Monday, February 6, 2012

Hairstyle

Assalamualaikum w.b.t

Bersiaran secara langsung dari Slim River. Tak balik-balik lagi ke. Actually dah balik ke Bangi last week. Mentua hantar. Sesaja balik Slim minggu ni. Mengubat kerinduan atuk n opah kat Ejoy Jr. Mentua bercadang nak datang rumah kami hari Jumaat tu tapi saya pulak di Klang sebab kawasan rumah kami black out. Kesian kat mentua yang nak jumpa Ejoy Jr., kami pon balik ke Slim.

Eh dah terpesong dari tajuk. Sila kembali ke pangkal jalan. Ok nak story saya telahpun selamat mengorbankan rambut yang disimpan hampir dua tahun. Hohoho. Sedih jugak la. Dah lama tak simpan rambut sepanjang ni. Panjang hampir ke bontot. Last berambut panjang zaman sekolah rendah. Start form one duk hostel terus buat rambut boy cut. Senang sket nak urus. Sejak tu rambut tak pernah dah lepas bahu. Panjang sket terus potong. Start balik rambut panjang bila dah kerja tapi tak pernah la simpan sepanjang ni.

Haritu pas kawen pernah bercadang nak potong tapi mak suruh simpan sebab senang nak berpantang. Dah lepas bersalin dengan izin suami saya pun korbankan la rambut ku itu. Senang sket nak urus.

Time potong rambut saya aunty yang potong tu cekak n ikat rambut. Pastu terus zasss. Terasa ringan gila kepala. Best betul. Saya suka new hairstyle ni. Mr. Teddy pon suka. Dia kata cam budak sekolah. Kembang semangkuk. Tak ada la lagi rupa bibik dengan rambut yang kusut masai. Kekadan nak nyusukan Ejoy Jr. pon menganggu. Tapi tak boleh nak tunjuk kat sini la yer. Aurat.BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...