Monday, February 28, 2011

CONDEMN KE COMMENT?

Assalamualaikum w.b.t

Apa beza condemn n comment? Bagi saya comment adalah sesuatu yang membina manakala condemn pulak boleh sesuatu yang macam nak jatuhkan orang. Apa perasaan bila asyik kena condemn jer berturut-turut, berulang-ulang kali?Kalau saya perasaan rasa nak meletop tapi kena sabarkan je. Tapi bila dah meletop memang buruk padahnya. Sampai rasa "Eh, tak kan satu benda pun yang baik di mata dia?Semua tak elok ke?Aku ni tak pandai buat sangat ke?"

Kat sini saya bagi situasi yang membezakan comment dan condemn. Orang bagi comment bila kita minta. Orang condemn tak perlu diminta dengan sendiri dia akan ringan mulut untuk condemn. Comment selalu akan dimulakan dengan kata-kata yang mengambil hati dulu baru dimulakan dengan comment yang cuba disampaikan. Contoh:- Bila korang tanya pendapat kat tukang comment " Ok tak?" Tukang comment akan jawab "Ok. Tapi lagi cantik kalau ko matchkan ni dengan ni" tak pun. "Ok. tapi kenapa ko tak buat macam ni macam ni sebab yang ko buat tu nampak pendek la". Tu sebagai contoh la. Siap dengan justifikasi kenapa kita perlu buat improvement. Kalau tukang condemn lak tak perlu ditanya. Dia dengan sendirinya akan bersuara "Apsal ko tak buat macam ni macam ni. Ko sepatutnya buat macam ni macam ni." Ni pun sebagai contoh. Boleh beza kan. Nada pun kekadang membezakan. Kekadang layankan je tukang condemn ni. Buat je apa yang disuruh, bila dapat hasil yang lebih tak memuaskan hati daripada yang sebelum dicondemn terusla senyap tu.

Bagi saya orang memberi comment amat dialu-alukan. Serious sangat hargainya. Kekadang kita kerja seorang diri pun boleh jammed owh kepala otak. Kadang tak boleh pikir kaedah terbaik. SO, bila ada tukang comment ni at least kita tau la mana yang kurang. So, kita boleh ambil tindakan memperbaikinya. Tapi kalau tukang condemn ni kekadang buat semak perut jer. Kita dahla serabut, pastu tambah lagi serabut. huhuhu. Pastu boleh buat down gak own. Dah tu dah ditembak secara bertubi-tubi dengan list condemnya. Sampai kekadang melemahkan semangat nak teruskan misi owh. Oleh itu jangan la kita jadi tukang condemn. Tukang comment tak per. hehehe.

Saya bercakap secara general. Jangan la terasa pulak k. Kalau terasa cepat-cepat la muhasabah diri. hohoho. Dan cuba la kita letakkan diri di tempat yang kena condemn tu. Camner? Hasil kerja kita pulak yang kena codemn. Cuba try tengok. Mesti tak boleh terima kan.Tapi saya fikir macam ni je la. Saya kan budak baru belajar biasa la kena condemn tu.

Sunday, February 27, 2011

Dua Hati Menjadi Satu - Preparation Part 12 - Sesi Memanjakan Diri [Part 2]

Assalamaualaikum w.b.t

Wah...hari ni saya telah pergi ke CENDANA SPA & SALON, Seksyen 7 untuk sesi memanjakan diri. Kalau ingat entry ni saya ada story yang saya nak buat sesi memanjakan diri lagi sekali kat spa kawan kakak saya. So ni la dia. Finally hari ini saya g gak. hehehe

Saya amik package Cendana Seri Pengantin yang berharga RM 270. wah nama kan...hahaha. Package ni ada:

1. Flower Foot Bath
2. Herbal Sauna
3. Lulur & Body Scrub
4. Body Mask
5. Naik Seri Pengantin Bath
6. Facial/hair treatment
7. Manicure n pedicure

