Thursday, March 31, 2011

Mr.Teddy Yang Buat Saya Tersenyum

Assalamualaikum w.b.t

Tengah duduk-duduk ni tetiba teringat la kat En. Suami yang kejauhan. sob..sob..sob..Dua hari ni pepagi lagi Mr.Teddy duk buat saya tersenyum. hehehe.

Semalam pepagi dia call saya tanya saya ada tak tulis apa-apa kat FB? Saya pun suspend. Apa bendanya. Tak ada rasanya. Dia cakap pasal pembawakan budak?Bila masa pulak ni saya tulih... Jammed sekejap. Rupanya ada salah paham di situ. Isk...isk kengkawan memang suka buat spekulasi tau. huhuhu. Saya tulis status "Rasa nak marah orang pagi-pagi ni" Tetiba one of my fren comment "Pembawakan budak memang camtu. Moody " hohoho. Pastu ada pulak kawan Mr.Teddy, Tasha yang terbaca. Tasha terus call Mr.Teddy wish congratez. Mr.Teddy yang terpinga-pinga ni pun jadi pelik takkan la wifey dia pregnant dia tak tau. hahaha=D Kesimpulannya belum rezqi lagi ye kengkawan. hehehe. Nanti kalau ada good news saya bagitau k=)Doa-doakan la yerk. Pastu Mr.Teddy siap pesan kat saya kalau ada apa-apa bagitau dia. Apala Mr.Teddy ni takkan la saya tak bagi tau dia kalau ada apa-apa. hehehe

Pastu pagi ni pulak dia bagi lagi satu berita gembira. Tapi cam tak bagitau pun dia bercerita pastu saya perasan sendiri. hohoho. Mr.Teddy dah nak balik yeah dalam masa terdekat tapi tak tau bila lagi sebab project dia dah nak hand over next week. Memandangkan belum ada exact date bila dia akan balik saya pun tak nak berharap. huhuhu. Sebab selalu pas hand over pun ada kerja kena settlekan. Tapi selalu berdoa semoga dia dapat cepat-cepat balik sini. huhuhu. Pastu boleh buat macam-macam aktiviti bersama-sama. Sekarang ni pun boleh gak tapi tunggu weekend la. Tapi best gak cam ni bila jumpa weekend tu memang syok habis sebab seminggu tak jumpa, so bila jumpa tu memang masa untuk berdua je la. Pastu mesti pergi mana-mana nak ngikut jer. hehehe=)

Wednesday, March 30, 2011

Kesedaran Sivik

Assalamualaikum w.b.t

Ni nak cerita pasal salah satu daripada perangai yang tak berapa nak semenggah orang kita. Selain daripada sikap tak pandai berbudi bahasa, xsensitif nak bagi orang tua, ibu mengandung, OKU duduk dalam train, ni lagi satu sikap yang tak patut dibanggakan langsung. Potong queue!!!!!!!

Bengang kan bila kita penat-penat beratur tetiba ada orang potong. Memang orang tersebut tak ada adab.
Masalahnya kalau kita sorang je terpacak mungkin boleh paham la jugak kan yang manusia tersebut tak perasan atau buat-buat tak nampak yang kita ni tengah beratur. Ni terang lagi bersuluh beberapa orang sedang berada di dalam satu barisan. Tinggal tak angkat tangan atas bahu je macam budak-budak beratur. Takkan tu pun tak perasan? Tak nampak? Kalau dalam kes ni pada pandangan saya orang tersebut memang butakan mata. Buat-buat tak nampak. Allah tarik nikmat tu nanti baru tau. Tak ada kesedaran sivik langsung.

Dua orang buat benda yang sama. Seorang lelaki seorang perempuan. Orang pertama buat masih boleh terima. Kami yang tengah beratur ni pun geleng-geleng kepala...ada yang angkat tangan tanda tak puas hati. Sekali ada pulak makhluk kedua yang berada di tempat kejadian, yang nampak rasa tak puas hati kami boleh pulak buat benda yang sama. Memang betul-betul lebey ni. Budak depan saya terus jerit " hoi...penat la beratur macam ni orang duk potong je" time makhluk tu buka pintu. Dia boleh buat muka tak bersalah sambil control ayu terus naik cab tu. Kurang diajar tu namanya. Maybe dia dah nak terberak sangat kot tu yang tak sabar nak naik cab. Maybe dia ada hal yang lebih penting antara hidup dan mati sampai tak boleh dah nak pikir pasal kesedaran sivik segala. Pikir positif je la kan. Berkat kesabaran kami yang beratur ni pastu berderet-deret cab datang. Hehehe. Sabar itu separuh dari iman.

