Tuesday, May 31, 2011

Pergh Rasa Nak Pengsan...

Assalamualaikum w.b.t

Semalam adalah hari paling lemau kot. Kat office ramai yang cuti so sunyi la jadinya. Tahap mengantuk memang dah cecah tahap gaban. Sampai rasa cam mata tak boleh nak angkat dah. hohoho. Gara-gara lambat tidur nak habiskan baca novel Adam & Hawa yang dah kali ke berapa khatam pun tak ingat. Ada orang lain yang nak potong turn baca novel tu, so gagahkanla habis kan baca.


Semalam gak balik kena turun UKM. Kalau turun tempat biasa tak ada orang nak jemput sebab K.Cik kena pergi Bangi jemput ayah n mak. Nak dijadikan cerita naikla train macam biasa. Mula-mula train gerak elok je la, saya pun sedap la membongkang kata mengantuk kan. Tahu-tahu train berhenti. Buka mata jap, sambung tidur balik. Tapi lama tu rasa panas pastu suasana macam bingit gila. Rupanya train still tak gerak-gerak lagi. Time tu kepala dah start head banging dah. Lumur habis minyak kapak pun tak lega gak.

Bayangkan dah la train tu berhenti bukan kat stesen so tak boleh la nak buka pintu ke apa ke. Train boleh tahan la padat gak. Air cond ada macam tak ada. Pergh memang menguji kesabaran la. Serious saya rasa dah macam nak pengsan pun ada sebab kurang pengudaraan kot. Dah la tak ada gula-gula ke apa nak buat kunyah-kunyah. Lama jugak la train berhenti. Rupanya ada train sebelum tu rosak kot kat stesen Salak Selatan. Train yang saya naik tak berhenti pun kat Salak Selatan. Naik train dekat pukul 6, sampai UKM 7.30. Dah cam nak pergi Seremban pulak. Sampai stesen UKM terus rasa nak muntah. huhuhu.

Sampai rumah Alang, duduk kejap pastu terus nak gerak balik. Makan dulu kat Austin Steak House. Dah siap makan naik kereta saya terus sambung membongkang. Berdenyut gila kepala. Baik punya landing atas riba mak sambil mak picit-picit kepala. Lagi la lena tidur. hehehe. Dah kawin pun nak manja-manja dengan mak. Mengada-mengada eh. heheeee.

Wednesday, May 25, 2011

Kisah Tolong Menolong

Assalamualaikum w.b.t

Apa perasaan anda bila orang yang anda pernah tolong time susah lebih spesifik time belajar sanggup mengeluarkan kata-kata yang orang lain akan tolong dia tapi bukan anda.

M: tolong la... Hari ni ko tolong orang, nanti orang tolong ko pulak

X: memang ada orang akan tolong...tapi yang pasti bukan dia (merujuk kepada saya)

Saya terdiam lalu terfikir kalau ko tak nak buat dah la kenapa sampai nak kena keluar ayat macam tu. Saya ni memang tak pernah hulurkan pertolongan langsung ke? Kalau tak boleh nak ingat langsung pertolongan saya yang lain-lain (mungkin dianggap kecil) tak kan tak boleh ingat sapa yang bagi duit belanja time zaman belajar. Yang time tu kalau minta duit lembut lidah dengan kita. Message baik punya. Siap bagi extra lagi. Tak tau la kalau tu tak dianggap pertolongan.

Terlupa mungkin. Kalau ingat takkan sampai sanggup keluarkan ayat yang macam tu. Ye la sekarang kan dah bekerja. Ada duit sendiri. Mana la ingat lagi. Baiklah kalau rasa dah boleh berdiri di kaki sendiri. Rasa-rasa zaman akan datang dah tak perlukan pertolongan dari insan yang sorang ni. Ye hari ini memang tak ada apa yang saya boleh tolong atau akan tolong tapi esok-esok Wallahualam. Ye hari ini memang dia banyak tolong saya, tapi kalau dianggap beban dan tak ikhlas tak payah la tolong lagi. Tak perlu nak keluarkan kata-kata yang mengguris hati.