First time buat sauna walaupun kat rumah sewa housemate ada. Tak pernah try walaupun telah dioffer. Sebab tak berapa yakin dengan kebersihan akibat perkongsian penggunaan. wahaha. Kat spa ni yakin sikit coz mestila setiap kali penggunaan akan dibersihkan kan...Pergh berpeluh sakan beb. hehehe. Lulur, body scrub & body mask pun first time. Abis kesan kotoran degil keluar semua. hehehe. Naik Seri Pengantin Bath ni pun teruja gak. Mandi susu yang ditabur bunga. Syok la. Untuk Facial/hair treatment boleh pilih either one. Saya pilih facial. Overall rasanya terbaek la coz tak pernah pergi treatment camni kat spa lain. Yang kat Herbaline before ni buat facial n shoulder massage jerk. Yang paling best lunch turut disediakan. Nasi Ayam lagi. Package ni ambil masa 6 hours tau. Lama kan. Kalau tak ada lunch pengsan lak bakal pengantin nanti. huhuhu.

So, kepada bakal-bakal pengantin boleh la singgah ke Spa ni k. Service tip top=) Oh lupa nak bagitau kalau jadi members boleh dapat discount 10%. Saya guna membership akak saya so entitle discount tu.Jadila harganya RM 243.

Thursday, February 24, 2011

Dua Hati Menjadi Satu - DIY Part 4: Frame Bunga

Assalamualaikum w.b.t

Kali ni kembali dengan DIY project. Akhirnya berjaya menggagahkan diri juga buat next DIY project Budak pemalas memang camtu . Sorry la saya tak cam b2b lain yang pulun buat DIY. huhuhu.

Asalnya tak plan pun nak buat DIY ni. Ni semua ada kaitan dengan entry saya pasal perabot bilik [click here]. Ok sebelum dapat menghidu masalah perabot ni timbul plan asal saya adalah untuk letak tirai as back drop kat belakang katil seperti gambar di bawah.


Malangnya selepas menghidu masalah perabot yang terlebih saiz semuanya telah berubah.huhuhu. Adoyai. Walaupun masalah perabot terlebih saiz tersebut berjaya diselesaikan dengan tukar wardrobe lain tapi ada masalah lain yang timbul pulak sebenarnya. Saja tak nak story haritu. Malas nak tambah stress.

Bilik depan rumah saya ni [yang bakal dijadikan bilik pengantin] sebenarnya kecil je. Pastu time my sister nak kawen my mom buat la some renovation extend bilik tu ke depan. Time buat extension tukang rumah yang renovate tu boleh pulak tak pecahkan beam yang asal. Tapi menurut my mom, beam tu sememangnya tak boleh dipecahkan coz merupakan main structure Wah mak pun dah boleh jadi engineer yerk . So, wujudla beam yang tersembul kat dalam bilik tersebut. Dan beam tersebut telah menganggu. Ini tidak adil!!!! eh emo tetiba

Kenapa mengganggu???Sebab walaupun dah lepas tukar wardrobe yang lebih kecil, susunan wardrobe n katil tetap terlebih beam tersebut. Walaupun sikit je. So, takkan la nak tirai lalu kat bawah beam tu kan. Nampak pelik pulak nanti. Tirai seeloknya daripada ceiling level la baru cantik. Kebetulan saya terjumpa pulak gambar di bawah ni time bz menggoogle.



Saya sebenarnya dah lama berkenan dengan frame yang ada roses ni. Tapi memikirkan yang diri ini tak ada kepakaran nak bertukang segala bagai kan terpaksa la dilupakan je. Tapi bila baca kat Aku Bukan Bidadari, Aty [tuan blog] guna frame Ikea je. So. apa lagi. Boleh la cuba kan=)

Pastu saya terjumpa lagi satu blog yang ada tunjuk camne nak DIY frame ni. Kali ni bukan guna frame IKEA tapi frame itself telah di'DIY'. Tabik spring kat Ciksue. Gambar seperti di bawah


Sumber : Road to 2011


Hasil saya camner pulak???Hasil saya adalah seperti di bawah. Mohon maaf atas kesengetan bunga. huhuhu. Orang kurang kreatif la katakan. wahaha=) Tapi suka bila ada la jugak dua tiga orang tegur kata cantik. **blushing** tetiba. Mak n angah cakap tak sangka saya pandai buat. kuikuikui. Bakat terpendam la. hahaha=D


Banyak sebenarnya DIY project yang saya sempat siapkan. Nanti saya update secara pukal k. hohoho.

