Monday, January 16, 2012

Ejoy Jr. @ Jusco Rawang

Assalamualaikum w.b.t

Semalam bawa Ejoy Jr. berjalan ke Jusco Rawang. Ejoy Jr. teringin nak kuar rumah. Wahaha. Padahal ummi dia yang nak berjalan. Lama sangat kot terperap kat umah. Saja nak kuar sambil-sambil beli baju Ejoy Jr. untuk kenduri Akikah nanti. Masa otw pergi baik punya tidur Ejoy Jr. Dalam air cond mau tak selesa dia tidur.

Masa turun kereta dia merengek sikit. Pastu letak dalam baby carrier tu ok la dia tengok sekeliling. Masuk dalam Jusco senyap je dia tengok lampu segala. Time makan dia merengek. Tapi masih terkawal. Hehehe. Dia ngantuk sebenarnya. Mr.Teddy makan dulu saya bagi susu. Saya makan Mr.Teddy bawa lak dia jenjalan. Ok keadaan masih terkawal.

Tibalah masa nak beli baju. Dia bagi hint dah kat Ummi n Babah dia-Ejoy Jr. nak tido la!!! Yang Mak Pak dia pulak excited bawa anak shopping 1st time. Pujuk-pujuk dia senyap. Pastu boleh pulak nak suruh member try kasut segala. Jawapannya menangis la member. Baru la Mak Pak nya kalut.hahaha.

Bawak g baby room. Baby Room kat Jusco Rawang sangat selesa. Lupa pulak nak amik gambar. Dah Ejoy Jr. menangis. Pujuk-pujuk dia, bagi nenen dia pun tido balik. Yang bestnya bila ada announcement ke apa dia senyap tau. Pastu announcement abis dia sambung nangis. Eh boleh pulak.

Pastu barula Ummi n Babah menyambung misi. Bila dia dah tido buat la apa sahaja tak dihiraukan. Nak test kasut ke apa silakan. Saya lebih sedap beradu di bahu Ummi. So, lesson of the day apa-apa sila bagi Ejoy Jr. tido dulu. Pastu nak kelek dia ke hulu ke hilir ke tak ada hal. Yang penting TIDO!!!hehehe.

Sekian je la sesi outing bersama Ummi n Babah. Dalam kereta sambung tidur. Kena panas matahari merengek. Adoyai putra lilin ke kamu Ejoy Jr. oiii. Tak sempat nak ambik gamba. Huhuhu. Tapi kira okla tu. Boleh la bawa jalan lagi pasni. Hehehe. Apa yang penting. TIDO!!! Hahaha

2 comments:

  1. oit alang2 dh smpi rawang balik le klang..kitorg nie dh x sabar nk belek afkar...

    ReplyDelete
  2. Slim-Rawang 45min je kot...nk ke Klang jauh beno...nnt hr kenduri dia belek le puas2...hehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...