Monday, April 25, 2011

Bila hari Gaji Mula lah....

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni hari gaji. Yeah=).Senyum lebar sampai ke telinga. Tapi lepas senyum lebar terus berkerut sebab baru tersedar yang bulan ni banyak nak pakai duit. huhuhu=(

Pastu ada pulak pesta buku kat PWTC. Sejak kerja kt KL ni tak pernah miss pergi lagi pesta buku. Tahun ni pun mesti la tak nak miss. Selalu kalau pergi saya borong novel. K.Zam pun ajak pergi. Maybe pergi teman K.Zam je la nanti. Tak yah beli buku. Guna duit untuk perkara yang lebih penting.

Hujung minggu ni akan berangkat meninggalkan tanah air. Honeymoon + babymoon. hehehe=) Doakan keselamatan saya dan baby k. Mana destinasi saya eh agak-agaknya. Bagi hint sikit destinasi kat negara jiran kita yang menjadi pilihan ramai pasangan untuk berbulan madu. Ada pantai. Mesti malas nak teka kan. Bali la. hehehe. Kalau dah ke Bali mesti la ada aktiviti shopping-shopping kan. Beli sovenir untuk family and frenz. Betul tak. Sekarang fikir duit shopping je la. Alhamdulillah yang lain-lain dah settle.

Before pergi Bali ingat nak shopping seluar sehelai dua. Nak tau sebab apa. Saya dah tak muat jeans yang ada. hohoho. Sedih. Ingat nak pow Mr.Teddy sabtu hari tu. Tapi malas pulak nak singgah JJ. Budget nak beli dulu sendiri nanti claim dengan Mr.Teddy balik. hehehe. Dy, boleh kan ;o) Kalau tak pun g shopping hari Sabtu pagi. Sempat kot eh. Flight petang. Ingat nak beli sandle or kasut gak. Sebab sandle saya dah sian benor minta diganti. hehehe. Perfume pun dah nak habis. Banyaknyer shopping list. hohoho.

Maybe awal Jun nak masuk rumah. Mesti by May dah kena settle bayar deposit semua kan. Nasib baik sewa dengan abang sendiri boleh la kaw tim kan. hahaha. Harga sewa pun dah kaw tim. Nak untung je eh=)

InsyaALLAH dengan bantuan Mr.Teddy saya mampu merancang perbelanjaan kewangan saya dengan baik. Yang penting kena kawal nafsu berbelanja. hohohoh

Tuesday, April 19, 2011

Masalah Kebuluran

Assalamualaikum w.b.t

Kebelakangan ni saya mengalami kelaparan yang melampau. Asyik nak mengunyah je. Adik ipar saya cakap sebab tak baca Bismillah. hohoho. Baca la Tyra. Lepas makan nasi pon lapar lagi. Balik office selalu nak laju-laju sebab tak tahan lapar. hohoho. So, sekarang ni kat office saya dah stand by kurma. Agak-agak lapar sumbat kurma dalam mulut.

Setiap waktu makan wajib nasi sekarang ni. Dulu tak breakfast relax je, la ni tak breakfast pukul 10.00 dah menggigil semacam. So, bagi mengelakkan perkara tak dingini berlaku better saya ambil breakfast yang berat-berat sikit. Sebab kekadang milo dengan Butterscotch pon tak jalan. Lapar gaks. hohoho. Orang yang mempunyai symptom seperti saya memang cam ni ke atau saya je?

Alhamdulillah selera makan still ok daripada tak boleh nak makan. Mesti kesian kan. huhuhu. Buat masa sekarang ni selera saya ok lagi. ALhamdulillah. Hope berpanjangan la. Amin. Cuma kekadang pepagi tu time naik train perut bergelodak sikit bagai tak sabar-sabar nak meluahkan isi. Sampai office confirm terkeluar semua walaupun air je selalunya.huhuhu

Ok la sampai di sini. Nak sambung buat kerja. Esok tak masuk office coz ada duty kat Parlimen. Baik siapkan kerja cepat-cepat.hehehe.

Wednesday, April 13, 2011

Hari Jumaat dah datang....

Assalamualaikum w.b.t

Minggu ni sangat tak sabar nak tunggu hari Jumaat. Sebab apa?sebab apa? Apsal tetiba jadi Amir dalam Maharaja Lawak la ni Sebab nak jumpa budak demok busyuk saya. hahaha=)Siapa?siapa?Cuba intai kat bawah ni.