Dua Hati Menjadi Satu - Perabot

Assalamualaikum w.b.t

Last weekend perabot saya telahpun selamat sampai. Suka bangat=). Overall puas hati. Tak ada defects kat mana-mana. Suka gila dengan wardrobe coz ada corak rose colour grey pink kat sliding door. Memang menepati tema. Tapi nak pasang satu hal. Berpeluh-peluh adik tu pasang. hohoho. Saya siap minta nombor dia senang nak minta tolong kalau nak pindah ke nanti. hahaha.

Gambar tak ada. Tak sempat nak amik time dorang pasang. Sekarang nak amik, bilik macam tongkang pecah. Tak macam bilik pengantin langsung. huhuhu. Malas nak kemas. Nanti sepah balik gak. Tunggu la hari menggantung nanti saya tunjuk sikit k=)

Alhamdulillah juga layout perabot memenuhi kehendak. Nasib baik muat bilik yang sekangkang kera ni. Maybe bilik colour putih so, xnampak crowded sangat. Bagi saya dah puas hati la tapi saya tak tau la orang lain.

Susahkan nak puaskan hati semua orang. Lebih-lebih kalau tukang buat tu adalah si Airen. Semua serba tak kena. Kekadang sedih bila dengar banyak condemn daripada comment. Ni bercakap secara general bukan dari segi perabot jer benda-benda lain pun sama gak=( Eh pasal teremo pulak kat sini. Dah dah tak mo emo-emo. hehehe. Chill=)

Sunday, February 20, 2011

14 Days to Go

Assalamulaikum w.b.t


Update checklist dalam tempoh 14 hari menuju Dua Hati Menjadi Satu

Prosedur
1. Kursus Kahwin [Saya & Mr. Teddy done]
2. HIV Screening [Saya & Mr. Teddy done]
3. Borang-borang [Saya & Mr. Teddy done]

Majlis Nikah
1. Baju Nikah [done]
2. Tudung & Veil [tudung done, veil done]
3. Kasut
4. Make up [done booking - ambil sekali package Mak Andam hari Sanding]
5. Cincin Mr. Teddy [done]
6. Bunga Tangan - Dah survey bunga
7. Bantal Nikah [done booking - ambil sekali package Mak Andam hari Sanding]
8. Door Gift [done]

Majlis Sanding/Majlis Berinai

1. Pelamin [done booking - ambil sekali package Mak Andam]
2. Baju [done booking - ambil sekali package Mak Andam]
3. Make up [done booking - ambil sekali package Mak Andam]
4. Bunga Tangan [done booking - ambil sekali package Mak Andam]
5. Aksesori [done booking - ambil sekali package Mak Andam]
6. Kasut [done booking - ambil sekali package Mak Andam]
6. Door Gift - on going
7. Kompang [done]
8. Lauk Makan Beradap [done - kawan Uda]
9. Bunga manggar - on going
10. Korsaj [done. belum letak duit]
11. Kek [ done]

General

1. Catering [done - Mak yang settlekan]
2. Khemah [done - kawan K.Cik]
3. Photographer [done]
4. Videographer [done]
5. Perabot bilik [done. dah sampai pun]
6. Decoration Bilik - on going
7. Cat rumah [done]
8. Kad Jemputan [done. siap edar]
9.Tq tag - on going
10. Signage - belum print

