Saturday, January 29, 2011

Dua Hati Menjadi Satu - Cop Mohor & Thank You Tag


Assalamualaikum w.b.t

Wah tajuk entry cop mohor segala bagai eh. Ingat anak raja ke nak cop mohor segala. hehehe. Mana dapat idea nak tempah cop mohor ni eh. ALkisahnya bermula cerita, kat office saya ni bila nak hantar surat yang Sulit kena seal betul-betul tau envelope. So, kat office guna satu alat yang akan ditempek pada lilin khas yang dicairkan untuk tujuan seal envelope. Alat tu ada tercetak nama office. So bila kita tempek kat lilin khas, lilin khas tu akan timbul n tertera la nama office. Konon-konon nak cedok idea tu la. Tapi saya tak tau nak tempah alat penempek Betul ke term ni kat mana.huhuhu. Tapi bagi siapa yang kreatif macam Xora - Dia Terima Nikahnya boleh la DIY sendiri [click here]. hehehe.

Sambil menjalankan misi blogwalking, saya terjumpa satu blog ni : Mangosteenskin. Blog ni ada jual handcarved rubber stamp. Terus ting idea datang. Yeah saya nak guna rubber stamp ni sebagai pengganti penempek dan lilin tersebut untuk seal envelope kad jemputan saya. Design kat Mangosteenskin cantik-cantik belaka tau. Boleh pilih design yang ada atau minta Mango buat design lain. Mango ni sangat la baik n best. Sabar je dia layan request saya yang berubah-ubah ni. hohoho. Tq so much Mango. Dah alang-alang saya tempah rubber stamp untuk seal envelope, saya tempah la sekali stamp untuk TQ tag. Nanti tinggal nak stamp kan jer dekat kertas warna.

Ni la dia rupa bentuk handcarved rubber stamp yang telah saya tempah dengan Mangosteenskin. Mango siap provide kan dia punya box. N sangat suka the box. Cam tau-tau jerk saya suka purple. hehehe


~Box yang comel~

~Cop Mohor - Monogram & TQ tag~

Bongkah Kayu from Xora - Dia Terima Nikahnya



Assalamualaikum w.b.t

Seperti yang telah dijanjikan dalam entry ni. Ni adalah storynya yang menjadi punca saya senyum sampai ke telinga.

Segalanya bermula di sini. Bila check email Yahoo membuatkan saya tersenyum sampai ke telinga. Tak mau la nak cerita pepanjang. Kawan-kawan tengok dulu gambar di bawah yang menjadi punca saya senyum sampai ke telinga pastu nanti saya sambung story k.


~Click image untuk tumbesaran yang lebih berkesan~

Ok alkisahnya blog B2B Mantan B2B : Dia Terima Nikahnya telah mengadakan satu contest. Before cerita lebih lanjut saya intro la sikit yerk blog Dia Terima Nikahnya ni yerk. Blog ni adalah salah satu daripada sumber rujukan saya dalam merealisasikan misi Dua Hati Menjadi Satu. Banyak idea praktikal dan segar yang owner blog telah kongsikan untuk panduan berguna para B2B. Semangat owner blog, Xora membuat projek DIY sedikit sebanyak menyuntik semangat saya [saya rasa B2B lain pon] untuk turut buat projek DIY. Walaupun takder la sehebat projek DIY beliau. hehehe. Blog ni serious best n antara yang tersohor jugakla di kalangan B2B.

Sambung cerita pasal contest. Xora dengan baik hatinya telah menganjurkan satu contest buat para bakal pengantin. Boleh click sini [link] untuk keterangan lanjut. Saya yang tak berapa nak kreatif ni pon cuba la nasib kan. Untuk pengetahuan semua, ini adalah kali pertama saya join contest. Wahaha. Tak tau kenapa rasa cam hati ni menarik-narik je nak join contest ni. Dalam hati kata "Cuba je la erk. Mana tau ada rezeki". Nampaknya cubaan saya telah berjaya dan sememangnya rezeki berpihak kepada saya. Alhamdulillah. [tepuk la tangan sikit]

Big thanks to Xora yang telah memilih saya sebagai pemenang. Sangat menghargai. Saya akan menggunakan bongkah tersebut sebaik mungkin dengan merealisasikan idea saya yang saya telah kongsikan bersama anda terhadap bongkah tersebut. InsyaALLAH.