Sent from my iPhone

Monday, March 28, 2011

Dua Hati Menjadi Satu - Persalinan Majlis Bersanding

Assalamualaikum w.b.t

Ok lepas story pasal Dekorasi Majlis Sanding, saya strory pasal persalinan pulak k.

Saya pernah cerita pasal persalinan saya ni kat entry ni. Part ni saya paling teruja sekali nak bercerita sebab SAYA SANGAT SUKA BAJU SANDING saya. haahaha. Siap CAPSLOCK lagi. Memang betul-betul suka tu. Ramai yang puji cantik Ni mesti sebab baju lawa tu baru saya pun nampak cantik sob...sob...


~Sila click gambar untuk tumbesaran berganda~ Poyo eh nak letak comment

Masa sebelum dapat baju memang saya mengaku yang saya berdebar gila. Bila call Ika, assistant K.Z tanya baju dah siap ke belum. Belum siap. Lagi dua minggu nak majlis kot baru Ika bagitau yang baju dah siap. Saya pergi 1st fitting dengan Mr.Teddy. Time tu tengok dah jatuh hati. Baju tu belum siap sepenuhnya pun. Final fitting dengan kakak-kakak saya. Masa tu baju dah siap sepenuhnya. Memang memenuhi apa yang saya nak. Terima kasih bebanyak K.Z. Walaupun baju tu bukan milik saya sepenuhnya Tak ada budget nak buat baju sendiri tapi saya berbangga jugak sebab merasmikan baju tu. Nak jugak kan. hehehe=)

Hari Sanding saya di make up oleh MUA yang sama time majlis Nikah, Kak Zakiah. Akak saya cakap Make up sanding kureng sikit berbanding make up malam berinai. Tapi saya suka lagi make up sanding. Sebab saya tak suka yang heavy-heavy. huhuhu. Pendapat masing-masing berlainan kan.




Keseluruhan berpuas hati dengan service from Azika Collection. Memang terbaek. Colour menarik, design baju cantik, make up pun puas hati. Baju Mr.Teddy pun cantik kan. Nampak segak Encik Suami saya tu. hehehe. Adoyai puji suami sendiri nampak.hahaha=D

Dua Hati Menjadi Satu - Dekorasi Majlis Bersanding

Assalamualaikum w.b.t

Ye. Hari ni adalah hari rajin saya. Dengan itu mengupdate blog secara laju. hehehe. Tak ada la sebenarnya sekarang ni tengah mereleasekan tension lepas berjaya menyiapkan satu kerja yang 'berat'. Kerja ni daripada dulu saya memang tak suka buat sebab susah, tapi kerja tu adalah salah satu skop utama tugas saya so, nak tak nak buat je la. Sebenarnya banyak yang saya tak suka buat. Kesimpulannya saya tak suka kerja saya. hohoho. Tapi apakan daya saya seorang yang makan gaji dan yang menurut perintah. Redha kan je la. Apa yang ko melalut ni ha? Sila kembali ke pangkal jalan boleh tak.

Ok. Back to title entry. Ya saya nak review pasal Majlis Sanding saya pulak lepas review Majlis Nikah dan Majlis Berinai. Kali ni saya story pasal Dekorasi Majlis Bersanding dulu k. Kalau nak cerita semua dalam satu entry terlalu panjang. huhuhu.

Bab dekorasi majlis ni saya fokus kepada hiasan kat luar sperti khemah dan meja. Bilik saya dah sentuh dalam entry ni. Khemah semua serah kat vendor khemah untuk uruskan dari segi scallop, susunan meja kerusi, sarung kerusi, hiasan meja makan beradap.