Yang belum bertanda masih belum settle. huhuhu. Kasut?Ya memang belum jumpa. Haritu plan nak g Pyramid dgn Mr.Teddy x jadi. huhuhu. Abis Pre-Wedding malam. Ada design yang berkenan tapi colour lak tak berkenan. Adoyai. Bunga tangan baru pergi survey bunga. Jumpa dah tempat yang murah. 24hb ni nak g confirmkan bunga apa nak pilih. Gubahan?DIY je la kot. Bungga manggar. Gatal nak DIY sendiri. Sampai la tak siap. huhuhu. On progress lagi. InsyaALLAH sempat kot. Door gift sampai hari kenduri still on going kot. Ye la nak siapkan goodies bagnyer=)Decoration bilik - Semua siap dah beli. Tinggal nak menDIY sahaja.
Sempat ke la saya nie eh. Semua pun nak DIY tapi time is running out. huhuhu. Pastu tetiba gatal lak g tempah sumthing. hahaha. Tak sabar nak tengok hasil.


Friday, February 18, 2011

Dua Hati Menjadi Satu : Pre-Wedding



~Agak-agak boleh buat cover novel tak...wahaha=D


Saya tinggalkan dulu dengan 2 keping gambar ni yerk=)

Free Sesangat

Ya betul...saya memang tengah free sesangat sekarang ni. Datang office keje duk update blog, facebooking. Tak buat kerja office. So, sesuka hati la pass kerja kat saya. Saya kan tak ada kerja katanya.

Ntah. Ni la nasib kalau jarang jumpa boss agaknya. Jumpa kalau ada certain issue yang xtau nak solve sendiri. Pastu selalu buat relax kalau ada problem apa-apa sebab percaya setiap problem tu ada penyelesaian. So, dengan mudahnya orang buat kesimpulan saya tak ada kerja. Ya memang betul la saya tak ada kerja. Meja saya kan kemas sesangat berbanding orang lain. Kalau sepah pun saya saja jer buat-buat sepah biar nampak busy. Tak gitu???

Kira orang yang mengadap boss hari-hari tu banyak la sangat kerja kan. Kalau banyak kerja ada la pulak masa nak mengadap boss nak story mory yang ko tu bz sesangat kan. Saya tak pandai nak mengampu boss. Saya tak pandai nak buat muka serabut walaupun tengah banyak kerja. Saya hanya jadi diri saya sendiri. Agak-agak serabut luah kat sini. Lepak dalam bilik sensorang sambil siapkan kerja mana yang termampu. Tu la yang saya pandai.

Time orang lain cuti lama, saya siap kena TOLONG coverkan buat kerja orang tu. Tapi kalau saya cuti camna saya pergi camtu la saya balik. So, before cuti kahwin nanti saya kena la siapkan kerja. Kalau tak nanti mesti x dapat cuti dengan aman. Bosan dengan politik kat office ni. Orang yang tak pandai politik macam saya memang masak.

Wednesday, February 16, 2011

Dua Hati Menjadi Satu : Pre-Wedding Part 1


Assalamualaikum w.b.t

Hye...Sehat semua?Saya tak berapa sehat. Sakit gigi. huhuhu. Ok ni tak nak citer pasal sakit gigi ke apa. Tapi nak cite pasal pre-wedding saya. Entry ringkas untuk hari ini.

Ok. Pecer pre-wedding saya yang telah digembur-gemburkan tu. Dukacita dimaklumkan cuaca tak menyebelahi kami. Putrajaya hujan la plak kan petang tu. hohoho. So, apa yang diplan xdapat la dilaksanakan. Walaubagaimanapun, tabik spring kat OP saya coz come out dengan recovery plan. Mana idea yang sesuai tu kitorang still boleh buat jugak. Kitorang buat kat dalam Masjid Besi Putrajaya. Thank you so much Abg Padil n Abg Fendi. Saya tak dapat lagi hasil tangkapan pada haritu, tapi apa yang tengok time hari photoshoot sangat la memuaskan hati. Disebabkan belum dapat lagi gambar from OP, saya tinggalkan kengkawan semua dengan sekeping gambar budak gemuk di bawah ni. hohohoho