~Ni la budak demok busyuk saya a.k.a Mr.Teddy. Yang duduk sebelah saya tu Sekarang saya pun dah demok gak


Serious rindu gila. Dah dekat tiga minggu kitorang tak jumpa. huhuhu. Sian kan. Tu la sape suh duduk jejauh. hohoho. Nak wat macam mana ni la namanya pengorbanan demi mencari rezeki. Chewah. Nasib baik kitorang berada dalam industri yang sama. So, boleh paham la kerja dia camna. Walaupun kekadang saja-saja buat-buat tak paham. hahaha. Tu namanya mengada-ngada. hehehe. Tambah-tambah sekarang ni, cepat sangat nak merajuknyer. hohoho. Nak-nak lagi Mr.Teddy tengah sibuk sesangat projek nak hand over. Rasa macam dia tak ada time je untuk saya. Padahal kawan tu tak pernah lupa nak call and message Terasa macam kitorang ni masih lagi pasangan kekasih yang tengah asyik masyuk couple . Alhamdulillah Mr.Teddy ni sabar dengan karenah bini dia yang mengada-ngada ni. Layankan je la ye Dy.

Sangat tak sabar nak tunggu Mr.Teddy balik sini. Rindu gila nak wat aktiviti bersama-sama jangan fikir lain yer kengkawan seperti layan movie, tengok teater, makan-makan kitorang memang gila makan , shopping bersama-sama saya je shopping, dia window shopping , jenjalan dan yang sewaktu dengannya. Alahai macam le selalu sangat buat aktiviti bersama-sama. Padahal dari dulu pun kitorang PJJ dah. hehehe.

Masa awal-awal couple Mr.Teddy kat Johor saya kat Selangor. Time ni memang jarang gila dating. Tak lama lepas tu Mr.Teddy dapat kerja kat Kajang. Time tu memang happy gila la kan. Memang hampir setiap hari kot berdating. Sebab hujung minggu saya wajib balik rumah Klang. So, weekdays je la masa yang ada. Kajang-Cheras bukan jauh mana pun. Beberapa bulan pastu tup-tup Mr.Teddy kena jaga projek kat Kedah. Jauh tu utara. huhuhu. Bermula la kembali era kitorang duduk berjauhan. Kali ni rutin tukar pulak. Dating hari Jumaat. Tu pun kalau Mr.Teddy ada meeting kat HQ. Lama-lama Mr.Teddy dah jarang meeting kat HQ, dating time Mr.Teddy balik cuti je la. Adalah sebulan sekali. Dua bulan sekali pun pernah.huhuhu.

Mr.Teddy selalu sejukkan hati saya bila saya complain dia lama tak balik. Lama-lama jadi terbiasa. Mr.Teddy bukan sesaja tak nak balik. Tapi sebab dia kerja. Ye Mr.Teddy memang seorang yang workaholic. Kekadang call dah tengah malam pun still kat site lagi. Tak kisah la asalkan saya tau dia kat mana n dengan siapa. Kalau dia tinggal sensorang saya selalu suruh dia cepat-cepat balik. Saja usik dia cakap tak takut ke tinggal sensorang. hahaha. Tau-tau je la construction site ni kan. Macam-macam ada. Saya pun pernah kerja construction site, tau la camna. Kalau pas magrib balik memang laju gila la jalan. Takde maknanya nak toleh kiri kanan hahaha. Tapi site Mr.Teddy dah siap dah, so tak takut la sangat. Tu yang dia berani semacam. Pastu sekeliling tu dah ada bangunan. Compare dengan site saya dulu yang memang hulu gila.

Tapi apa-apa pun tak lama lagi Mr.Teddy nak balik sini. Tak sabar rasanya. Pastu bermula kehidupan kitorang macam pasangan suami isteri yang lain bila tak lagi duduk berjauhan. Entah macamana la ghopenyer. Jangan sampai Mr.Teddy tetiba jadi kurus dah la. Sebab isteri dia gagal jadi tukang masak yang baik. hohoho. Tapi Mr.Teddy tak cerewet bab makan. Senang nak jaga makan dia. Sebab dia tak suka masakan yang berkuah-kuah. Dia makan kering je kekadang. Saya pulak tak boleh. Mesti nak ada kuah. Mr.Teddy pun pandai masak n ringan tulang. Kalau tengok kat rumah mak mentua saya memang dia rajin la tolong ayah. Jangan kat rumah sendiri nanti malas eh Dy. I babab-babab je u nanti.