Inilah bongkahnya yang telah selamat sampai ke tangan saya...tq so much Xora=)



Tuesday, January 25, 2011

Dua Hati Menjadi Satu - OMG!!! Baju Nikahku.... [Part 2]

Assalamualaikum w.b.t

Ni adalah entry sambungan daripada entry sebelum ini. Kat mana saya tempah baju nikah semua pun dah tau kan. Kalau tak tau, boleh click sini & sini. Asalnya saya just tempah baju nikah sahaja dengan Butik Amin Jauhary. Kebetulan lace ada balance after dah ambil kira patch kat kain so saya tempah la sekali veil. Dan hasilnya amatlah.....

OMG!!!!Memuaskan hati n cantik. Saya suka sangat baju n veil saya. Serious tak tipu. Muka saya sangat bercahaya time 1st time ditunjukkan baju nikah. Bila tengok veil bertambah bercahaya. Kemas jahitannya. Tadi time fitting sedap jer pakai. Walaupun simple tapi saya sangat suka baju saya Sape lagi nak suka kalau bukan diri sendiri . Saya buat baju kurung moden jer pun. Tak ada design-design yang vogue de vass gitu.

Tadi saya tunjuk kat officemate sebab tak tahan nak dengar pendapat orang lain gak. Diorang pun cakap cantik. Haritu tak sabar nak tunggu dah siap, ni tak sabar nak pakai pulak. wahaha=D
Gambar tak dapat nak share kat sini. Tunggu hari nikah, saya pakai nanti k....


Nota kaki: Pas ni shoe hunting pulak. Tak jumpa lagi yang berkenan.

Dua Hati Menjadi Satu - OMG!!! Baju Nikahku...[Part 1]



Baju Nikahku

TO BE CON'T

Dua Hati Menjadi Satu - Kad Jemputan Dah Siap!!!

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulilllah kad jemputan saya dah pun siap. Teruja nak diedarkan. Tapi Mr.Teddy cakap better settlekan borang nikah dulu baru buat edaran. huhuhu. Borang nikah skang pending kat saya. Ya sila marah saya sebab lagi sebulan lebey borang nikah belum settle. Dah siap isi dah. The problemo is nak mengumpulkan saksi-saksi yang mana adalah abang-abang saya. Padahal abang ada 5 orang pun problem eh.hohoho. So, saya target by next week nak siapkan. Saya cuti seminggu =)

Berbalik kepada tajuk asal kita. Saya suka card jemputan saya. Menepati tema. N paling penting simple. Oleh kerana hasil yang memuaskan hati so boleh la saya reveal kat sini. Dengan itu orang lain boleh tempah juga kat vendor ni. Macam saya dah cerita kat entry ni yang saya tempah dengan vendor kat area Jalan Pudu. Kalau nak tau berlambak kot vendor kad jemputan kat area Pudu ni. So yang mana satu eh saya tempah.

Saya tempah dengan LH Creative. Alhamdulillah tak ada masalah dengan kad jemputan saya. My friend cakap LH Creative antara vendor yang menawarkan harga berpatutan. I'm not sure coz tak buat survey kat tempat lain disebabkan kekangan masa. Tambah confident lagi tiap kali dapat kad jemputan mesti tengok tempah kat mana dan kebanyakannya dengan LH Creative. Sepatutnya kad saya siap 25 Jan. Tapi last Saturday diorang dah call suruh collect. Saya pun usung la K.Cik merangkap supir saya pergi collect. Akhir kata walaupun kad jemputan saya simple tapi i looooooiiiiiiike it. wahaha=D

Friday, January 21, 2011

Dua Hati Menjadi Satu - Tema Warna Majlis Perkahwinan

Assalamualaikum w.b.t

Entry ni lama dah terperuk dalam draft. Malas punya pasal sampai terlupa nak sambung. Tapi mesti ramai yang dah tahu kan tema warna saya apa. Yeah tepat sekali grey pink. Bagi 10 Marks kat siapa yang teka tepat tu. hehehe=)

Kenapa saya pilih warna grey pink. Kalau nak tahu pink bukanlah warna favorite saya. Warna favorite saya of course la purple kan. Ingat lagi zaman sekolah dulu memang anti gila dengan pink. Saya tak pernah ada baju colour pink time zaman sekolah tau. Sebab zaman muda-muda dulu lasak sikit. Cam tak macho je pakai pink. Poyo tak agak-agak statement zaman dulu kala. Tapi saya bukan tom boy yer kengkawan cuma lasak sikit je. hehehe. Bila dah belajar jadi feminin sikit, start belajar bela rambut panjang barulah boleh terima warna pink. Eh apsal dah melalut jauh ni. Ada sorang kawan saya, Nanie dia punya la terperanjat saya pilih warna pink. Ha diala yang ingatkan saya betapa menyampahnya saya kat warna pink dulu. wahaha.