Saya cuma tambah centrepiece di meja tetamu. Saya order centrepiece dengan Whitelacetale.weddings untuk package Promo Hydrangea - RM 10. Saya ambil untuk 20 meja include delivery sekali. Masa hari kejadian Asylla message bagitau yang hydrangea supplier sent kat dia semua layu. Then dia akan gantikan dengan carnation atau any other pink flower. Saya pun ok kan je la. Carnation pun ok what. hehehe. Daripada hydrangea centrepiece jadila carnation centrepiece.

Pastu saya tambah something dekat centrepiece tersebut. Semua gara-gara saya tak tau nak buat apa dengan doilies yang saya dah beli banyak tu. hohoho. Dapat idea daripada blog entry ni kat blog Kesah Kaseh. Puan Mas Mona yang kreatip thanx for the idea=)Tapi saya punya doilies tak secantik awak punya. hohoho =( Saya guna cop mohor dan cop untuk TQ tag yang ditempah dengan Mangosteenskin [entry ni]. Time kasih kepada semua yang tolong saya siapkan doilies ni terutama abang saya, Uteh yang kecoh habis dia berjaya buat doilies. hehehe. Pastu saya taburkan petals atas meja. Eh silap bukan saya yang taburkan, saya minta tolong orang taburkan sebab time ni saya dilarang keluar rumah. Sampai tak sempat nak jumpa Asylla pun. Hasilnya adalah seperti di bawah.


~Centrepiece~

Pastu kat kawasan pelamin pulak saya letakkan Canvas Printing yang saya tempah dengan The Perfect Canvas. Saya tempah sekali dengan Art Stand. Kalau berminat boleh la click sini k. Contact je diorang. Bermacam-macam pilihan ada. Harga berpatutan=)

~Pelamin yang santek from Azika Collection~

Overall saya puas hati dengan dekorasi majlis saya walaupun tak ada la se'grand' mana. Yang penting memenuhi impian dan apa yang saya inginkan. Macam yang saya cakap saya dilarang keluar rumah atas sebab-sebab tertentu so, tak dapatla nak tengok apa yang orang kat luar buat. Saya just inform Angah saya, apa yang patut buat hari Ahad tu. Alhamdulillah semua seperti yang saya nak=)Tepuk tangan untuk semua yang membantu bagi merealisasikan seperti yang saya nak.Hoyeah...hoyeah...

Dua Hati Menjadi Satu - Majlis Malam Berinai

Assalamualaikum w.b.t

Kembali bersiaran mengupdate pasal majlis saya yang kira-kira dah tiga minggu berlalu. Belum basi kan. Hahaha=) Hari ni nak story pasal Majlis Malam Berinai pulak k.

Make up time malam berinai ni agak heavy la jugak. Tapi K.Cik kata lagi ok dari time nikah n bersanding. Maybe sebab muka saya nampak lain kot. Malam berinai saya dan Mr.Teddy pakai persalinan songkek bunga tabur colour purple. Finally ada jugak colour favorite saya dalam ini majlis. hohoho.

Ok mesti ada yang tertanya-tanya malam berinai ni camne kan. Majlis berinai saya tak ada la segrand majlis berinai Ayu Raudhah. hahaha. Ok Majlis Berinai ni lebih kurang je macam Majlis Bersanding. Ada sesi menepung tawar, berarak dan sebagainya. Tapi extra sikit ada persembahan bunga api. Bukan bunga api KLCC tu tau, tapi bunga api kampung. Import jauh dari Melaka. hahaha. Kebanyakan Majlis Berinai orang Melaka wajib ada bunga api ni tau.

~Bunga api~

Ramai juga tetamu yang hadir masa malam ni. Kebanyakan saudara mara, jiran-jiran dan juga tetamu yang mana tak dapat datang keesokan harinya. Meriah juga la.

~Tetamu yang hadir~

Family saya pakai baju colour grey masa malam berinai. Baju raya sedondon kami. Sepatutnya baju ni plan nak pakai time hari sanding. Memandangkan saya pakai colour grey, tak nak bagi tenggelam saya belikan la family baju lain untuk hari sanding tu.

Sekian sahaja. Tak banyak yan nak story. Nanti saya sambung update pasal hari sanding plak=)

Friday, March 25, 2011

Lupa Ke Silap Pendengaran...

