Friday, August 26, 2011

JADUAL PERJALANAN BALIK BERHARI RAYA

Assalamualaikum w.b.t

Kengkawan semua bagi mengelakkan kesesakan di jalan raya mari lah kita bersama-sama mematuhi jadual cadangan waktu perjalanan ni k=) Chewah...mentang-mentang tahun ni baru merasa nak balik beraya jauh sikit. Slim River je pon



Sila click pada gambar untuk tumbesaran berkesan k.
Sumber : PLUS



SALAM AIDILFITRI

Assalamualaikum w.b.t.


Sekadar nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk kengkawan semua. Susun 10 jari minta ampun dan maaf kalau ada terkasar bahasa, terlanjur penulisan dalam blog ni k. Berhati-hati di jalan raya semasa memandu tu k. Main mercun jangan over excited. Ingat keselamatan diri sama. Makan pun kena beringat. Sat g ada pulak yang berulang ke tandas jerk. Penangan rendang punya pasal. hehehe.

ok la, tinggalkan kengkawan semua dengan sekeping gambar poyo di bawah ni...hehehe



Thursday, August 25, 2011

Perancangan di Hujung Minggu

Assalamualaikum w.b.t

Raya tinggal berapa hari lagi tapi persiapan tak siap-siap lagi. Oleh kerana masa yang suntuk so, kena rancang dengan betul agar tak kelam kabut.

Apa la lagi yang tertangguh tu agak-agaknya. Kemas rumah, shopping last minute punya n beli lampu. Duit raya, Mr. Teddy dalam usaha untuk tukar. Tadi g kat Bandar Baru Bangi dah habis katanya. Untuk waktu gini tak kisah la dapat duit lama sekalipon janji boleh tukar. huhuhu.

Kedai lampu yang jual lampu yang saya berkenan murah sebenarnya tu bulan puasa ni tutup pukul 6 pulak. So, xsempat la nak beli kalau weekdays. Nasib baik weekend ni still buka lagi siap call lagi kedai tu, punya la semangat . Plan nak serang hari Sabtu petang or Ahad ni. Oleh kerana Mr.Teddy bekerja pada hari Sabtu, maka hari mengemas rumah adalah pada hari Ahad. Nasib la tak banyak barang sangat rumah kitorang ni. Tapi bila buat list kerja apa yang perlu buat tu berjela gak la. Oleh itu kena buat bersama-sama dengan Mr. Teddy.hehehe. Time Mr.Teddy pergi bekerja pada hari Sabtu tu saya plan nak buat kuih sikit. Tapi tak tau le berjaya ke tak. hohoho. bergantung pada mood mak buyung . Plan nak shopping hari Jumaat malam. Mesti ramai orang erk. Tapi redah je la.

Bila masa nak balik kampungnya pulak Chewah...orang dah ada kampung Hari Isnin tu Mr.Teddy still kena kerja Ya, suami saya adalah pekerja yang berdedikasi wahaha. Pas Mr.Teddy balik kerja la baru kami balik ke Slim River.

Monday, August 22, 2011

Aidilifitri Tahun Ini

Assalamualaikum w.b.t

Tak berapa hari lagi je bulan Ramadhan akan meninggalkan kita. Syawal pula akan menjengah tiba. So camne persediaan raya kengkawan? Saya? Aidilfitri saya tahun ni ada perbezaan sikit banyak kot. hehehe. Antaranya sebab beraya pertama kali sebagai isteri kepada Mr.Teddy, pertama kali beraya di rumah sendiri, pertama kali beraya jauh dari family tahun ni turn rumah mentua sob...sob...pertama kali beraya tanpa Ayah di sisi.

Perasaan pertama kali nak beraya dengan Mr. Teddy bercampur baur. hahaha. Happy, excited, nervous pun ada gak. Persiapan untuk diri sendiri n Mr. Teddy boleh dikatakan hampir settle. Tema warna kami tahun ni Purple. Baju raya pun siap dah. Saya tempah tiga pasang je. Takut tak muat kalau tempah banyak. Ada banyak lagi kain yang belum tempah. Tunggu lepas-lepas ni la pulak. hehehe. Pastu hari tu ada beli satu jubah maxi. Jadi la empat pasang baju raya. Baju Melayu Mr.Teddy pun siap dah. T-shirt pun dah siap beli. Tinggal nak cari seluar Mr.Teddy. Saya pun plan nak cari blouse n seluar gak. Sebab yang ada sekarang ni semua ada la hasil sumbangan ikhlas kakak ipar saya. hehehe. Baju-baju maternity dia semua elok-elok lagi. So saya pun belasah je la. Baju kurung sendiri pun tak muat dah. Nasib baik baju raya muat. Berdebar je time fitting. hahaha. Ni paling penting yang kami tak buat lagi kot. Tukar duit. Dengar cerita duit RM1 n RM 5 dah abis. Nanti nak try pergi tanya kat bank yang kurang famous la. Agak-agak ada lagi tak. hehehe.