This week turn balik rumah mak mentua. Saya naik train malam ni dengan adik ipar, Tyra. Mr.Teddy pulak gerak dari Kedah pas maghrib. SO, kitorang sampai rumah maybe sesama nanti=)

Monday, April 11, 2011

Kawan Baru Saya...

Assalamualaikum w.b.t

Saya ada kawan baru. Saya sentiasa berkepit dengan kawan baru saya ni. Ke mana sahaja saya pergi mesti saya bawa kawan baru saya. Tak kira ke pejabat atau time tidur. Kawan baru saya memang setia dengan saya. Selalu ada bila diperlukan. Terima kasih kawan baru saya. Nak kenal tak kawan baru saya?

Diperkenalkan....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


~Ni lah kawan baru saya. Minyak Angin Cap Kapak~

Lately ni deria bau terlalu tajam. Sebab tu la sentiasa memerlukan Minyak Kapak ni bagi mengelakkan perkara-perkara tidak diingini terjadi.hohoho. Sekian, sahaja update di kala ketiadaan idea memang gini la ghopenye.hehehe=D

Thursday, April 7, 2011

Sedetik Lebih - Gila Feel

Assalamualaikum w.b.t

Orang lain ramai yang dah lama duk gila dengan lagu Sedetik Lebih by Anuar Zain. Sejak-sejak zaman Merong Mahawangsa lagi. Yang saya baru start nak layan. Tertinggal keretapi nampaknya eh. hehee.

Sebelum ni memang tau lagu ni best. Ramai pun cakap best. Tapi tak pernah menghayati. Almaklum saya ni jarang dengar radio. Serious kalau tanya lagu baru sure tak tau. Kecuali lagu tu jadi lagu tema drama ke, main kat tv ke atau orang cakap best baru saya akan bersusah payah nak dengar lagu tu.

Baru-baru ni dengar Anuar Zain nyanyi lagu Sedetik Lebih kat ABPBH terus tegak bulu roma. Serious maksud lirik dia mendalam gila. Saya punya feel sampai kena tegur dengan Angah. hahaha. Saya jatuh cinta dengan lagu ni. Dah la lirik best. Tukang nyanyi pun best. Kita yang dengar ni pun terbuai-buai. hehee. Saya tujukan lagu Sedetik Lebih ni untuk suami tersayang.

Lirik Lagu OST Hikayat Merong Mahawangsa Sedetik Lebih Anuar Zain

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...

Saja nak jiwang-jiwang petang-petang ni. hehee=)


Wednesday, April 6, 2011

Dua Hati Menjadi Satu - Sponsorship

Assalamualaikum w.b.t

La belum habis lagi rupanya cerita kahwin saya ni. hahaha. Sebulan dah kot. Tak per nak tulis gak. hehee. Hari ni nak bercerita pasal para penaja untuk majlis saya. Para penaja terdiri daripada ahli keluarga, kawan saya dan kenalan mak n ayah. Bukan wedding planner atau designer yang glam-glam tu ye. Ko budget Datuk Siti ke nak penaja dasat-dasat. hahaha. Rasanya patut bagi credit kat diorang di atas kesudian untuk menyumbang serba sedikit. Alhamdulillah, saya bersyukur sangat ramai yang sudi untuk menjadi penaja. Sekurang-kurangnya ringan sikit beban saya. Yang tak jadi penaja pun tak pe sebab dah banyak sumbang dari tenaga. hehee.

Uda & Wak Amir ~Ayam golek yang sedap
K.Cik ~ Bunga Telur
Angah ~ Muffin
K.Ika & Alang ~ Gula-gula untuk kanak-kanak, baju mak n ayah
Jijah ~ Gula-gula untuk tetamu,
K.ina ~ T-shirt pink
Along ~ Karaoke, lembu
Itam ~ Telur
Abang Wahid ~ Telur
Adik beradik ~ Sumber kewangan time majlis berlangsung. Mana yang tak sempat nak minta saya mesti ada yang pakai duit sendiri.
Seluruh ahli keluarga, jiran-jiran ~ TENAGA


TERIMA KASIH SEMUA!!!!