Assalamualaikum w.b.t

Sambil menaip entry sambil menyuap nasi ke mulut. Camna tu. Jangan masuk hidung dah. hohoho. Sekarang ni time lunch saya telah menjadi budak baik. Budak baik sebab apa sebab dah tak keluar lunch kat luar. Lunch kat kafe office je. Ni gara-gara menyahut seruan Mr.Teddy agar berjimat cermat. Kalau tidak hari-hari Sogo. Agak-agak bosan Sogo The Mall lak. Save sikit kalau tak makan kat luar. Makan kat kafe tersangat la murah. Tapi tak banyak choice pulak. huhuhu. Layan kan je la.

Kadang-kadang saya makan nasi campur terutama kalau ada ikan cecaru. Favorite tu. Kadang-kadang makan masakan panas. Boleh tahan la kedai akak tu. Tapi akak ni ada satu masalah la selalu bagi salah order. huhuhu. Dua hari berturut ni saya kena. Semalam order nasi goreng ayam, dia bagi nasi goreng ayam merah. Hari ni order la lagi nasi goreng ayam sebab semalam tak dapat makan tengok-tengok dia bagi nasi goreng ayam kunyit. Adoiyai. Pastu kalau order telur mata kadang-kadang dapat telur dadar. Kalau order telur dadar kadang-kadang dapat telur mata. hohoho.

Samada ni akak ni lupa order atau Silap pendengaran. Nasib baik la saya ni tak cerewet makan. Belasah je la. Tapi kecewa gak dua hari dah nak makan nasi goreng ayam tak dapat. huhuhu. Semalam tak tapau memang sedia maklum la dah tau salah order. Dah tu dia bawak makanan sambil tanya kita balik order apa. Malas nak tunggu lain, makan je la. Hari ni tak tau salah order sebab tapau. Punya excited nak makan nasi goreng ayam alih-alih nasi goreng ayam kunyit pulak yang terpacul. Tak apa la rezki. Ada la jugak ayamnye walaupun masak lain. hohoho.


Sunday, March 20, 2011

Dua Hati Menjadi Satu - Majlis Nikah

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah dengan sekali lafaz saya selamat menjadi isteri Mr.Teddy=). Majlis akad nikah kami berlangsung selepas Asar bertempat di Masjid Ar-Rahman Pandamaran Jaya. Selepas dah selesai akad balik ke rumah pula untuk upacara membatal air sembahyang.

Kita story pasal yang tak best dulu k. hehehe=). Pastu cerita yang best lak k. Tapi apa pun yang baik tu datang dari ALLAH yang segala kelemahan tu datang dari diri saya sendiri.

1. OP lambat.

Before Majlis Akad Nikah berlangsung, saya ada buat sesi photoshoot tukar baju. Plan lepas Zohor nak start buat photoshoot. MUA sampai on time. Videographer pun sampai awal. Official Photographer (OP) boleh pulak sampai lambat. Adoyai. Saya dah gelisah dah. Zikir je la banyak-banyak time tu sebab nak bagi tenangkan diri. Kitorang start dalam pukul 3 lebih kot. Memang time lari gila. Mood pun dah lari gak.huhuhu. Ye la saya dah siap sikit punya awal, tapi OP boleh pulak lambat. Pastu agak kelam kabut la sikit sesi photoshoot tu sebab nak kejar Majlis Nikah. Dah la saya ni tak reti posing. Ye saya mengaku saya memang keras. hahaha. Sorang OP saya tu pulak garang. Ye memang garang. Saya siap cakap terang-terang kat dia yang dia garang. Sebenarnya dia bukan garang tapi kerek sikit kot. huhuhu. Saya pulak susah nak senyum yang menampakkan gigi Gigi tak lawa . Dah lepas tu memang bertambah la susah kan nak senyum. Terbawa-bawa sampai majlis nikah. huhuhu.