Selain dari persiapan raya untuk diri sendiri, kitorang ada la jugak buat serba sedikit persiapan untuk rumah. Rumah pun nak raya gak kan. hehehe. Mana la tau ada yang sudi nak datang beraya ke. Hari tu dah beli sikit perabot. Last weekend tambah sikit lagi. Tak ada la nampak macam rumah bujang sangat kan. Tinggal nak cari lampu je. Dah ada yang berkenan. Nanti Mr. Teddy free, pergila beli. Yang bestnyer kat Bangi ni perabot dia murah-murah kot. So, memang menepati budget kami. Kitorang pilih pun yang simple-simple je. Langsir tak yah beli atau tempah yang baru sebab abang saya dah bagi. Jimat lagi. Suka...suka...Kuih raya adalah kuih tunjuk sahaja. hahaha. Ingat nak le gak buat kuih yang senang-senang macam conflakes bermadu ke, cookies ke. Tapi yang ado. Every weekend tak lekat kat umah. Bila masanya nak membuat. hehehe. Bekas kuih pun dah selamat dibeli di Sogo semalam. Semalam pergi Sogo time lunch sempat la jugak sambar table cloth, table runner n cushion cover.

Part ni paling syahdu nak cerita. Bayangkan belum menghadapi dah syahdu. Camno. huhuhu. Tahun ni turn beraya di rumah Mentua kat Perak. Sob...sob...tu yang tambah nervous lagi tu. hohoho. Before kawin lagi sebenarnya saya n Mr. Teddy dah decide camtu. Semangat tak. hehehe. Kebetulan adik-beradik saya yang dah berkahwin kebanyakannya beraya rumah mentua kecuali Alang, Angah n Itam. Alang tahun ni turn beraya belah saya. Angah n Itam memang tiap-tiap tahun beraya belah saya. Dah jadi balance la. Tiga beraya rumah mentua, tiga beraya rumah mak. So, yang bujang-bujang tu tak ada la kesunyian. Cuma kurang meriah la berbanding kalau semua beraya serentak kat rumah mak. Keluarga mentua memahami. Mereka tak kisah kalau saya nak beraya rumah Mak dulu pun sebab mereka pun faham saya yang baru kehilangan Ayah. Tapi tak pe la. Kita teruskan je la seperti yang dirancang. Setelah 25 tahun beraya di sisi keluarga. Tahun ni tibalah masa beraya jauh dari keluarga. Mesti sedih kan. sob...sob..sob...Nak-nak lagi tahun pertama Ayah tak ada. Maybe kalau beraya rumah Mak lebih terasa kehilangan Ayah kot.

Ok la tak mau sedih-sedih. So, kengkawan yang belum siap buat preparation tu cepat-cepat le siapkan. hehehe. Tinggal weekend ni je la kalau nak buat last shopping pon kan. Shopping Mall, Jalan TAR, Jalan Masjid India confirm penuh. So, banyak-banyak la bersabar bila membeli belah tu yerk. Ingat bulan Ramadhan k. Nama pun last minute kan. Sebab semalam dengar kat Hot FM siap ada yang berebut nak beli baju.hahaha. Lucu betul.





Wednesday, August 17, 2011

#1 - Wordless Wednesday

~Pehal Excel kat comp. office ni sangat menguji kesabaran....kejap2 not responding...tension giler...dah r kejer bergelumang dengan Excel~

Sekian, terima kasih.

Tuesday, August 9, 2011

Rezeqi Bulan Ramadhan

Assalamulaikum w.b.t

Alhamdulillah pagi-pagi tadi dapat good news Kecoh lebih padahal orang dah tau malam tadi lagi.. Pagi tadi time Mr.Teddy nak hantar g office, perut ni boleh plak meragam kan. So, minta Mr.Teddy singgah mana-mana petrol station akibat 'tuntutan alam' ni. Masuk-masuk kereta lepas dah selesai urusan, Mr.Teddy tetiba cakap tahniah. Apa pulak mimpi ni. Rupanya Mr.Teddy dengar kat radio penjawat awam akan dapat bonus sempena raya. Yahooooo!!! Baru nak yahoo padahal dah ketinggalan. hehehe.

