Saturday, December 31, 2011

SUKA DUKA 2011

Assalamualaikum w.b.t

Tahun 2011 amat bermakna dalam hidup saya. Boleh dikatakan tahun bersejarah sebab banyak peristiwa bersejarah yang berlaku dalam hidup saya sepanjang tahun 2011 ni dan meninggalkan kesan mendalam serta bawa perubahan dalam hidup saya. Ada suka, ada duka. Oleh kerana hari ni last day 2011, saja la nak share suka duka sepanjang 2011 ni.

1. Mac 2011 - Status berubah menjadi Puan.

5 Mac 2011, lepas Asar saya secara rasmi bergelar isteri kepada pujaan hati,Mr.Teddy. Dalam blog ni saya dah pernah story berkenaan persiapan dan juga hari bersejarah. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan seperti dirancang. Tapi yang lebih penting adalah kehidupan selepas hari bersejarah tu. Perlu ada persiapan fizikal dan mental. Tambahan time awal-awal fasa baru ni kami adalah pasangan jarak jauh (PJJ) yang mana memerlukan pengorbanan dari segi masa, duit dan tenaga. Persefahaman dan saling bertimbang rasa amatlah penting menghadapi situasi ni. Dan Alhamdulillah saya happy dengan kehidupan saya sekarang di samping suami tercinta. Terima kasih wahai suamiku yang terima baik dan buruk isterimu ini.

2. April 2011 - Benih Cinta Mula Bercambah

Alhamdulillah tak lama lepas kami diijab kabulkan, kami menerima berita gembira yang saya berbadan dua. Syukur dengan rezqi Allah ini.

3. Mei 2011 - Kehilangan Insan Yang Disayangi : Abah

Tanggal 1 Mei 2011, saya kehilangan bapa angkat tersayang. Terima berita ketika sedang ber'babymoon' di Bali. Jauh dari tanah air. Tak dapat melihat jenazah Arwah buat kali terakhir. Tapi sempat melawat dan berborak dengan Arwah sebelum berangkat ke Bali. Al-Fatihah untuk Arwah Hj. Darus bin Mat. Moha rohnya ditempatkan di kalangan golongan beriman.

4. Julai 2011 - Kehilangan Insan Yang Disayangi : Ayah

Ayah pergi meninggalkan kami sekeluarga pada 26 Julai 2011. Seminggu sebelum berpuasa. Terima berita time otw ke pejabat. Berjuraian air mata dalam train. Al-Fatihah untuk Arwah Hj. Othman bin Rus. Moha rohnya ditempatkan di kalangan golongan beriman.

5. Ogos 2011 - Ramadhan Pertama Sebagai Isteri

Sambut Ramadhan di samping suami tercinta di rumah sendiri. Serba serbi kena buat sendiri. Huhuhu. Selalu bangun sahur semua dah tersedia. Ada la beberapa kali memasak. Yang lainnya adalah juadah di bazar Ramadhan. Hehehe.

6. September 2011 - Syawal Pertama Sebagai Isteri

Pertama kali menyambut Syawal di samping suami bersama keluarga mentua. Berjauhan dari keluarga. Sedihnya beraya di perantauan. Huhuhu. Nasib baik keluarga mentua happening gak so tak ada la terasa sangat.

7. Oktober 2011 - 26 tahun sudah menghela nafas

26 tahun hidup di bumi Allah ni. Alhamdulillah dikurniakan suami, keluarga, mentua, ipar-ipar yang penyayang dan memahami. Tiada sambutan istimewa candle light dinner ke apa. Tapi suprise daripada suami sudah cukup menggembirakan hati.

8. November 2011 - Kehadiran Cinta Hati

Setelah 38 minggu membawa cinta hati kami dalam perut, tanggal 27 November sungguh bermakna dengan kelahiran Ejoy jr.. Tambah bermakna status berubah menjadi Ummi pada 1 Muharram. Alhamdulillah dengan kehadiran Ejoy Jr. yang akan lebih mewarnai kehidupan kami.

Sekian sahaja kisah suka duka dalam hidup saya sepanjang 2011. Semoga tahun 2012 akan lebih baik dan menggembirakan. Semoga lebih dilimpahkan rezqi dan dipanjangkan umur untuk mengharungi kehidupan mendatang di samping keluarga tercinta. Amin.BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...