Wednesday, January 25, 2012

Kenduri Akikah, Majlis Cukur Jambul & Naik Buai

Assalamualaikum w.b.t

Sempena cuti tahun baru cina saya tak ada ke mana-mana tapi pada 23 Januari 2012 telah berlangsung Kenduri Akikah, Cukur Jambul dan Naik Buai Ejoy Jr. bertempat di rumah Mentua, Slim River. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Meriahnya la suasana dengan ramai orang yang datang macam nak sambut menantu. Hehehe. Ada sedara-sedara yang mengusik macam Majlis Tunang. Almaklum la Ejoy Jr. cucu sulung belah keluarga suami. Tu yang sambutan meriah habis. Hehehe

Terima kasih tak terhingga kepada semua keluarga mentua.Tak lupa terima kasih juga kepada family saya yang all the way datang dari Klang. Terharu sangat. Hampir semua adik beradik saya ada.

Alhamdulillah Ejoy Jr. pun tak banyak ragam.Start dari Marhaban tu dia tidur. Risau gak kalau time cukur jambul atau naik buai dia nangis. Alhamdulillah senyap je. Orang pun duk puji-puji. Kembang la tu. Memang drama king. Bila orang dah start kurang baru la dia mula buat perangai. Pandai jaga air muka Ummi n Babah eh. Hehehe.

Saya dan suami juga buat sekali Akikah untuk Ejoy Jr. Kambing 2 ekor. Saya biasa tengok majlis cukur jambul, tapi naik buai ni adalah first time. Thanx to adik ipar saya, Atyra yang telah menghias cantik buaian Ejoy Jr. Mr.Teddy kata kalau dulu-dulu lagila guna buaian yang besar. Saya paling suka part nazam oleh group Marhaban. Sangat menyentuh hati. Syahdu habis.

Ok la tak nak cerita panjang-panjang. Just enjoy la gambar-gambar kat bawah ni yerk.

 ~Saya dah hensem~
 

~Saya dengan Ummi~
 
~Saya dengan Nenek~


~Cik Tyra dengan Opah~


~Marhaban~


~Cukur Jambul~

~Lena dalam buaian~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...