Friday, April 1, 2011

Dua Hati Menjadi Satu - Kisah Majlis Sanding

Assalamualaikum w.b.t


Setelah rehat beberapa entry mengupdate perihal majlis saya, tiba lah masa kita sambung cerita. Time ni mengupdate tengah lunch hour kena bagi tau nanti ada yang ingat saya curi tulang . Mata dah berpinar tengok nombor, marilah kita pecah kepala pulak buat entry. hehehe

Before ni saya dah update berkenaan goodies, dekorasi dan juga persalinan untuk majlis sanding. Kali ni saya nak update perjalanan keseluruhan majlis pulak yerk. Mari kita membaca sambil melihat gambar. hehehe

1. Persalinan Ahli Keluarga

Masa hari Sanding plan asal nak pakai colour grey. Memang dah siap beli lagi dan dah dipakai time Raya baru-baru ni. Pastu bila fikir balik saya pun pakai colour grey nanti tak naik la kan. So, tukar colour pink. Paling tak tahan colour pink untuk abang-abang, abang-abang ipar dan anak-anak buah lelaki saya. Memang pinky abis la. Tapi diorang sporting. Pakai sambil habis majlis. wahaha. Tabik kat korang. Dah lepas majlis baru la masing-masing mengaku yang kengkawan masing-masing terkejut tengok diorang pakai colour pink. Siap kena gelak lagi hahaha. Asalnya saya nak colour pink yang maskulin sikit, ntah camno boleh dapat camni. hehehe. Kakak ipar saya yang sponsor t-shirt ni. Big thanx la ye K.Ina. Kain untuk yang adik beradik perempuan pulak saya beli kat Jakel. Anak-anak buah perempuan saya belikan kain cotton. Beli kat Arked, jalan TAR. Kain je sponsor, tempah sendirian berhad ye. hehehe. Untuk mak n ayah saya pulak, kakak ipar saya lagi sorang tolong sponsor. Terima kasih K.Ika. Saya sangat suka jubah mak. Cantik.

~Anak-anak buah saya~

~Abang-abangku yang serba pink. Tengok muka memasing. Muka paksa-rela kena pakai pink~hohoho

~Persalinan kakak-kakak dan jubah mak yang cantik~


~My mom n my dad. Ayah nampak lain pakai baju ni. Muda daripada usia sebenar. hehehe~

2. Kek Kahwin

Alhamdulillah kek kahwin saya seperti yang dikehendaki. Nina from cupcakeland berjaya merealisasikan kek impian saya. Walaupun tak ada la sebijik sebijan tapi saya tetap suka. Sebenarnya last minute baru la saya contact Nina. Nasib baik la time tu Nina still menerima tempahan. Time tunang lagi saya dah guna khidmat Nina ni sebenarnya untuk cuppies hantaran kepada Mr.Teddy. Memang berpuas hati. Dah puas fikir nak cari vendor cake terus teringat Nina. Saya emailkan kepada Nina design cake yang saya nak, ubah sana sini sikit. Harga yang ditawarkan pun berpatutan. Nina siap buat self delivery lagi ke rumah saya. Memang terbaek. Rasa pun sedap=) So, camne rupa cake saya erk agak-agaknya.


~Inilah rupanya cake kahwin ku~



~Ni la gambar yang saya emailkan kepada Nina. Hampir sama kan~hehehe

3. Kompang

Dalam setiap majlis perkahwinan kompang memang memainkan peranan penting kan. Saya suka sangat dengan team kompang taman saya ni. Lagu diorang best-best. Mr. Teddy pun cakap best. hehehe. Team kompang ni daripada saya zaman kanak-kanak lagi dah ada. Dan family saya memang tak pernah ambil orang lain. Ambil ngan team ni je. Tokeynya nama Abang Abu. Daripada dulu zaman pakcik-pakcik main sekarang ni dah turun ke generasi anak-anak diorang pulak. Pakcik-pakcik tetap ada tapi diorang mengiring sambil berlagu.