ALkisahnya macam mana saya boleh terjebak dengan tema warna tu???Saya pilih baju warna grey Grey is one of my favorite colour . Bila dah settle pilih baju pikir nak pilih pelamin pulak. Ika, assistant K.zie tanya nak pelamin warna apa. Saya cakap tak kisah, asalkan saya tak nak warna yang nampak dull. N paling penting dalam gambar nampak lawa. Coz saya pernah tengok ada warna grey yang nampak dull bila pelamin colour yang sama @ putih. So, Ika mencadangkan warna pink untuk pelamin. Dia cakap warna pink tu akan naikkan seri. Saya pun setuju je la. Diorang lagi pakar kan. hehehe. So jadilah warna tema majlis bersanding saya grey pink.

Bila surf en.Google banyak rupanya wedding yang guna padanan dua warna ni. Nampak cantik. Then tetiba saya sekarang gila pink. Pantang tengok something pink laju je nak membazir.hohoho.

Tema nikah adalah putih yang suci lagi murni. Ramai yang kata boring la time nikah putih. Cuba la warna lain. Kan sekarang ramai yang dah buat warna lain. Tapi saya still nak putih gak. Budak degil memang cam tu. Cuma saya akan selitkan satu warna yang agak garang samada fuschia @ purple. Tapi kalau tak jumpa kasut idaman hati maintain putih je la. Belum decide lagi. Akan terjawab setelah saya dapat kasut nikah saya nanti.

Untuk malam berinai, persalinan saya pilih warna purple. K.cik cakap "Bagi chance la kat ko pilih colour purple." Untuk majlis bertandang pulak warna gold. Suka sangat persalinan yang bakal mak mentua saya pilih. Cantik.

Kesimpulannya tema warna majlis saya adalah seperti di bawah:

Majlis Nikah:-Putih/Putih - Fushia/Putih - purple - not decide yet
Majlis Berinai:-Purple
Majlis Bersanding:- Grey Pink
Majlis Bertandang:- Gold


Wednesday, January 19, 2011

Mari Bercuti

Assalamualaikum w.b.t

Esok cuti Thaipusam...Apa plan kengkawan semua???Asalnya saya tak ada plan nak ke mana-mana. Ingat nak lepak umah sewa je. Siapkan door gift dengan bunga manggar. Tetiba kakak saya, Uda ajak berjalan ke Cameron Highland pulak. Tak ramai yang join. Uda & Irfan, Abang Cik, Family Alang, Mak n Ayah tambah saya sorang lagi. So, follow je la. Dah lama tak g holiday dengan family. Last pergi Melaka kot aritu.

Tahun ni family saya banyak organize aktiviti. Hope semua yang dirancang akan terlaksana. InsyaALLAH. Antaranya this week ada tournament bowling. JV dengan company Alang. Bulan 5 Langkawi pulak. Pon JV dengan company Alang. Selalu pun cam tu. Buat trip family n also buat sekali family company Alang. Sekali jalan jer. hehehe

Monday, January 17, 2011

Problem is Masalah

Assalamualaikum w.b.t

Lagi sebulan lebih nak dekat majlis tetiba saya dikejutkan dengan satu berita yang amat mendukacitakan. Vendor khemah yang saya Bukan saya actually, tapi kakak saya :K.Cik deal tetiba tak cukup khemah yang saya nak n paling best sekali scallop PINK ada untuk berapa khemah je!!!!Abis tu tak kan la separuh khemah scallop lain separuh lagi colour lain. Rasa-rasanya patut marah ke tak.

Sebenarnya saya agak frust jugak la. Sebab khemah ni antara benda yang terpenting. So, saya awal-awal lagi dah bagitau my sister supaya confirmkan betul-betul. Saya siap dah bagi deposit untuk tanda confirm. Dia bagi tak bagi Wallahualam Dia cakap Abang khemah tu suruh confirm balik bulan 1 nanti. Ha ni bila dah bulan 1 confirm ni la jawabnya. Nak cari vendor lain belum tentu diorang free tarikh yang kita nak. Nak tak nak dalam tak ada pilihan terpaksa la terima je apa yang ada walaupun dah OVERBUDGET lebih separuh tau!!!