Tadi time borak-borak dengan kakak office, rupanya malam tadi ada kuar berita. Tapi saya tak tengok TV sebab berbuka kat luar. Jadila ketinggalan kat situ. hohoho. Pastu part yang lagi best saya ingatkan RM500.00 macam biasa. Rupa-rupanya setengah bulan gaji n minimum RM 500.00. Orang swasta mesti cakap apa ade hal setengah bulan gaji. Kitorang boleh dapat 3 bulan gaji apa. Tapi saya sebagai penjawat awam yang jarang-jarang dapat bonus ni kira dah bersyukur yang amat dah. Setengah bulan gaji tu kira besar dah sebab jarang dapat. Jadi gayat sekejap . hehehe.

Alhamdulillah. Rezeqi bulan Ramadhan. TAPI penekanan ye di situ Mr.Teddy awal-awal dah warning suruh simpan. Jangan membazir. Ala baru nak bercadang nak beli perabot yang best sikit. huhuhu. Cam tau-tau je niat di hati. huhuhu. Takpe la simpan pun simpan la. Untuk kegunaan masa hadapan. hehehe. Dah ada rezeqi lebih ni berkemungkinan la rezeqi duit raya untuk anak-anak buah pon lebih sikit. BERKEMUNGKINAN sahaja yerk. Apa-apa kena discuss dengan Mr.Teddy dulu. Budget raya tak buat lagi ni, baru buat budget tuk perabot je. hohoho.

Berita penuh click sini






Friday, August 5, 2011

Kisah Train Yang Tak Abis-abis

Assalamualaikum w.b.t

Rasanya before ni saya dah pernah cerita pasal topik ni. Topik kekurangan kesedaran di kalangan orang kita untuk bagi keutamaan kepada mereka yang lebih memerlukan untuk duduk dalam train samada komuter atau pun LRT [click sini]. Siapa golongan yang lebih memerlukan? Orang yang kurang upaya, orang-orang tua, ibu-ibu mengandung atau mereka yang bawa anak kecil. Saya bercakap bukan sebab keadaan saya yang sedang berbadan dua sekarang ni dan selalu tak dapat keutamaan untuk duduk. huhuhu. Tapi memang realiti ini lah yang berlaku. Rasa-rasa macam nak tulis kat surat khabar atau pun buat Aduan Rakyat kat TV3. Aci tak? Isu-isu kan akan cepat selesai kalau masuk TV. Kalau tak masuk TV sume orang buat endah tak endah je. hohoho.

Situasi ni agak kritikal sebenarnya. Daripada saya bujang dah sampai jadi mak buyung. Daripada saya menjadi orang yang bersimpati dengan nasib mereka yang terpaksa berdiri sehingga dah jadi mereka yang patut disimpatikan pulak sekarang ni. hehehe. Orang kita masih ramai yang terlena. Masih belum sedar. Keadaan saya ni masih boleh dipertimbangkan la kalau tak diberi keutamaan sekali pun sebab tak ada la kritikal sangat. Alhamdulillah larat lagi nak berdiri. Walaupun kekadang rasa nak nangis je sebab perut tegang n kaki lenguh. Macam mana dengan orang-orang tua atau akak-akak yang dah betul-betul sarat.

Saya pernah tengok ada sorang akak ni memang dah sarat terpaksa berdiri. Sian kat akak tu. Saya pun tengah berdiri time tu. Akak ni kejap-kejap pegang perut dia. Malangnya tak ada sorang pun yang nak bangun dan bagi akak tu duduk. Bagi yang tidur boleh ampun la lagi kan, naik dari stesen yang awal kalau dah tidur memang lena tak ingat. Tau-tau je dah sampai. Tapi camna dengan yang tak tidur tu. Sibuk membelek hand phone, membaca, menundukkan muka konon-konon tidur padahal mata duk terkebil-kebil . Siap ada yang cakap lagi kalau dah tau sarat buat apa la naik train. Tapi maybe akak tu pun macam saya tak sampai hati nak paksa en.suami hantar ke pejabat dengan meredah jammed yang amat dasyat di KL. Selagi terdaya digagahkan jugak la.