~Muka setelah dimake up oleh K.Za from Azika Collection~

Friday, February 11, 2011

Dua Hati Menjadi Satu : Idea Pre-Wedding

Assalamualaikum w.b.t

Ingat tak previous entry saya yang pasal buntu idea Pre-Wedding [entry]. Saya dah dapat beberapa idea untuk Pre-Wedding tersebut. Hope dapat la digunakan n cuaca menyebelahi kami. Hope tak hujan=)

Mana datang idea yang mencurah tu???Datang daripada Mr. Teddy la. Gile macam tak caya tunang saya ni orang yang kreatif. Miahaha. Jahat tak statement. Penat saya pikir nak buat apa tiba-tiba dia datang dengan idea yang kreatif. Memang guardian angel. Tapi banyak part yang cam kena acting sikit. Ntah boleh ke tidak saya ni. Sebab tu ingat nak buat ala-ala dating cam beser je sebab tak reti berlakon. Budget natural la. wahaha. Memandangkan Mr.Teddy dah come out dengan a few idea yang kreatif saya rasa sangat tak sabar nak merealisasikannya. Hope sangat kitorang berdua berjaya. hehehe.

Kisahnya time kitorang bergayut tu Mr.Teddy tanya pasal Pre-Wedding tu. Lebih kurang kat bawah ni perbualan kitorang.

Mr.Teddy : Yang, pre-wedding nanti kita nak buat apa?
Saya : Tak tau la Dy. I budget nak buat cam dating beser je. I dah beli props dah. hehehe.
Mr.Teddy : Props apa yang u beli?
Saya pun bagitau barang apa yang saya beli.
Mr.Teddy : Ok. Yang, apa kata kita buat cam ni...cam ni [seterusnya mengeluarkan idea yang bernas-bernas belaka]
Lepas tu saya duk menjerit je. Bestnyer!!!Terharunya!!!Semua ada la. wahaha.

Tapi Mr.Teddy pesan kat saya kalau hujan or apa yang kitorang plan tu tak jadi jangan frust sangat. Kita just rancang je. Sayang lebih kat Mr.Teddy. Selalu buat i terharu tau. Sob..sob...Semoga semuanya berjalan lancar=)

Thursday, February 10, 2011

Budi Bahasa Budaya Kita

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni saya dah buat benda yang tak pernah buat kot. Jadi G-Pang [Gila PANGkat] sekejap. wahaha...Kalau dulu time saya sekolah G-Pang ni adalah gelaran untuk orang yang kuat report kat cikgu ke kat pengawas ke. hohoho

Tapi saya bukan report dekat cikgu ke pengawas ke tapi saya g report kat Customer Service. Ha ambil nak sangat suruh report kan. Ingat takut ker.

Kisahnya macam ni, saya ni hari-hari sebelum masuk office akan singgah kat Kiosk X [bukan nama sebenar] untuk beli my breakfast [breakfast la sangat padahal Peel Fresh dengan Vitagen jer pon]. Kiosk X betul-betul dekat LRT Titiwangsa.

Hari ni rutin cam biasa la singgah Kiosk X beli Peel Fresh & Vitagen. Dengan harga RM 2.80. Tapi saya hulur Rm 50 coz tak ada duit kecil. Tu je yang ada dalam purse time tu.

Cashier : Ada duit kecik kak?

Saya geleng kepala sambil tu korek juga purse & bag kalau ada duit kecil ke. Kebetulan memang cun-cun ada 80 sen. Saya pun bagi la kat cashier tu.

