak Long nak belanja seafood. Asalnya Ummi nak pergi kedai Enjoybreastfeed kat Klang. Kedai tu dekat ngan rumah nenek. Rupanya kedai tu tutup. Dah alang-alang tu terus ke rumah nenek. Nenek tak ada rumah. Yang ada Mak Anjang n Pak Long je. Sakan Ejoy Jr. main dengan pak long. Gelak terkekek-kekek. Tunggu Pak Itam balik, gerak sekali ke rumah Mak Uda sebelum bertolak ke Bagan Lalang.

Disebabkan perjalanan ke Bagan Lalang yang agak jauh, Ejoy Jr tdo sepanjang perjalanan. Yela dari tengahari tu tidur sekejap sekejap je. Sampai Bagan Lalang pun tido lagi. Tido atas stroller. Lena sungguh. Lama gak tidur. Bila terjaga tu terus mengamuk dia. Alhamdulillah Ummi n Babah dah habis makan time tu. Pastu terus la balik. Naik kereta sambung tidur. Letih sungguh-sungguh anak Ummi.

Alhamdulillah Ejoy Jr. dah kurang meragam. Amalkan selalu ye sayang. Boleh lah Ummi bawa berjalan selalu. Apa yang saya perasan Ejor Jr. ni kalau kenyang insyaALLAH la tak ada masalah. Bila dah kenyang dia boleh tidur dengan lena. Harap berterusan la ya sayang.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...