2. Terlupa Bantal Nikah

Boleh pulak saya tak teringat langsung pasal bantal nikah. Adoyai. Sepatutnya bantal nikah dah termasuk dalam pakej Mak Andam. Saya pun terlupa nak minta. Padahal ada dah dalam checklist saya. Yang aksesori lain semua cukup. Nak tau tak time bila saya teringat, time dah betul-betul nak keluar pergi Masjid. hahaha. Memang dah tak sempat la kan. Pastu teringat ada bantal lapik duduk time tunang hari tu. Tapi ada satu je. Saya bagi la Mr.Teddy duduk. Tapi memang malu la bantal tu buruk gila. hahaha.

3. Bekalan air terputus

Ha yang ni memang kejutan. Time tu saya tengah mandi. Tetiba air kecil. Nasib baik time tu dah memang nak abis mandi. Mula-mula kat dapur je, pastu merebak sampai ke depan. Sampai kat tempat basuh pinggan pun tak ada air. Kelam kabut la tadah air. Pastu saya tak tau la sapa yang call Syabas tanya apa masalahnya. Bila balik dari masjid tu air dah ada dah. Alhamdulillah sekejap je.

Tu je la yang tak berapa nak indahnya. hehehe. Yang indah memang banyak. Terlalu banyak sampai tak tercerita kat sini. Alhamdulillah semua berjalan lancar=). Terima kasih kepada semua yang sama-sama memastikan kelancaran majlis. Big Thanx.

Overall saya berpuas hati dengan penampilan time hari nikah. Make up yang tak terlalu heavy, natural gitu. hehehe. Baju, veil and tudung pun cantik. Suka...suka...suka...Hand Bouquet pulak saya tempah dari florist yang berhampiran rumah saya. Last minute tu.


~Beberapa keping gambar time bersiap~

Make up : K.Zakiah from Azika Collection
Baju & Veil : Amin Jauhary
Tudung: Vispera


~With my lovely mum~

Pastu nak tau tak ada satu cerita lucu gak. Tak tau la orang lain pernah tak dengar petua ni. Ok, masa petang nak nikah tu, cuaca dah mendung tau. Family saya dah berdebar risau hujan. Diorang suruh saya campak t-shirt yang saya pakai malam before tu atas bumbung. Pernah dengar tak? Ni petua orang-orang tua. Before baling tu niatkan la apa-apa. Time tu saya dah siap pakai satu baju persalinan, Kimono. Tetiba diorang panggil tanya mana t-shirt yang saya pakai malam tadi. Saya pun pelik nak buat apa. Cari punya cari, rupa-rupanya t-shirt saya dah selamat masuk dalam washing machine. Tapi tak abis basuh lagi sebab washing machine terhenti time air tak ada tu. Saya pun ambil la n baling atas bumbung dengan berpakaian kimono. hahaha. Nasib baik t-shirt tu memang buruk dah. huhuhu


~Penuh semangat membaling t-shirt~

Mesti ramai yang tertanya-tanya kan mana hantaran saya. Apa hantaran yang diberikan. Untuk pengetahuan semua, masa kami bertunang hari tu dah decide yang masa kahwin tak perlu ada barang hantaran lagi kecuali Mas kahwin, batal air sembahyang n duit hantaran. Sebab time tunang haritu kami dah bagi semua barang hantaran. 17 dulang berbalas 15 dulang. Banyak kan. Senang gak sebenarnya. Dah tak payah nak spend untuk barang hantaran lagi. Fokus kat benda lain je. Masa nikah ni mak mentua saya nak bawa juga satu dulang kek sebagai pengiring kepada mas kahwin & batal air sembahyang. Kami pulak balas kuih, buah n cincin untuk Mr. Teddy. Pastu saya dapat bouquet from mak mertua saya jugak. hehehe.



~Bouquet from ibu mertuaku~

Lepas Majlis selesai di masjid, balik rumah untuk meneruskan upacara membatalkan air sembahyang dan juga makan-makan. Saya dapat seutas gelang tangan dan Mr.Teddy saya bagi sebentuk cincin untuk upacara batal air sembahyang.

Untuk tetamu yang hadir saya bagi senaskah Yassin yang ditempah khas dengan Warna Inspirasi. Senang tau nak deal dengan dorang ni. Berminat? Click je la sini .