~Kompang terbaik Pandamaran Jaya~hehehe

4. Lauk-pauk

Hal-hal berkaitan dengan katering ni mak saya yang tolong uruskan. Ambil dengan jiran saya. Sebenarnya ada beberapa isu berbangkit jugak la pasal katering ni. Tapi tak mau la cerita kat sini. huhuhu. Nak tulis menu apa pun saya tak tau. hahaha. Sebab tak ingat menu apa yang ada. Gambar pun tak ada nak share. Maybe nanti dengan OP ade la kot.

Selain daripada lauk-lauk yang pihak katering sediakan, kami ada juga order lauk sampingan iaitu ayam golek. Ha, ayam golek ni ramai yang cakap sedap. Orang siap beratur cam nak beli kat pasar malam. Memang menu paling digemari pada hari tersebut. Terima kasih to Uda yang sponsor. Hoyeah. Next time sponsor la lagi yerk. hehehe.



~Ayam golek membuka selera~

Lauk makan beradap pula order dengan kawan Uda. Lawa sangat kakak tu buat. Siap ada ukiran buah. Tapi habis majlis tak tau buahnya ke mana. Hehee. Gambar tak sempat nak ambil kot. Tunggu kalau-kalau ada dengan OP. hehehe. Banyak gak menu makan beradap. Tapi biasa la orang yang jadi raja sehari mana la nak menikmati sangat. hehehe. Lepas majlis barula lapar cari nasi. hehehe=)

5. Abang-abang Penanggah

Katering yang saya ambil tu tak ada provide budak so kami kena la cari penanggah sendiri. Alhamdulillah abang saya, Along banyak kenalan yang ringan tulang so, diorang la yang jadi penanggah. Terima kasih bebanyak le abang-abang semua. Penting weyh tenaga penanggah yang cukup ni, kalau tak cukup sapa pulak nak membasuh pinggan. Sebab tu la lagi senang kalau ambil sekali katering dengan kakitangan untuk mengangkat dan juga membasuh pinggan. Anak-anak jiran pun turut membantu. Tak ketinggalan adik beradik saya, abang-abang ipar dan ank-anak buah. Terima kasih semua.


~Antara penanggah yang terlibat~


6. Karaoke

Tak pernah-pernah majlis kawin adik beradik saya ada karaoke. Ni first time ada. Ni semua adalah kerja Along saya. hehehe. Bukan dia karaoke pun. Along yang sponsor karaoke ni. Abang-abang DJ sore sedap la jugak. hehee

~Abang-abang DJ~

7. OP

Ingat tak entry saya yang ni yang saya cerita salah sorang OP saya kerek sikit tu. Tapi masa malam berinai, majlis sanding dan Outdoor photoshoot dia dah tak kerek lagi. Jadi lawak pulak. So, saya pun dah tak takut nak posing lagi =). Enjoy la gak. Ada 3 orang OP yang cover untuk majlis saya ni. Tak sabar nak tengok hasil tangkapan diorang. hehehe

8. Videographer

Masih videographer yang sama time nikah. Saya memang suka service bro ni. Serious terbaik. Walaupun kitorang memasing kaku tapi dia sabarkan je la. hahaha. Tak sabar gak nak tengok hasil videonya. Coz dia ada interview family saya. Nak tengok diorang cakap apa. heheee

9. Outdoor Photoshoot

After majlis kami bersama abang OP dan bro videographer bergegas pergi ke Shah Alam untuk sesi outdoor photoshoot pulak. Saya angkut sekali adik saya, Ieda dengan anak jiran, Yaya buat teman. Location Dataran Shah Alam abang Padil [op] yang cadangkan. Kitorang pun follow je la. Pun tak der gambar nak share. Kita tunggu dari OP k=)

10. Orang-orang kuat majlis

Saya dan suami amat-amat berterima kasih dengan semua yang terlibat dalam majlis saya samada secara langsung ataupun tidak. Jiran-jiran, sedara-mara, abang-abang penanggah dan juga adik beradik. Saya tak dapat bayangkan majlis saya tanpa mereka. Ok Jom kita tengok antara muka orang-orang kuat majlis saya.

~Orang-orang kuat majlis saya~

Ni ada lagi satu gambar yang saya nak letak. Setiap kali saya tengok mesti rasa nak nanges. Sob...sob...