Cashier : Tak ada duit kecik la kak. [Lebih kurang cam tu la. Saya tak ingat dia cakap apa tapi dengan nada yang agak kasar and muka cemberut]
Saya : RM 10 pun tak ada ke.
Cashier : Tak ada.
Saya : RM 5, RM 1?
Cashier : Tak ada la.
Saya : Pastu tak yah beli ke? [Time ni dah panas dah]
Cashier : Tak yah la. G pecah duit dulu. Kat sini tak ada pecah. [wah cantik bahasa ko eh]

Ko buka kedai tak ada duit tukar, customer pulak yang kena cari duit tukar ke. Sepatutnya ko prepare la siap-siap duit kecil kan. Hello saya ni pun pernah kerja dekat kedai [walaupun kedai Surat Khabar ayah jerk...hohoho]. Before ayah pergi hantar suratkhabar memang ayah akan siap-siap tinggal duit kecil kat saya. Mana la tau ada orang bagi duit besar kan. Pastu siap boleh jawab tak yah beli kalau tak ada duit tukar. Kan dah rugi kedai ko. Kalau 10 orang customer bagi duit besar, 10 orang la tak yah beli. 10 orang tak yah beli, cuba kira berapa RM kedai ko dah rugi??? Ni convenience store ok bukan ko naik cab atau bas yang kena sediakan wang secukupnya. Tak pun nak bayar parking ke. Nak-nak kat kedai ko tu tak ada pulak terpampnag notice 'Sila Sediakan Wang Secukupnya'.

Saya tak ada la marah sangat sebenarnya pasal tak ada duit tukar tu. Faham jugakla mungkin sebelum saya tu dah ramai yang bagi duit RM50 ke sampai duit kecil dia betul-betul dah abis. Sampai duit RM1 pun tak ada. Tapi cara cashier tu cakap dengan bahasa yang paling 'indah' membuatkan saya macam "eh What the.... kan." Kalau dia cakap dengan bahasa yang elok saya boleh terima lagi. Tak kena bayar pun kalau ko cakap elok-elok. Dengan customer pulak tu.

Ni part yang lagi best.

Saya : Nama u sape eh?
Saya sekadar bertanya konon-konon nak wat poyo jer. Tak terfikir pun nak complain betul-betul. Mana la tau dia tergerak hati nak minta maaf ke. wahaha=D
Cahier : Apsal? Nak report kat office ke?
Saya : A'ah.
Cashier : Report la [wah lagi cantik bahasa]

Jawapannyer memang saya complain betul-betul la kan. Niat di hati nak gertak jer dah ko suruh report kan. Report la betul-betul. Sampai office terus call. Malangnya office tu pon tak buka lagi. Punya la berkobar kan. wahaha. Dah dalam 9 lebey tu saya pun call. Nasib baik la suara person yang angkat call tu berbudi bahasa. Dia minta maaf bagi pihak Cashier tu. Siap tanya saya selalu ke beli kat situ tak ada duit tukar. Dia cakap sepatutnya memang kena prepare la duit tukar yang secukupnya. Saya pun cakap la Kadang-kadang tu ada tapi Cashier time tu ada gak la usaha nak cari duit tukar. Dan sampaikan kat kita dengan nada yang berhemah, so sejuk la kita kan. Kalau setakat tak ada duit tukar tu saya faham tapi boleh tak sampaikan dengan nada yang berhemah.

Patut kena tengok iklan kempen Budi Bahasa Budaya Kita ni.

Wednesday, February 9, 2011

Dua Hati Menjadi Satu : Buntu - Idea Pre wedding

Assalamualaikum w.b.t

Petang ni tak ada mood nak buat keje la. huhuhu. Dari tadi sibuk duk men'google' jer. Cari idea untuk Pre-Wedding. Sabtu ni InsyaALLAH nak buat Pre-wedding kami kat Putrajaya. hahaha. Dah dekat hari kahwin baru nak buat erk. Almaklum la Mr.Teddy sokmo bz kalah YB. hehehe=) Cam tu la gaya orang duk jarak jauh.sob...sob...