~Yassin as favor~


Friday, March 18, 2011

Dua Hati Menjadi Satu - Aktiviti Sehari Sebelum Majlis

Assalamualaikum w.b.t

Macam yang saya dah update dalam entry ni yang pelamin telahpun siap dipasang pada hari Jumaat. Meja n kerusi pun dah siap disusun time hari Jumaat tu. Khemah hari Khamis lagi dah siap pasang.

Apa lagi yerk yang saya n family buat masa hari Jumaat ni. Saya sememangnya start hari Khamis dah dikuarantin. No keluar-keluar lagi. huhuhu. Nak apa-apa pesan kat kakak-kakak je. Start hari Sabtu lagi teruk dikuarantin sampai nak kuar depan rumah pun tak boleh. Sebab apa? Ada lah sebabnya. Yang penting untuk kebaikan saya jugak. hehehe. Eh apa yang jauh melalut ni.

Ok time hari Jumaat tu, petang lepas Jumaat adik beradik saya ramai yang dah balik. Semua dah start berkumpul kat rumah. Lepas maghrib tu dah start rebus telur untuk masuk dalam glass IKEA [entry kat sini] dan juga bunga pahar.


~Proses merebus telur dan glass yang dah diisi telur~

~bunga pahar sponsored by K.Cik~

Pastu malam sikit jiran-jiran dah start datang nak menolong. Dah alang-alang jiran datang tak tau nak bagi kerja apa tu, kitorang suruh la siapkan goodies. hehehe. Ramai jugak la yang membantu. Termasuk anak-anak buah saya. Semangat betul diorang. hehehe. Almaklum la rumah ni dah lama tak ada kenduri kahwin. Last 6 tahun lepas. Bila dah ramai yang membantu tu kerja yang banyak pun dapat disiapkan dengan cepat. Apa yang penting?Kerjasama. hehehe.

~Apa yang penting Kerjasama~

Apa yang saya letakkan dalam goodies eh agak-agaknya. Untuk tetamu biasa, saya letak telur dalam glass IKEA, muffin sponsored by my sister, Angah dan uncang-uncang berisi coklat & gula-gula. Untuk tetamu VIP [bukan VIP sangat pun...hahaha...kawan-kawan & orang sebelah] saya tambah rose ball candle yang saya beli kat Shajaratul Design [entry kat sini] . Untuk kanak-kanak saya bagi uncang bakul sponsored by kakak ipar, K.Ika.

Plan asal nak letak chocolate dalam glass tu, pastu ubah plan coz one of my friend nak sponsor chocolate. Oleh kerana tak boleh nak agak rupa bentuk chocolate tu, saya tukar la isi telur. Tapi still ok n menepati konsep sarang burung tu coz kitorang beli telur yang bersaiz kecil. So nampak terletak je dalam glass tu. Pastu my friend tak dapat pulak bagi chocolate coz stock habis. Dia bagi gula-gula. Kitorang tambah pulak chocolate untuk cukupkan kandungan uncang tu. Saya beli uncang yang biasa je. Compare dengan uncang K.Ika sponsor jauh beza. hahaha=D

~Goodies yang berjaya disiapkan malam tu~


Masa time mengisi goodies ni saya pun sama menyibuk tau. Pastu dikerah suruh tidur dan jangan menyibuk. hahaha. Nak jadi pengantin katakan. Dah tu sibuk-sibuk buat goodies sampai melekat-lekat gam UHU kat tangan. Puas pulak nak menghilangkan sebab nak pakai inai. hahaha. Dah malam sikit tu Angah pakaikan inai. Saya daripada awal dah katakan tidak pada henna. Selain daripada hukumnya, saya juga tak berminat dengan henna. Nampak serabut je n tak merah. Masa hari kenduri tu ok la. Tapi dah lepas-lepas tu macam tak best je ada corak-corak kat tangan.hehee. Angah siap letak soletape jari-jari saya. Tapi tetap senget-senget gak sebab Angah tertinggal 'mata'nya. hehehe. Pastu adik saya, Ieda ditugaskan untuk menjaga inai saya. Tapi dia tak jaga pun. Membongkang ada la. Saya yang tolong kejut dia bila inai dah kering. hahaha. Plan asal nak pakai inai daun yang digiling. Tapi time hari kejadian boleh pulak penggiling tak jumpa. Ingatkan dah hilang. Pastu Angah cakap, tak pe la pakai inai Mekah yang serbuk dulu esok balas balik dengan inai giling. Saya pun follow jerk.