Gambar kami dengan Abah saya. Abah ni adalah bapa angkat saya. Time kecil-kecil saya lebih rapat dengan Abah berbanding ayah saya sendiri. Abah lagi rajin layan saya. hehee. Kalau kena marah dengan mak lari rumah Abah. Rumah Abah sebelah je pun.

Semenjak Mak Mun [mak angkat saya] meninggal, saya dah jarang spend time dengan Abah. Lagipun duk hostel kan. Bila dah kerja, duduk pula rumah sewa. Tapi tiap kali raya saya tak lupa bagi Abah duit raya sebagai tanda balas budi Abah. Ralat sikit Mak Mun tak sempat rasa duit saya. Adik beradik saya termasuk mak selalu marah saya sebab tak nak tanya khabar Abah. Setiap kali diorang duk usik saya tiap kali tu la saya akan menangis. huhu. Saya ada juga tanya khabar Abah tapi bukan depan diorang. Kadang-kadang Abah duduk sensorang kat depan tu saya borak gak dengan Abah sebab segan nak masuk rumah Abah. Abah duduk dengan anak Abah, Muchik. Diorang tak kisah pun tapi saya yang penyegan lebih. Sebab tu akan datang kalau Abah duduk sorang-sorang. Bila cucu Abah cerita yang Abah kadang-kadang tanya pasal saya lagi la laju berjurai air mata.

Mak saya ada bagitau yang Abah kecil hati time saya nak tunang saya tak bagitau sebab tu la Abah balik Penang. huhuu. SO, time nak kahwen ni saya siap-siap bagitau Abah. Saya jemput Abah. Minta restu. Time nak nikah abah duduk kat luar tengok saya nak pergi masjid. Saya salam abah, minta abah doakan saya. Control je air mata time tu. Lepas nikah saya bawa Mr. Teddy jumpa Abah. Kenalkan Mr.Teddy kat Abah. Bila time saya sanding pun abah tunggu kat depan gak. Lepas sanding saya jumpa lagi Abah.

Gambar ni kami ambil time after Majlis Sanding. Terserlah dah tanda-tanda usia tua di wajah Abah. Abah dulu time sihat kemain aktif. Dan saya yakin Abah juga akan jadi antara orang terbz dalam majlis saya kalau Abah sihat. Baru-baru ni tengok Abah sakit teruk, air mata saya laju gila berjurai. Tak nak berhenti. Semoga Abah akan terus sihat dan dipanjangkan usia. Amin.

Sekian sahaja kisah kawen saya. Nanti kalau saya dah dapat gambar daripada OP saya upload lagi k=) Sesungguhnya segala kelemahan di dlam majlis saya adalah datang dari saya sendiri manakal yang baik itu hanya dari ALLAH s.w.t


Susun 10 jari....

Assalamualaikum w.b.t

Pepagi dah mencuri tulang eh. Nanti ada pulak yang marah. Opst. hohoho. Ok la apa-apa pun saya nak susun sepuluh jari la dulu kepada yang terasa dengan entry saya sebelum ini "Renung-renungkan dan Selamat Beramal'. Entry tersebut telahpun ditarik balik bagi menjaga sensitiviti sesama manusia. Bukan apa, ada yang telah tersentap dengan entry tersebut. Bagi mengelakkan hal berpanjangan saya pun tarik balik la

Terima kasih la ye kepada yang sudi singgah blog yang biasa-biasa ni. hohoho. Ada silent reader rupanya. Tapi kenapa la suka sangat jadi Anonymous bila tinggalkan comment tu yerk. Cuba la tinggalkan jejak sikit. Boleh kita kenal-kenal. hehehe. Ke dah kenal sebab tu tak nak tinggalkan jejak kan. Ye la kalau tak kenal camne la boleh describe diri saya dalam comment tersebut. Opst. Nanti ada pula yang terasa lagi. Ok la entry tersebut bertujuan untuk peringatan diri saya sendiri juga. Lepas ni kalau agak-agak nak ingatkan diri saya tengok je la kat draft. hahaha

Apa-apa pun saya susun sepuluh jari lagi sekali mohon maaf kepada yang terasa walaupun saya dah siap-siap minta maaf di akhir entry tersebut. K la ni saya tinggalkan dengan lirik Senyum - Najwa ft Malique. Ambil sikit je la eh. heheheChill

Senyum senyum senyum
Senyum senyum

Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Eii...nape banyak smiley tetiba.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...