Awal-awal lagi saya memang dah bagitau kriteria khemah yang saya nak. Saya nak khemah Gazebo & Meja bulat. Tu adalah antara syarat saya coz saya prefer buat kat dewan tapi my mom tak bagi buat kat dewan.So, i nak layout tu nanti ala-ala kat dewan. Yang 1st vendor tu offer harga RM230 termasuk kerusi meja. Tak kira meja bulat @ meja empat segi. Berapa kali saya tanya betul ke. Sekadar nak confirmkan sebab murah sangat kot. Bila saya bagitau colour scallop yang saya nak. Kakak saya cakap abang khemah tu cakap scallop apa pun boleh. Time tu memang apa pun boleh. Bila tiba masa yang ado.

Vendor baru ni harga yang dioffer sebenarnya melebihi budget saya 2x ganda sebab meja bulat tak termasuk dalam pakej khemah yang disediakan. Tapi maybe demand yang tinggi nak meja bulat segala bagai kan ko TERPAKSA bayar je la lebih. Vendor khemah ni pun cakap direct je kat saya Cantik itu Sakit. Wah...baik punya falsafah. Tapi tengok gambar yang dia bawak time discussion tu macam ok la bayar lebih sebab cantik hasilnya. Tengok dalam gambar nampak cantik hope realitynya pun cantik la. Sebenarnya terfikir gak nak tukar je meja biasa, tapi saya dah book centrepiece. Celah mana pulak nak susun centrepiece yang berlambak-lambak tu jap g bila dah tukar meja.hohoho.

Nota kaki: Kagum dengan orang yang boleh buat muka tak bersalah padahal sebenarnya akibat daripada tindakan beliau menyebabkan plan saya lari secara keseluruhan.huhuhu.

Thursday, January 13, 2011

Centrepiece RM10 - Berbaloi-baloi



Menarik bukan centrepiece di atas. Nak bagi cun lagi tambah la decoration ape2 ikut kreativiti memasing. Yang bestnyer cun dan murah. Harga berpatutan. So, apa tunggu lagi anda boleh click sini untuk tahu lebih lanjut berkenaan promotion ni. Tuan blog ni sangat friendly. Senang nak deal.Jangan segan-segan nak contact dia k =)

Wednesday, January 12, 2011

Pencarian Kasut - Share Info Plz

Assalamualaikum w.b.t

Saya dalam proses pencarian kasut untuk nikah ni. Siapa tau kat mana nak cari kasut cantik-cantik yang sesuai untuk majlis nikah. Yang paling penting berbaloi untuk dibeli. Puas dah serata alam Poyo eh. Exaggerate lebey cari tak jumpa. Siapa yang ada info sudi2 la share yerk.

~Ehsan : Google Image~

Macam kat atas ni pun cun gak kan...tapi saya nak colour lain. Samada pink @ purple. Ada ke yerk agak-agak...huhuhu

Tuesday, January 11, 2011

Dua Hati Menjadi Satu - Preparation Part 11: Langsir

Assalamualaikum w.b.t

Dah alang-alang balik rumah tu saya terus la heret supir saya merangkap kakak saya iaitu K.Cik pergi survey barang-barang untuk wedding saya. Macam dalam previous entry saya dah cerita pasal cari perabot. Yang entry kali ni pasal langsir pulak.

Pergi pada hari yang sama. After settle cari perabot kitorang pergi cari langsir pulak. Masih ditemani dua orang kakak ipar saya merangkap tukang penasihat. Plan asal nak pergi cari kain kat Jakel. Oleh kerana budget saya dah terlari kat catering so, tukar plan cari kat Nagoya je la. wahaha.

Saya bagitau kat diorang langsir macamana yang saya nak, pilih kain tunjuk kat diorang n diorang bagi pendapat samada ok ke tak. Saya pilih design langsir yang paling simple. Sebab saya tak suka langsir yang scallop sarat barat tu. hohoho. Untuk tingkap bilik ada 2 pieces. Colour untuk sheer adalah putih tapi ada la pattern sikit kat kain tu n untuk yang lagi satu lapis tu colour maroon n also ada pattern sikit. Untuk pintu bilik pulak saya guna jenis kain yang sama cuma design je berbeza sikit. Gambar kain tidak sempat ditangkap coz saya tempah terus kat situ so, dia tak adalah siap-siap potong kainnya. Lagi 2 minggu dah siap langsir.

