Tuesday, February 28, 2012

Ejoy Jr. - 3 bulan

Assalamualaikum w.b.t

27 Februari 2012 genap usia Ejoy Jr. 3 bulan. Alhamdulillah 3 bulan dah anak Ummi. Semoga membesar dengan sihat, cergas dan cerdas ye sayang. Semoga menjadi anak yang soleh. Ummi sentiasa berdoa agar anak ummi ni sentiasa dipelihara kesejahteraan, kesihatan dan juga keselamatan. Amin.

Start pertengahan bulan 2 hari tu dah hantar ke Nursery. Dekat dengan rumah. So far ok. First day hantar dia saya yang meleleh air mata. Kejap-kejap ulang pergi tengok. Anak tak ada apa-apa mak yang lebih. Hahaha. Hantar pun tak full day. Saja nak biasakan dia. Hantar lambat, ambil awal. Kat situ pun biasa handle EBM. Bila dah start kerja ni hantar awal. Pukul 6.30 dah hantar dia. Sian kat Ejoy Jr. Pastu kan dia macam tau-tau je. Dekat pukul 6.30 mesti dia bangun. Tapi tak ada la menangis ke apa. Saja nak tengok Ummi n Babah pergi kerja la tu.

Dah masuk 3 bulan ni makin macam-macam keletah dia yang mencuit hati. Geram je rasanya. Mulut dah memang riuh kemain lagi. Kalau borak dengan Babah, gelak sampai mengekek-ngekek. Kalau nak tinggal dia main sorang-sorang pun boleh dah. Buka TV. Nanti dia layan la TV tu. Kadang-kadang dengar dia menegur. Ingat orang dalam TV tu cakap dengan dia kot. hehehe. Semua channel di layannya. Cartoon memang la favorite. Kekadang American Idol pon layan gak. Kekadang drama melayu pon layan gak. Tapi kalau buka RM1,000000 Money Drop dia tak suka. Berapa kali dah bila buka show tu tinggal dia kejap mesti dia berbunyi. Gamaknya show tu banyak berfikir kot. Kalau cakap pon sesama sendiri. Boring dia agaknya.

Hobi baru sekarang ni hisap jari. Mentang-mentang dah tak pakai mitten. Kekadang sampai ke lengan dihisapnya. Hari tu sampai lebam-lebam lengan. Dah macam love bite plak. Ingat nak bagi teether. Tapi tak jumpa yang untuk umur dia. Jumpa yang 6m+ je. Kalau dia dah start hisap jari tu, tarik je la tangan dia. Pandai pulak marah kalau orang tarik. Mula-mula ingat lapar nak susu ke. Bila bagi susu tak ada la nak hisap pon. Hisap main-main. Macam sedap bebeno tangan dia. hehehe.

Merangkak belum lagi. Mengiring dah. Tapi dah boleh berpusing 360 darjah time berbaring. Pergerakan kepala nampak dah stabil. Tangan n kaki pun dah tak duduk diam. Sibuk nak menggapai toys. Kalau letak dia depan TV atas lapik tu, bila pergi tengok balik mesti posisi dah ke arah lain. Tengok orang pun dah kenal. Kalau yang jarang dia tengok boleh nangis dibuatnya. Kalau nampak Ummi n Babah senyum lebar.
Hyela Ejoy Jr. Macam keletah kamu. Buat Ummi geram je. Sekarang ni memang tak sabar nak balik kerja awal. Nak jumpa dia. Rindu. hehehe.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...