Habit lain yang saya selalu perhatikan golongan kurang kesedaran ni akan buat apa tau. Katakanlah diorang tak tido atau tak buat apa-apa dan terpandang golongan yang memerlukan ni untuk duduk confirm diorang tak akan toleh-toleh lagi dah kat tempat orang tu berdiri. Pastu kekadang akan keluarkan handkerchief lap-lap hidung atau picit-picit kepala. Ok faham anda tak sihat. Tapi lepas turun ko la orang paling bersemangat sekali memecut terus keluar dari train. Terus jadi sihat eh.

Tapi tak semua pengguna macam tu. Ada lagi yang masih bertimbangrasa dan mempunyai kesedaran. Alhamdulillah. Yang selalu saya perhatikan agak prihatin atau akan bangun untuk bagi duduk adalah bukan nak puji lelebih yerk tapi mereka ni la yang selalu akan bangun untuk bagi saya duduk orang lelaki yang berbangsa Cina lingkungan umur 20 an ke 40 an. Adik-adik perempuan Melayu yang maybe pelajar sekolah, kolej atau universiti. Abang-abang Melayu yang range umur 30an ke 40an Maybe abang-abang ni ada isteri-isteri yang pernah menghadapi nasib seperti saya . Terima kasih banyak la kepada mereka yang prihatin ni. Kadang-kadang saya terfikir jugak camne dengan golongan akak-akak kita. Mereka ni la golongan teramai yang akan toleh ke tempat lain bila perasan ada golongan yang memerlukan untuk duduk. Akak-akak ni tak pernah ada pengalaman yang sama ke erk. Wallahualam.

Kadang-kadang pelik juga tau kat cermin LRT atau Komuter tu dah terang lagi bersuluh tampal sticker tapi tak de jugak kesedaran. Kadang-kadang tengok masing-masing kerja dasat-dasat C**B B**K tak pun S**E D**B* tak pun M**A tak pun J*R. Camno tu. Silap kat mana la agaknyer erk. Rasa-rasanya media massa dan elektronik kena main peranan jugak la. Cuba la buat iklan berkenaan kesedaran ni macam iklan Adlin Aman Ramli dulu-dulu. Sedikit sebanyak maybe akan terkesan di jiwa mereka. Bila iklan-iklan macam tu hangat dipertontonkan di kaca TV tak kan la tak terdetik langsung kan nak bagi duduk kalau nampak golongan yang lebih memerlukan. Betul tak.

Bagi mereka yang dah dibagi duduk tu pulak jangan la lupa mengucapkan terima kasih. Ha yang tu dah masuk kempen 'Budi Bahasa Budaya Kita'. Saje nak share kisah rakan lain yang sama-sama naik train. Akak ni nampak ada ibu mengandung yang tengah berdiri di hadapan dia. So, akak ni pun bangun la bagi duduk kat ibu mengandung tu. Tapi ibu mengandung tu pulak tak ucapkan terima kasih kat dia. Frust jugak la kan akak tu dibuatnya. Macam-macam hal.

Apa yang penting tepuk dada tanya hati anda berada di golongan yang mana.Wallahualam.

Monday, August 1, 2011

SALAM RAMADHAN


Assalamualaikum w.b.t

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada semua umat Islam di dunia. Jangan ponteng puasa ye kengkawan. Selain daripada icapan Ramadhan yang saya nak share kat sini ada jugak benda lain yang nak dikongsikan.

Tahun ni pertama kali menyambut Ramadhan di samping suami tercinta. Kalau sebelum ini bersahur di rumah keluarga, bangun untuk bersahur je. Yang lain K.cik dah tolong siapkan. Kalau bersahur di rumah bujang pulak, roti cicah milo pun dah ok. Untuk tahun ni bersahur bersama suami berdua sahaja. Tak ada maknanya ada orang lain yang tolong sediakan. Sendiri buat la. Alhamdulillah untuk hari pertama sahur ni saya berjaya masak untuk kami berdua. Tu pun petang semalam baru pergi beli barang dapur. Almaklumla kami ni kan baru masuk rumah. Last week pulak sepanjang minggu berada di Klang. Saya minta paksa juga Mr.Teddy pergi cari tong gas. hehehe. Punya la semangat nak memasak. hehehe. Perasaan sangat teruja menyambut Ramadhan bersama buat pertama kali as husband n wife. Mr.Teddy duk tersengih-sengih je time makan. Tak tau le sebab seronok ke sebab sedap sangat ke PERASAN atau sebab tak sedap. hehehe.