Before pergi tempah tu, saya dah siap ukur dulu rail n labuh yang saya nak. Sebab berdasarkan pengalaman yang lepas-lepas time nak beli langsir mengelabah tak tau ukuran. So, saya siap-siap ukur. Sesetangah kedai ada ukuran yang standard, kita cuma bagitau saiz pintu ataupun tingkap jenis apa, berapa panel. Tapi memandangkan yang rail rumah saya ni tinggi sikit diorang gantung daripada jarak pintu n tingkap so ukur la sendiri untuk langkah-langkah keselamatan. hehehe=)

Monday, January 10, 2011

Dua Hati Menjadi Satu - Preparation Part 10: Perabot Bilik

Assalamualaikum w.b.t

Weekend baru ni saya balik rumah family setelah seminggu tak balik. Seminggu tak balik dah kecoh.wahaha=) Family ada buat gathering untuk membincangkan perkara-perkara berbangkit berkenaan Majlis perkahwinan saya di sebelah malam. Thanx semua. Di sebelah petang tu kitorang buat BBQ plak. Dah lama tak buat BBQ reramai kot. Memang best.

Hari ni bukan nak cerita detail pasal tu, tapi nak update preparation. Saya dah selamat pun membeli perabot.Yeah. Suka...suka...Gambar tak dapat nak letak la. Nanti dah siap semua saya tunjuk yerk. Hiasan bilik berkemungkinan saya akan buat sendiri dengan bantuan k.Cik saya yang sungguh kreatif itu. Saya tolong bagi idea je yerk. hehehe.

Tema warna perabot adalah putih yang suci lagi murni. Saya pilih yang design modern coz saya tak minat yang berkerawang bagai walaupun orang kata selalu untuk wedding elok pakai yang classic sikit kan. Kepada kengkawan semua kat bawah ni apa yang patut anda buat sebelum/semasa membuat pemilihan pembelian perabot. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Saja nak share kat sini supaya kengkawan tak jadi macam saya. hohoho

1. Tentukan konsep, warna & budget yang anda inginkan. So, vendor boleh tunjuk koleksi perabot yang bersesuaian dengan kehendak anda.
2. Bawalah bersama tukang penasihat yang boleh memberi pandangan dan idea. Kadang-kadang kita memerlukan pendapat orang lain dalam membuat keputusan. Apa-apa pun keputusan adalah tetap di tangan anda sendiri.
3. Rancang dengan betul apa yang diinginkan. Kalau rajin buat la layout sikit. Sketch je pun tak pe. Complete dengan kedudukan bukaan, tingkap, pintu, n halangan apa-apa seperti beam dekat tengah2 bilik.
4. Pastikan keluasan bilik anda. Tu la gunanya layout ni tadi.
5. Pilih perabot yang bersesuaian dengan keluasan bilik anda.


Perkara 1-2 tu saya buat dan berkesan. Saya nak design modern, warna putih n budget dalam range yang telah saya tetapkan. So senang. Skop pemilihan saya telah diperkecilkan. Tukang penasihat pulak saya bawa K.Cik saya n dua orang kakak ipar saya yang banyak membantu. Diorang memang best sebab tak push pon saya nak pilih ikut apa yang diorang nak. Bagi kebebasan kat saya untuk buat pilihan tapi dalam masa yang sama bagi pandangan yang bernas.

Perkara 3-4 tu saya tak buat dan kesannya....isk...isk...Saya telah terbeli perabot yang besar n tak sepadan dengan keluasan bilik. Memang silap besar. Perasan bilik besar padahal sekangkang kera je biliknya pun.hohoho. Tak terfikir time tu pun yang perabot saya pilih tu muat ke tak. Saya just fikirkan camne diorang nak bawak masuk dalam bilik je. wahaha. Lagi satu kan, kat kedai kita takkan perasan pun yang perabot kita pilih tu besar coz kedai tu sendiri dah memang luas. Nanti keluarla ayat "Eh tadi besar macam ni ke?" atau "Rasa tak besar cam ni pon"

Nasib baik saya minta ukuran perabot dekat kedai tu, kalau tak lagi haru la jawabnya bila perabot sampai tetiba tak muat. Dan lebih bernasib baik balik-balik saya terus ukur. Kalau nak ikutkan muat je if saya letak katil kat tingkap. Tapi saya pulak tak nak block tingkap n pilih nak letak katil kat tengah-tengah alam. Lagipun saya dah tempah langsir yang labuh sampai lantai rugi lak rasanya kalau block kat situ. huhuhu.