Kitorang tak ada tema pun sebenarnya. Free and easy je la kot. Nak buat tema sekolah kitorang bukan start couple dari sekolah pun. Zaman universiti pun tidak Kenal zaman U . So budget nak buat ala-ala dating cam biasa jer. Tapi nak pluz aksi berbasikal. Boleh ke tak erk agak-agak. hehehe=D. Tema warna ada dah. Tapi masalahnya nak guna props ape erk. Buntu seyh. Idea please.


Monday, February 7, 2011

Dua Hati Menjadi Satu : 30 Days to Go...

Assalamualaikum w.b.t

Kurang daripada 30 hari sebenarnya menuju Dua Hati Menjadi Satu. Dup dap...dup dap...Serious tak tipu. Nak-nak bila pikir balik ada ja yang belum settle.hohoho. Sila padankan muka sendiri. Siapa suruh buat last minute. Jomla tengok apa progress saya dalam tempoh tak sampai sebulan lagi ni:

Prosedur
1. Kursus Kahwin [Saya & Mr. Teddy done]
2. HIV Screening [Saya & Mr. Teddy done]
3. Borang-borang [Saya & Mr. Teddy done]

Majlis Nikah
1. Baju Nikah [done]
2. Tudung & Veil [tudung done tempah, veil done]
3. Kasut
4. Make up [done booking - ambil sekali package Mak Andam hari Sanding]
5. Cincin Mr. Teddy [done]
6. Bunga Tangan
7. Bantal Nikah [done booking - ambil sekali package Mak Andam hari Sanding]
8. Door Gift [done tempah]

Majlis Sanding/Majlis Berinai

1. Pelamin [done booking - ambil sekali package Mak Andam]
2. Baju [done booking - ambil sekali package Mak Andam]
3. Make up [done booking - ambil sekali package Mak Andam]
4. Bunga Tangan [done booking - ambil sekali package Mak Andam]
5. Aksesori [done booking - ambil sekali package Mak Andam]
6. Kasut [done booking - ambil sekali package Mak Andam]
6. Door Gift - on going
7. Kompang [done]
8. Lauk Makan Beradap [done - kawan Uda]
9. Bunga manggar - on going
10. Korsaj [done]

General

1. Catering [done - Mak yang settlekan]
2. Khemah [done - kawan K.Cik]
3. Photographer [done]
4. Videographer [done]
5. Perabot bilik [done]
6. Decoration Bilik - on going, beli sikit-sikit
7. Cat rumah [done]
8. Kad Jemputan [done]

Banyak jugak yang saya tempah dah pun selamat di collect dengan vendor. Antaranya: Baju Nikah & Veil [suka sangat], Yassin [untuk majlis Nikah], stamp untuk tq tag n cop mohor. Candle for special guest dah ready, tapi belum ambil lagi. Kasut belum dapat lagi yang menjadi pojaan hati. Weekend ni kot. Nak ajak Mr.Teddy cari kat Sunway Pyramid. Tapi lom gtau dia lagi.hehehe

Kecelaruan

Assalamualaikum w.b.t

Start semalam blog saya ditutup sementara. Hari ni dah buka balik. Nak tau kenapa??? Layout blog mengalami kecelaruan. Tiba-tiba jer sidebar jadi kat bawah.

Puas la mengedit seharian semalam. Dengan entry khas untuk Mr.Teddy pun saya editkan. huhuhu. Last-last nak publishkan balik, gambar sumer hilang. Ape ntah yang digodeknya. Gambar pulak dalam lappy, lappy pulak kena virus. Adoyai. Hard disk tak bawak balik pulak. Jawapannya entry tersebut akan berada dalam draft buat sementara waktu.huhuhu

Pelik memang pelik, Tetiba je layout mengalami kecelaruan. Tukar template lain pun sidebar tetap kat bawah gak. Puas la saya mencari punca. Bila dalam proses searching tu banyak solution yang saya jumpa kat internet. Antaranya mungkin sebab link/gambar terlalu besar dah makan space. Oleh sebab tu, sidebar jadi ke bawah. Saya pun draft kan la semua entry. Nak tengok entry mana yang dah makan ruang. ANtaranya entry khas untuk Mr.Teddy tu la. hohoho. Bila dah edit ada la perubahan sikit, tapi sidebar tetap tak in position. Last-last malas nak pikir saya tukar balik ke template asal. Nanti rerajin saya edit semula yerk. huhuhu