~Proses memakai inai. Sila abaikan jari se gemuk tu~

Dua Hati Menjadi Satu : Bilik Pengantin


Assalamaualaikum w.b.t

Lama dah kot majlis selesai baru nak update story. Agak-agak belum basi kan. hehehe. Kali ni nak bercerita berkenaan Hiasan Bilik Tidur.

Ya saya DIY bilik tidur sendiri. Tak adanya nak tempah sesiapa tolong buatkan. Cuma ada la tangan-tangan lain yang membantu. Kalau den sorang semput le. hehehe. Basically idea daripada saya. Benda yang paling mendapat perhatian dalam bilik adalah frame bunga jiwang saya [saya ada story pasal idea frame ni kat entry ni]. hahaha. Nak-nak ditambah pula dengan spotlight yang disponsor oleh K.Cik saya. Memang terangkat. cheh. Puji diri sendiri nampak. Eh bukan...bukan...Orang lain yang puji k. Ramai yang tak percaya saya buat sendiri. Ada kakak jiran saya siap nak tempah untuk anak dia kawen. Anak dia baru form lagi kot. hahaha. Lawak tul diorang mengusik saya.

Konsep bilik simple je. Tak ada tirai bagai. So, hari menggantung just gantung langsir and pasang cadar je. Masa hari nikah saya pakai cadar warna grey. Hari Bersanding saya pakai cadar warna pink. Wah siap bertukar-tukar cadar pulak eh. Saya beli cadar colour grey asalnya sebab nampak cantik. Tapi baju sanding pun warna grey jugak. Nanti mesti tak naik kan. SO, saya beli pulak cadar pink. Bagi mengelakkan pembaziran saya guna cadar grey time nikah. Selesai.

Bed runner beli kain yang sama corak dengan langsir minta tolong neighbour saya jahitkan. Bekas lilin guna yang sama cam time tunang dulu. Saya suka jugak dengan bantal kecil roses atas katil tu. Beli kat Tesco. So kiranya bilik saya ni memang konsep roses la eh. Wardobe corak rose, frame roses, katil ditabur dengan rose petals, bantal-bantal kecil roses. Sejak bila jadi pencinta roses ha??? Oleh kerana banyak lebihan roses daripada frame saya buat pulak benda lain. Side table flower - yang ada lilin dikelilingi roses tu. Idea from Aku Bukan Bidadari. Tapi tak secantik yang Atie buat. Saya gunakan je sumber yang ada. huhuhu. Pastu rose yang jenis kembang-kembang tu saya hantar kat kedai bunga minta tolong diorang gubahkan. Kalau saya yang gubah takut jadi lain. wahaha.

So camna rupa bilik saya yang telah dihias. Agak-agak ngeri tak ngeri teengok la gambar kat bawah.


Ni la rupa bilik pengantin yang tak seberapa.

Tuesday, March 15, 2011

Terima Kasih Tak Terhingga

Assalamualaikum w.b.t

Lama kan tak update blog. Padahal banyak sangat yang nak story kat sini terutama pasal my big day. huhuhu. Alhamdulillah dah selesai semuanya. Banyak yang nak story tapi gambar tak dapat lagi. So, cam tak best pulak story tak bergambar kan. hehehe. Oleh itu, sempena entry ni saya nak merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat samada secara langsung ataupun tidak.


~Ehsan Google : Menepati Tema Warna saya~


BIG THANX untuk semua terutama my family [Along, Angah, Abang Mir, Alang, K.Ika, Ancik, Itam, K.Ida, Uda, Wak Amir, Uteh, K.Ina, K.cik, Ieda n semua anak-anak buah] yang banyak menyumbang tenaga, masa dan juga kewangan bagi sama-sama memastikan kelancaran majlis saya. Turut berterima kasih kepada jiran-jiran, budak-budak penanggah kengkawan along yang sama-sama menyumbang tenaga. Untuk Family in law gak terima kasih banyak-banyak. Terima kasih tak terhingga diucapkan di atas layanan dan sambutan yang diberikan.