Masa dah tau tak muat tu rasa down sikit la... Ye la dah pilih yang cantik-cantik tetiba tak muat. K.Cik bagi idea letak katil kat tingkap. Saya pulak tak nak. Nasib baik la wardrobe yang saya pilih tu ada dua size. So, saya buat keputusan untuk tukar wardrobe yang lebih kecil. Selesai masalah.

Kesimpulannya pepatah berbunyi ukurlah baju di badan sendiri, tapi dalam kes saya ukur perabot di bilik sendiri. wahaha

Tuesday, January 4, 2011

Dua Hati Menjadi Satu - 60 Days To Go


~Ehsan : Google Image~

Assalamualaikum w.b.t

Wah 60 hari lagi menuju misi Dua Hati Menjadi Satu. Dup dap dup dap rasanya. huhuhu. Sebab banyak lagi yang belum siap.hohoho. Saper suruh buat last minute. Marah kat diri sendiri je la. Ok marilah mengupdate status progress apa yang saya dah siap.

Prosedur
1. Kursus Kahwin [Saya & Mr. Teddy done]
2. HIV Screening [Saya & Mr. Teddy done]
3. Borang-borang [Tunggu Mr.Teddy settlekan part dia]

Majlis Nikah
1. Baju Nikah [done tempah]
2. Tudung & Veil [tudung done tempah, veil not yet]
3. Kasut
4. Make up [done booking - ambil sekali package Mak Andam hari Sanding]
5. Cincin Mr. Teddy
6. Bunga Tangan
7. Bantal Nikah [done booking - ambil sekali package Mak Andam hari Sanding]
8. Door Gift [done tempah]

Majlis Sanding/Majlis Berinai

1. Pelamin [done booking - ambil sekali package Mak Andam]
2. Baju [done booking - ambil sekali package Mak Andam]
3. Make up [done booking - ambil sekali package Mak Andam]
4. Bunga Tangan [done booking - ambil sekali package Mak Andam]
5. Aksesori [done booking - ambil sekali package Mak Andam]
6. Kasut [done booking - ambil sekali package Mak Andam]
6. Door Gift - on going
7. Kompang [done]
8. Lauk Makan Beradap [done - kawan Uda]
9. Bunga manggar - on going
10. Korsaj [done]

General

1. Catering [done - Mak yang settlekan]
2. Khemah [done - kawan K.Cik]
3. Photographer [done]
4. Videographer [done]
5. Perabot bilik
6. Decoration Bilik - on going, beli sikit-sikit
7. Kad Jemputan [done tempah]

Kebanyakannya yang ditempah masih belum berada di depan mata. Sebab saya tempah lambat. wahaha. Yang major-major kebanyakannya saya dah siap booking. Vendor dalam proses untuk menyiapkan la kot. InsyaALLAH by akhir Januari ni kebanyakannya dah ready. So, kira-kira sempat la kot eh. Big thanx to my family n Mr.Teddy yang banyak support samada dari segi idea, kewangan, tenaga dsbnya.

Nota kaki : - Checklist ni general je yerk. Saya letak item yang major-major. Checklist untuk majlis perkahwinan sepatutnya lebih terperinci. Checklist yang terperinci ada dalam simpanan saya. Siap-siap print out. Senang nak bawa ke sana sini.

Monday, January 3, 2011

Dua Hati Menjadi Satu - Penetapan Hari

Assalamualaikum w.b.t

Baru-baru ni bakal mentua telah mengadakan lawatan muhibbah ke rumah keluarga saya. Tujuan lawatan kali ni lebih kepada perbincangan lanjut berkenaan tarikh, aturcara majlis, mas kahwin, batal air sembahyang dsb. Tarikh majlis dah ditetapkan sebelum mak n ayah pergi menunaikan haji lagi.

