Friday, July 15, 2011

Kisah Perut Aku & Dia

Assalamualaikum w.b.t

Minggu ni saya rasa happy semacam je. Tak ada pun nak stress-stress. Semangat je nak bangun pagi pergi office padahal puas jugak la Mr.Teddy kejutkan hahaha. Cam ni la perasaan husband n wife duk sekali erk. Tak PJJ macam kami sebelum ini. hohoho. Ke saya yang terlebih excited sebab baru merasa. Hope keadaan happy ni akan terus berpanjangan bila kami dah mula duduk sendiri ni. Dy, kita dah deal kan buat kerja rumah sesama. Jangan cheghelat Ye la tu Airen. Tengok-tengok ko yang cheghelat lebih . Nak ambil minyak pun suh laki. Nak wat apa-apa pun suh laki. Mesti Mr.Teddy terasa dibuli oleh isteri sendiri. hohoho. Tak apa Dy dapat pahala kan. hehee.

Hari ni nak berceloteh kisah perut lak. Alhamdulillah, sehingga hari ini semuanya berjalan lancar. Sentiasa berdoa semoga semuanya selamat dan berjalan lancar. Perut saya pun dah makin membesar. Alhamdulillah baby pun sihat=)Balik-balik induksi hari tu ramai jugak la yang tego dah nampak perut. hehee. Selera makin bertambah. Baju kurung masih boleh dipakai walaupun kain memang tak boleh nak cangkuk. Boleh zip je. Sentiasa berwaspada agar tak terlondeh. wahaha. Segan sebenarnya nak pakai baju pregnant. hehehe. Nanti bila baju kurung dah tak muat, maybe akan dipertimbangkan. Mr.Teddy duk tersengih-sengih je bila tengok keadaan perut saya yang dah nampak tu. Dia tak sangka budak chomey ni bakal jadi ibu Ok terperasan lebih disitu .

Perut saya yang memboyot tu faham la kan sebab apa. Tapi masalahnya perut Mr.Teddy pun sama-sama memboyot ni. hahaha. Serious Mr.Teddy pun sama membesar bagaikan juara. Before ni memang dia dah sedia besar, tapi la ni lagi besar. Saya selalu usik dia "How many months???"sambil tepuk-tepuk perut dia. hehehe. Kadang cakap kat dia saya mengandung baby, yang dia mengandungi lemak. Mengandung gak tu. hehehe.

Tapi apa pun tak kisah la, saya tetap sayang dia. Tak kira la boyot ke, gemuk ke, apa ke. hehehe. Kurus sangat pun tak best gak. Terima dia seadanya. Gemuk tu kan tanda senang hati. hehehe. Ye betul kami berdua happy dengan life kami sekarang=)Alhamdulillah. Bersyukur sangat saya dipertemukan dengan jodoh seperti Mr.Teddy.

Dear, love u so much. Thanx sebab selalu layankan karenah wife u ni.
Banyak sabar dengan i. Selalu ada bila i perlukan.
Thanx for everything and I LOVE U SO MUCH.muahx.~xoxoxo~


Sesaje nak jiwang pepagi Jumaat ni;)Jangan muntah erk.hehehe.


Wednesday, July 13, 2011

1st Day...

Assalamualaikum w.b.t

Rasanya sangat lama tak mengudapte sebarang entry kat sini. Kekangan masa dengan timbunan kerja yang melimpah ruah. Balik rumah dah penat nak menghadap laptop pun malas dah.

Rasa-rasanya dah berapa lama saya story yang Mr.Teddy nak balik sini. Alhamdulillah this week Mr.Teddy dah balik. Harapnya untuk selamanya. huhuhu. Hari ni jugak first day pegi kerja sesama dengan Mr.Teddy. Feel dia sangat lain beb. hohoho. Nak turun kereta salam tangan dia, owh cam ni feel bila nak pergi kerja minta restu dengan husband. Indah gila. Terasa sangat direstui.hehehe. Sian den dah empat bulan kawen baru nak feel. hohoho. Pastu tahan gila mata tak nak bagi tertido nak teman Mr.Teddy punya pasal. Hari ni je la. Esok kalau i tertido jangan marah eh Dy. hohoho

Mr.Teddy drop kat LRT Bandar Tun Razak. Pastu Mr.Teddy terus ke Kajang. Awal gila hokey kuar umah. Sebaik pas Subuh tu. Kalau tak time tu biasanya baru nak bangun. huhuhu. So, saya pun tak ada la lambat lagi. Sampai office pon xde orang lagi. Letak barang kat bilik, sambung tidur kat surau kecik. Orang duk ketuk pintu pun malas nak bangun. Tido tu sangat indah. hehehe.

This week kitorang berulang dari rumah parents saya, Klang. InsyaALLAH next week baru start duk rumah sewa. Time tu mesti lagi lain feel dia. hehehe. Sebab selalu sume bende mak buatkan. Balik kerja makan je kerjanya semua dah siap masak. Semalam pon mak dah cakap kat Mr.Teddy jangan nak manja-manjakan sangat saya. Suruh je buat kerja rumah banyak-banyak. Bagi rajin-rajin sikit. Mak kata nanti baby pon ikut malas kalau ibu dia malas. Pastu saya pun jawab kat mak "Owh mesti time ngandungkan Aien mak pun malas. Sebab tu Aien jadi malas. hahaha" hampeh betul si anak ni eh. Hope semua berjalan lancar nanti. Tak sabar sebenarnya nak duduk berdua ngan Mr.Teddy=)

Tuesday, July 5, 2011

Saya Kembali

Assalamualaikum w.b.t

Lebih 2 minggu tak menjengah kat sini. Sian ko kan blog terabai gitu.huhuhu. Ampunkan la tuan mu ini. Banyak benda sebenarnya nak update tapi sangat-sangat tidak berkesempatan antaranya officially pictures from OP, kisah honey moon yang dah basi [wahaha] & juga kisah induksi yang sangat best!!! Seyes tak tipu pengalaman induksi saya best giler. 2 minggu tinggal office, 2 minggu tak fikir pasal keje, 2 minggu jadi cam budak asrama balik syok woo. hohoho. Balik office mengadap balik la kejer office. Telefon duk berdering. Frust tengok tray penuh even g induksi tapi tetap diminit surat-surat. huhuhu. Nak sambung cuti rasanya. Tapi cuti tinggal sikit hampa.sob...sob...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...