Saya mengaku, saya agak kureng nak hulurkan pertolongan dari segi tenaga. Nak-nak lagi dalam keadaan sekarang. Serba serbi malas. Kalau tak ada apa-apa pun dah memang dasar pemalas.hahaha. Tapi kalau dari segi kewangan kalau saya mampu, budget tak terganggu insyaALLAH boleh diusahakan untuk membantu.

Sebenarnya dah berhari-hari makan hati. Tapi hari ni hati saya meletup terguris yang amat. Saya menangis teresak-esak mengadu kat Mr.Teddy bila kenang diri macam tak berguna je sampai boleh dianggap sebegitu. Tambah sedih bila seumpama saya tak pernah tolong langsung. Tapi bila fikir balik buat apa nak fikir orang yang tak kenang budi cam tu. Buang karan je.

Sent from my iPhone

Tuesday, May 10, 2011

Pemergian Abah

Assalamualaikum w.b.t

Masih ingat lagi saya pernah bercerita kisah Abah saya iaitu bapa angkat saya dalam entry ni. Abah telah kembali ke Rahmatullah pada hari Ahad bersamaan 1 Mei 2011. Yang pasti semasa pemergian abah saya tiada di sisi. Berada nun jauh di seberang laut. Alhamdulillah saya sempat melawat Abah buat kali terakhir sebelum berangkat ke LCCT.

Hari Ahad semasa kami dalam perjalanan untuk aktiviti terima panggilan telephone daripada K.Cik saya. Dia tanya tengah kat mana. Saya pun cakap nak pergi tengok gunung berapi. Siap cakap best lagi sebab konon nak bagi jelez Diorang kan tinggalkan saya pergi Langkawi . Suara K.Cik bertukar nada dan sampaikan berita yang Abah dah tak ada. Saya terus terdiam. Tak nangis lagi time tu. Pastu bila dah letak telephone duduk diam-diam dalam kereta baru lah meleleh. Berlumba-lumba memori zaman kanak-kanak saya dengan abah keluar. Mr.Teddy tenangkan saya. Lagi la meleleh. Pastu telefon Muchik, anak Abah dengar suara Muchik yang sebak, dengan saya sebak sekali. Sambung meleleh balik.

Sebelum pergi LCCT saya dan Mr. Teddy sempat melawat Abah. Abah nampak uzur sangat berbanding dulu tapi masih mampu duduk masa kami datang. Kurus. Tak ada selera makan katanya. Sempat la jugak kami berborak. Lepas tu minta diri nak pergi LCCT. Masa melawat Abah hampir menitiskan air mata sebab tengok keadaan Abah. Beberapa minggu sebelum Abah pergi, Abah dah segar sikit. Mak cerita siap dah boleh bawa kereta. Ada satu malam balik dari kerja saya tegur Abah kat luar dah nampak segar. Beberapa hari lepas tu Abah jatuh. Terus tak boleh berjalan lepas tu.

Masa saya terima panggilan daripada K.Cik terasa macam sejarah berulang kembali masa menerima berita pemergian Arwah Mak Mun. K.Cik orang yang sama menyampaikan berita pemergian Arwah Mak Mun. Kedua-dua Arwah saya tidak berada di sisi semasa mereka menghembuskan nafas terakhir. Arwah Mak Mun saya berada di UTM, terus ke kubur. Arwah Abah pula saya di Bali. Kedua-dua Arwah saya sempat melawat pada hari terakhir hayat mereka. Arwah Mak Mun tak sedar semasa saya melawat. Sempat saya bacakan Yassin. Arwah Abah masih sempat berborak. Bezanya lepas dengar berita Arwah Mak Mun meninggal saya terus terduduk dan menangis teresak-esak. Saya terlalu rapat dengan Arwah Mak Mun. Dengar pemergian Abah saya lebih tenang. Sebenarnya lepas melawat Arwah Abah, saya terdetik macam mana kalau ni lah pertemuan terakhir saya dan Abah. Sama macam Arwah Mak Mun. Mr.Teddy pun ada instinct yang sama melalui cara percakapan Abah dengan kami.