Wednesday, February 2, 2011

Dua Hati Menjadi Satu - Bulan Madu

Assalamaualaikum w.b.t
Rasa-rasanya bagi setiap pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga pasti destinasi bulan madu selalu menjadi tajuk utama kan. hehehe. Wajib masuk dalam checklist. Berbincang dengan baik destinasi yang nak dituju tu. Kena ambil kira kos yang terlibat. Package yang dipilih dalam lingkungan budget anda dan pasangan.

Saya dah pun settlekan urusan yang berkaitan dengan honey moon. Yeah. Suka...suka...
Tiket flight - done
Accomodation - done
Tour package - done
Passport - saya done, Mr. Teddy not yet.

Tapi kan kitorang g honey moon lambat sikit. Sebab time book tiket flight ni date kawen xder lagi. So saya main redah je book time tu. Nak tiket murah pulak tu. Air Asia la katakan. Tapi maybe akan ada pre honey moon [jangan pk lain yerk, after nikah k]. Mana la tau Mr.Teddy bermurah hati. hahaha. Aritu dah bagi hint tapi dia cam tak setuju jerk. Nanti nak try pujuk lagi. G dekat-dekat je la kan. hehehe. Mana destinasi bulan madu kitorang???Tunggggggu...

~Bagi hint sikit...hehehe=D~

Sumber:Google

Dua Hati Menjadi Satu - Prosedur Part 3 : Borang Nikah

Assalamaualaikum w.b.t

Lamanya tak mengupdate. Sian blog ni. huhuhu. Sorry k blog. Jangan majuk eh. Lately ni agak bz yang melampau sampai tak sempat nak update walaupun tengah bercuti seminggu. Bz dengan preparation. Mengemas lagi. Macam-macam la. Biasa la tinggal lebih kurang sebulan lagi kan.

Dalam kesibukan tu saya curi juga masa untuk settlekan borang nikah. Alhamdulillah selesai dah semuanya. Sebenarnya Mr.Teddy dah settle borang n pass kat saya lama dah. Adalah dah dalam 2 minggu kot. Tapi saya pulak yang tak g settlekan. Ada je hal bila hujung minggu kan. Berasap jugak la Mr.Teddy dengan saya kot. hohoho

Akhirnya last weekend dapat jugak saya settlekan. Hari Ahad saya, Ayah & dua orang abang saya : Alang n Itam pergi jumpa Pen. Pendaftar Nikah (PPN). Kebetulan PPN tu kawan abang-abang saya. Apa-apa pun, make sure semua dah in order k. Kalau dah in order sekejap je la urusannya. Bila PPN dah siap sign semua, boleh la hantar borang-borang kepada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), Klang.

Hari Isnin saya pergi pulak ke PAID, Klang untuk dapatkan kebenaran berkahwin. Pun sekejap urusannya. Kebetulan tak ramai orang. Sementara nak tunggu dapat kebenaran tu berdup dap juga la jantung ni. Serious tak tipu. Takut ada problem apa-apa kan, Abang saya, Ancik yang hantar. Sementara tunggu Ancik tu saya tengok-tengok la dulu kebenaran berkahwin. Nasib baik la saya tengok, kalau tak memang nak kena marah. hohoho. Nama saya salah eja. Jadi Airennizam. Adoyai. So, kengkawan make sure check nama n I/C anda serta pasangan tau sebelum tinggalkan kaunter tu. Mana la tau ada sebarang kesilapan ke kan.

Bila dah dapat kebenaran berkahwin tu, bolehla nikah gatal tak bunyi . Bolehla start edarkan card=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...