Selain daripada keterujaan menyambut Ramadhan bersama suami ada juga berita duka yang saya nak kongsi. Saya baru sahaja kehilangan Ayahanda tercinta pada hari Selasa yang lalu bersamaan 26 Julai 2011. Alfatihah untuk arwah Ayah. Moga rohnya ditempatkan di kalangan golongan yang beriman. Dapat berita masa otw nak pergi office dalam train. Dalam train tu jugak berjurai air mata saya. Alang call suruh balik rumah bagitau yang Arwah Ayah nazak. Alang pun tak sure keadaan Arwah Ayah time tu. Saya call balik rumah diorang bagitau Arwah Ayah dah tak ada. Saya terus call Mr.Teddy.

Mak cerita Arwah Ayah pergi dengan mudah. Alhamdulillah. Masih sempat ke bilik air untuk buang air sebelum meninggal. Time tu Arwah ayah dah cakap dah dengan Mak yang dia dah nak meninggal. Arwah Ayah dah rasa yang masa dia dah dekat.

Teringat saya time bawa Arwah Ayah ke Hospital Klang beberapa bulan yang lepas. Arwah Ayah ada cakap dengan saya dan suami kalau ayah masuk hospital lagi itu adalah yang terakhir. Bila kami duduk adik beradik ada je peristiwa yang diingati yang menunjukkan tanda-tanda akhir Arwah Ayah. Tapi kita mana la sedar kan.

Seminggu sebelum Arwah Ayah meninggal mata saya belah kiri asyik duk berkelip sendiri je. Teringat pulak time Arwah Mak Mun meninggal saya ada tanda yang sama. Tapi kali ni saya tak terlintas langsung Arwah Ayah yang akan pergi. Sebab Arwah Ayah sihat. Arwah Ayah memang la ada macam-macam penyakit penyakit berangkai . Dah berulang kali keluar masuk hospital. Tiba waktu dia pergi, dia bukan sakit yang terlantar. Batuk-batuk orang tua. Cuma pagi Arwah Ayah meninggal tu, Arwah Ayah mengadu sakit dada dan muntah lepas diurut dada. Sehari sebelum Arwah Ayah meninggal, Arwah Ayah masih boleh bawak motor pergi minum kat kedai walaupun dah ditegah banyak kali . Ramai jiran yang turut terkejut dengan pemergian Arwah Ayah sebab tak de dengar berita yang Arwah Ayah tak sihat. Hujung minggu lepas kami berkumpul adik beradik. Tak ada sebarang perubahan pada diri Arwah Ayah, cuma Arwah Ayah lebih banyak mendiamkan diri. Tak banyak cakap sangat.

Arwah Ayah dikebumikan lepas Zohor. Alhamdulillah rezeki Arwah Ayah ramai yang berjamaah solat jenazah. Jenazah Arwah Ayah diiringi dengan kawan-kawan Along bermotosikal dari masjid ke kubur. Lebih 10 biji motor yang mengiringi. Segala urusan dipermudahkan. Alhamdulillah.

Paling bermakna hajat Arwah Ayah untuk menunaikan Fardhu Haji tercapai. Alhamdulillah. Saya tak rapat dengan Arwah Ayah tapi Arwah Ayah tetap menjadi kesayangan saya. Tetap ada kenangan antara saya dengan Arwah Ayah. Mr.Teddy cakap Arwah Ayah pergi ibarat seorang tokoh sebab dihormati di kawasan perumahan saya. Arwah Ayah memang terkenal di kawasan perumahan saya semasa hayatnya. Sebab dulu Arwah Ayah meniaga surat khabar dan aktif politik masa muda. Mr. Teddy cerita kalau pergi Jumaat sekali dengan Arwah Ayah mesti ramai yang menegur. Masa hari Arwah Ayah meninggal pun mereka yang datang melawat ramai yang bercerita tentang budi Ayah yang banyak menolong orang setempat tak kira dari segi usaha, tenaga atau wang ringgit. Arwah Ayah meninggalkan nama yang besar di kalangan orang setempat membuatkan kami bangga menjadi anak Haji Othman bin Rus. Semoga kami anak-anak Arwah Ayah akan turut mengikut jejak langkah Arwah Ayah yang banyak menolong orang. Moga roh Arwah Ayah ditempatkan di kalangan golongan yang beriman. Alfatihah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...