Monday, January 9, 2012

MERDEKA!!!!

Assalamualaikum w.b.t

Nak jerit kuat-kuat Merdeka!!! Eh pehal tetiba merdeka lak ni. Ogos lambat lagi. Baru Januari. Ok jangan keliru. Sebenarnya semalam last day saya berpantang. So hari ini tiada lagi pantang-pantang. Pantang jumpa ye la kot. Hehehe

Pengalaman berpantang ok-ok je. Tak ada la stress tu tak boleh, ini tak boleh. Saya follow je apa yang boleh n tak boleh. Saya agak skema sikit bab berpantang ni. Hehehe

Saya merasa pengalaman berpantang dengan mak sendiri n mentua. Awal-awal pantang dengan Mak kat Klang. Mentua saya pulak offer nak jaga, almaklum la cucu sulung kan. Kesihatan Mak pun tak berapa mengizinkan. Sakit lutut. Sian gak tengok Mak. So, saya pun tak kisah la pantang ngan Mentua. Kebetulan ngah cuti sekolah. I follow jer la. Hehehe

Saya berpantang cara tradisional. Siap berurut, mandi air daun, bertungku, pakai bengkung, berpilis, berparam, makan rempah, minum air akar kayu, stokin pun tak tinggak. Hohoho. Tradisional betul kan.

Saya berurut dengan ada sorang makcik kat rumah Mak, Mak Cik Kutik. Saya selalu dengar adik beradik saya cakap Makcik Kutik urut sakit tapi sedap. Mula-mula nak urut cuak gak la kan. Dah la saya ni jenis tak tahan sakit. Tapi bila dah urut, sedap gila. Rasa ringan badan. Memang terbaik.

Set bersalin pulak saya order dengan kakak ipar saya. Ada rempah, pilis dan param. Mak awal-awal lagi pesan beli rempah yang jenis serbuk jangan beli jenis kapsul. Bab makan rempah ni sekali lagi saya dimomokkan dengan rasa yang tak sedap orang kata. Tapi bila saya makan, ok la boleh masuk. Tak ada rasa nak muntah ke apa. Air akar kayu baru betul-betul pahit. Pergh rasa dia mmmm... Rasa la sendiri kalau nak tau. Air akar kayu Mak mentua saya yang sediakan.

Time berpantang ni tak yah la berangan nak melawa ker ape. Tak ada bedak-bedak eh. Tempek la pilis n param tu. Hehehe. Saya suka bertungku. Rasa best. Bengkung tak suka sangat. Sebab leceh nak pintal sendiri. Bila minta tolong Mr. Teddy, dia punya ikat ketat gila. Betul-betul nak bagi bini dia kurus. Hehehe.

Bab makan lak saya tak cerewet sangat. Kalau orang kata boleh makan, saya makan. Kalau tak boleh, tak ada la saya makan.

Alhamdulillah saya berjaya mengharungi tempoh berpantang ni=). Sekarang tengah berusaha nak dapatkan berat before pregnant. Time pregnant berat naik jadi 70kg. Seminggu lepas bersalin turun jadi 56kg. Ni tak timbang tak tau la bape beratnya. So tu boleh dikira azam 2012 la...hehe BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...