To my lovely family ~ Terima kasih sebab jadi orang kuat untuk kenduri Aien ni. Big Thanx semua. Banyak hulur bantuan tak kira dari segi tenaga, kewangan, idea dan macam-macam lagi. Terutama bila dah sampai satu tahap tu si pengantin dah tak larat nak pikir untuk buat apa-apa, family yang tolong settlekan. huhuhu

To my Family in Law ~ Terima kasih kepada yang sudi hadir sama-sama memeriahkan majlis. Walaupun tersesat time hari nikah. hehehe=) Terima kasih juga atas layanan dan sambutan time majlis bertandang. 1st class. hehehe

To Vendor-vendor yang terlibat pada hari kejadian~ Terima kasih tak terhingga untuk semua. Korang memang terbaek.

~Azika Collection - Baju n make up sangat menggembirakan hati. Ramai puji cantik=). Paling suka baju grey time hari langsung. Memang lawa. So, tolong promote sikit kat sini.hahaha. Kepada kengkawan yang dalam proses nak cari mak andam boleh la contact K.Zie from Azika Collection. Service terbaek=)

~Abang Fadil - OP untuk hari besar saya. Abang Fadil n the gang memang best. Walaupun awal-awal tu cam tak best sikit dengan salah sorang daripada budak dia sebab garang sangat. Buat saya jadi tak senang nak pose. Terus mood lari sampai time nikah. Tapi time malam berinai tu dah ok balik kot. Tq so much. Tak sabar nak tunggu hasilnya. Sorry gak coz saya memang tak pandai posing. hohoho

~LH Media - OV untuk hari besar saya. Sorry tak ingat nama bro yang amik video kitorang. Tapi yang pasti bro tu memang best. Pandai tackle kitorang. hahaha. Walaupun memasing kayu jer kan. Tapi bro tu sabar kan jer. hahaha. Thanx br0.

~Whitelacetale.weddings - Thanx for the lovely centrepiece. Walaupun asalnya minta bunga lain tapi dapat bunga lain. Still suka=). Buat saya jatuh hati terus dengan carnation. Kengkawan yang berminat bolehlah contact Asylla k. Dia sesangat la friendly n sangat senang nak deal.

~Cupcakeland - Thanx Nina for the lovely wedding cake. Nina berjaya merealisasikan kek impian saya. Colour agak lari sikit tapi design menepati yang macam saya nak. Tq so much Nina. Nina pun senang nak deal. Time tunang pun saya order cuppies dengan Cupcakeland. Rasa sedap n cantik.

To Tetamu-tetamu yang hadir ~ Terima kasih kepada semua yang hadir bagi sama-sama memeriahkan majlis kami. Sorry kepada sesiapa yang tak sempat nak jumpa tu. huhuhu

To Mr.Teddy ~ Terima kasih sabar dengan karenah saya selama ni daripada start kita couple sampai dah jadi suami isteri ni. Saya dah hilang seorang kawan yang terbaik iaitu awak. Tapi saya dapat seorang suami yang extra terbaik iaitu awak jugak. Awaklah kawan, kekasih, suami yang terbaik untuk saya. I love u so much dear.


TERIMA KASIH SEMUA...



Saturday, March 5, 2011

Dua hati menjadi satu: Persiapan Terakhir

Assalamualaikum w.b.t

Update rengkas setelah lama tak mengupdate...entry ni ditulis malam tadi...

waktu ni rumah saya dipenuhi dengan adik beradik dan jiran tetangga. Tolong siapkan goodies. Big thanx.

Khemah dah pun siap dipasang. Meja n kerusi siap susun tadi. Pelamin pun dah siap pasang tadi. Alhamdulillah apa yang diplan berjalan lancar. Moga selamat semuanya.

Saya dikerah tidur awal malam ni. Huhuhu. Uda suruh rehat n pesan zikir banyak2. Maybe xnak bagi saya nervous n also untuk pendinding diri. Saya pun ambil kesempatan luruskan pinggang sambil berzikir.

Kawan-kawan semua doakan saya selamat semuanya k. Semoga majlis berjalan lancar. Aamin. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...