Bila duduk sensorang kekadang tu terimbau jugak kenangan dengan Abah. Zaman kanak-kanak saya lagi rapat dengan Arwah Abah daripada ayah saya sendiri. Arwah Abah rajin melayan saya. Ye la time tu anak-anak Arwah semua dah besar saya la tempat mencurahkan kasih sayang. heheee. Saya merasa berjalan sampai ke Penang pun sebab Arwah yang bawak. Kampung Arwah kat Penang. Arwah memang suka bawak saya berjalan. Tu yang syok. Sampaikan hari penyampaian hadiah sekolah pun Arwah yang tengok saya naik pentas terutama kalau sekolah agama. hehee. Sebelum masuk hostel makan pun kadang-kadang kat rumah Arwah. Arwah Mak Mun rajin masak makanan kegemaran saya. Cakap je la nak makan apa. Saya masuk hostel time form one Arwah Abah orang paling happy sebab sekolah agama kan. Arwah memang suka bab agama-agama ni. Arwah Abah selalu gak melawat saya dengan Arwah Mak Mun sekali. Saya ingat lagi bila zaman kanak-kanak orang tanya sayang siapa Ayah ke Abah. Saya jawab Abah.

Alhamdulillah saya sempat berborak dengan Arwah buat kali terakhir. Alhamdulillah Arwah sempat merasa duit saya walaupun tak seberapa. Alhamdulillah Arwah sempat tengok saya mendirikan rumah tangga dengan Mr.Teddy. Al Fatihah untuk abah. Semoga roh abah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin.



Misi Berjaya

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni saya berjaya mengkhatamkan misi blog walking setelah seminggu tak dapat nak baca. Giler rindu n ketagih nak baca update dalam blog list saya. Ada gak orang cam gini eh. hahaha. Bukan apa saya seronok baca kisah orang. Kalau part yang lawak boleh tumpang gelak. Kalau part sedih boleh tumpang nangis. huhuhu. Yang baik jadikan teladan, yang tak elok jadikan pengajaran. Tapi kebanyakan semua yang baik-baik aje la. hehehe. Teruskan menulis kengkawan=)

Monday, May 9, 2011

Kembali Bersiaran

Assalamualaikum w.b.t

Fuh...fuh...uhuk...uhuk... Tiup habuk sampai terbatuk-batuk. Lama tak bersiaran kat sini. Minggu yang sibuk pas balik dari Bali. Banyak nak update tapi tak berkesempatan. Apa yang bz sangat tu yerk. Meh tengok aktiviti sepanjang minggu yang penuh.

30hb-4hb (sabtu-rabu): Bali (nanti saya update)

5hb (khamis) : Ayah kena admit dalam ward. Tolong hantar n uruskan sampai ayah masuk ward.

6hb (jumaat) : Plan nak balik Slim River malam hari, tapi tetiba tukar plan due to some reason

7hb (sabtu) : Balik Slim River. Petang masuk Kg.Slim tolong buat goodies untuk wedding Pak Cik Pijie (uncle Mr.Teddy). Malam kenduri tahlil.

8hb (Ahad) : Kenduri Pak Cik Pijie. Balik Klang. Mr.Teddy balik Kedah

9hb (Isnin) : Demam. Huhuhu. Cuaca dua tiga hari ni terlalu panas demam. Kepala sakit. Duk termuntah-muntah je. G klinik dapat la MC.

Tu la cerita sepanjang minggu yang saya menghilangkan diri ni. Tak sabar nak update kisah Bali. Sambung lagi next time k=)


Sent from my iPhone

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...