So, kali ni saya fokus kepada pemilihan tarikh la yerk. Pemilihan tarikh dalam majlis perkahwinan memainkan peranan penting. Pemilihan tarikh juga boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya:-

1. Pendapat kedua belah pihak. Terutama ibu bapa dan adik beradik serta saudara terdekat. Yang mana pendapat kawan-kawan ke tak pun saudara jauh ke rasa-rasanya tak perlu la kot. Pening pulak nanti nak memenuhi pendapat semua orang kan.

2. Musim Cuti samada cuti sekolah ke cuti umum atau kelepasan am seperti Cuti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Raya Cina, Deepavali dan Krismas. Bukan apa, jika memilih musim cuti ia dapat dapat dihadiri oleh sanak saudara dan rakan-rakan yang jauh. Memudahkan mereka juga sebenarnya. Tak perlu la minta cuti semata-mata untuk menghadiri majlis perkahwinan kita. Harus diingat juga musim cuti adalah musim perkahwinan. Kemungkinan pertembungan tarikh akan berlaku.

3. Tarikh kahwin saudara mara, jiran-jiran dan kawan-kawan rapat. Saudara mara tu ambil kira saudara mara terdekat. Kalau jiran pulak yang satu jalan dengan kita terutama yang buat di rumah. Ni semua untuk elakkan pertembungan tarikh. Kalau saudara mara ataupun kawan-kawan rapat pastilah kita dilingkungi oleh kenalan yang sama. So, nanti tetamu confuse pulak nak pergi yang mana. Kalau dekat-dekat tempatnya ok la jugak kan. Boleh lari-lari. Tapi kalau dah sorang kat Selangor, sorang kat Terengganu. Ha pening dah. Dua-dua rapat ni. Dua-dua tak nak bagi kecik hati ni. Ha camno. Kalau jiran pulak [terutama yang buat di rumah] yang satu jalan, masalah parking akan timbul. Tetamu pon keliru nanti. Dah selamat isi perut [burp...Alhamdulillah] tengok-tengok pengantin salah. Tapi sekarang mungkin dah tak akan berlaku sebab dah ada bunting, banner segala kan. Tapi sebarang kemungkinan haruslah dielakkan.

4. Simpanan mencukupi. Buatnya time majlis duit simpanan tak cukup jawapannya loan PaMa. Buatnya mak suri rumah n ayah dah pencen macam saya mana nak cekau duitnya tu. Tapi selalunya camne pun mesti mak n ayah akan tolong betul tak. hehehe=)

Dalam kes saya, masa time bertunang memang dah decide nak buat bulan 12 atau bulan 3. Memandangkan mak n ayah saya pergi haji, so tetap pada bulan 3. Pihak Mr.Teddy bercadang nak buat time cuti sekolah. Yang belah saya lebih flexible. Sebolehnya cuba mengelak cuti sekolah. Nak elak bertembung punya pasal.

Keputusan diambil pihak saya seminggu sebelum cuti sekolah bulan 3, pihak Mr.Teddy minggu awal cuti sekolah. Masa ni taqwim sekolah 2011 belum keluar lagi pun tapi decide je macam tu. Tentative tarikh je ada. Bila taqwim dah keluar so cuti sekolah jatuh pada 12 Mac 2011 - 20 Mac 2011. Majlis belah saya pada 6 Mac 2011, majlis belah Mr.Teddy 13 Mac 2011. Majlis Nikah kami 5 Mac 2011. Semoga semuanya berjalan lancar. InsyaALLAH.

Permulaan Di Tahun Baru


Assalamualaikum w.b.t

Hye everyone. Memulakan hari pertama bekerja di tahun baru dengan semangat kesukanan berkobar-kobar. Malam tadi dah siap-siap iron baju. Bangun awal gila hari ni. Wah macam budak darjah satu nak masuk sekolah pulak erk. Harapnya semangat ni diteruskan sampai ke akhir tahun la eh. Jangan hangat-hangat tahi ayam udah la =).

Hari ni saya dapat good news yang membuatkan saya senyum sampai ke telinga [time menaip entry ni pun senyum tak lekang lagi, sampai nak terlekang pulak gigi. wahaha=D]. Ni semua ada kena mengena dengan contest yang saya join. Nanti saya share yerk bila tuan punya blog dah buat official announcement. Berita baik di tahun baru. Harapnya pas ni akan bertambah-tambah la lagi berita baik n gembira yang saya akan dapat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...