Friday, January 27, 2012

Ejoy Jr. - 2 bulan

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah 27 Jan genap Ejoy Jr. 2 bulan. Alhamdulillah makin sehat anak ummi berkat susu ibu. Berketoi- ketoi dah tangan. Hehehe. Geram rasa nak geget-geget je tau. Semoga membesar dengan sihat, cergas dan cerdas ye sayang.

Dah dua bulan ni Ejoy Jr. dah kurang meragam macam awal-awal dulu. Banyak sangat dah kurangnya. Alhamdulillah. Asalkan perut kenyang, tidur cukup tak ada masalah la dia. Buat la ape je kat dia. Terutama depan orang lain memang tunjuk baik. Drama king la bujang ummi ni. Tidur malam pun dah ok. Tak ada la Ummi jadi burung hantu lagi. Haritu adala sekejap dia tak nak tido bawah. Masa tu baru dapat buai. Syok sangat gamaknya benda baru. Skang ok dah tido bawah. Mandi pun dah tak nangis. Kalau tak dialah champion. Kat pintu bilik air dah nangis. Cam tau-tau je.
Dalam 2 bulan ni dah pandai mengagah. Kalau borak dengan dia adala bunyi yang dah kuar. Mulut tu cam nak borak sangat je. Kalau orang lalu tak angkat dia, berbunyi la dia tegur suh angkat. Dah pandai senyum n gelak. Terutama dengan orang yang first time pegang dia. Tersengih memanjang. Tunjuk baik la konon. Tengok tv pun dah pandai gak. Leka je dia. Bawa dia kuar naik kereta, kalau dia x tidur dia tak nak baring. Mesti nak kena dukung berdiri pastu mata melilau tengok kereta kat luar. Senyum pun makin melebar sekarang ni walaupun agak mahal. tak betul-betul tak ada dia nak senyum. Bila ambil gambar automatik mata pandang camera. Budget model la tu.
Makin hari ada je benda baru yang dia buat. Dan saya pulak sangat excited tengok keletah dia. Indah sungguh perasaan menjadi ibu ni. Sangat-sangat indah.
Ok la saya tinggalkan la anda semua dengan gambar budak botak yang bambam ni. Last week timbang berat dah 5.2kg. Alhamdulillah. Hope exceed la 1kg naik berat time next check up.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...