Thursday, September 8, 2011

SAMBUTAN AIDILFITRI

Assalamualaikum w.b.t

Barulah hari ni nak mengupdate kisah raya kan. Seperti yang telah diwar-warkan sebelum ni bahawa saya akan beraya di rumah keluarga mentua dulu sebelum pulang beraya di Klang. Perancangan x berubah. Hari Ahad malam lepas settle kemas rumah, kami pun berangkat pulang. Mr.Teddy x boleh tahan nak balik kg dia cecepat. Senyum sampai telinga tu.

Aktiviti persiapan raya kat rumah mentua sangat-sangat berbeza dengan kat rumah sendiri. Lebih relax daripada rumah sendiri. Tak ada aktiviti masak memasak pun. Sampai saya jammed tak tau nak buat apa. Hohoho. Kalau kat rumah saya, sehari before raya tu la nak buat semua. Time tu la nak masak rendang, time tu la nak rebus ketupat, time tu la nak kemas-kemas rumah, pasang langsir segala. Memang kecoh habis la. Hahaha. Tapi mak saya cakap aritu tahun ni semua benda settle awal. Tak ada la kelam kabut sangat. Hehehe. Dah petang raya tu baru la mak mentua saya masak rendang untuk makan dengan lemang. Mr.Teddy g beli lemang. Barula terjawab kenapa aktiviti lebih relax sehari sebelum raya tu. Tak ada ketupat. Nak kemas-kemas pun rumah mentua dah sedia kemas. Hehehe

Pagi raya tu adalah jugak sesi bermaafan lepas sembahyang raya. Part ni paling touching la. Saya n Mr.Teddy dah siap salam dalam bilik berdua. So, kalau nak berjurai air mata pun xsegan sangat. Wahaha. Memang sah-sah la berjurai air mata kan. Nampak sangat banyak dosa. Kuikuikui. Mr.Teddy bagi saya duit raya=) Senyum sampai telinga sebab dapat extra. Hehehe. Dah lepas salam-salam semua pergi beraya rumah Atuk Kg.Manggis (atuk belah ayah) lak. Before tu ada sesi bergambar dulu.


~Sesi bermaafan bersama ibu mentuaku~


~Nampak cerah diri sebelah orang gelap~


~Family Potrait~

Ramai dah orang time kami sampai tu. Menu nasi minyak n spaghetti. Memang terbaek dari ladang. Selalu kat rumah saya menu ketupat n rendang jerk. Satu kelainan. Melantak tak ingat la.

Pastu g masuk kampung. Beraya belah Mak mentua saya plak. Start dari rumah Atuk, pastu rumah pakcik yang sulong, pastu rumah Mak Ngah, pastu ada lagi satu rumah sedara Mr. Teddy. Bayangkan setiap rumah tu menu lain-lain n saya memang melantak habis kat setiap rumah tu. Hohoho.



~ Bukti budak kuat melantak...Pas balun nasi minyak sambung spaghetti~

~ Tak abis mengunyah lagi~


~Ni dinamakan sesi lawan perut laki bini~

Tahun ni dapat balik duit raya. Last year Mr.Teddy je yang bagi. Tahun ni banyak sikit dapat sebab Atuk n aunty2 kat Kg.Manggis ada yang bagi. hehehe. Segan plak rasa dah jadi Mak Buyong pun still dapat lagi duit raya. Hehehe.

Sambutan raya memang la sangat berbeza. Tapi kemeriahan tetap dirasai. Family Mr. Teddy besar macam family saya gak. So bila berkumpul tu memang kecoh habis la kan. Hehehe. Saya enjoy sangat beraya dengan keluarga mentua.

Hari raya kedua, mentua buat open house. Ramai la juga tetamu yang datang. Bila tetamu dah reda sikit petang tu kami pun balik ke Klang.

Jadual beraya di Klang sangat la penuh. Semuanya hasil perancangan Ancik yang memang tak boleh duk diam kat rumah bila hari raya. Hari raya ke-3 pergi ke Sabak Bernam, Tanjung Karang n Ijok. Raya ke-4 ke Seremban. Raya ke-5 ke Slim River rumah mentua saya n Kg.Manggis. Raya ke-6 ke KL plak. Dan kerja saya sepanjang minggu tu adalah melantak je. Hohoho. Badan membesar bagaikan juara.


~Peace No War~

#sumber gambar adalah daripada facebook & blog adik2 iparku. Thanx korang. Mr.Teddy x guna pon camera dia. Nak suh framekan kot camera tu.hoho

2 comments:

  1. wahh..dah nampak perut ko airen... hehe...

    ReplyDelete
  2. Tu r pasal kan...dah kijernyer asyik makan je...hoho...selera aku menjadi2...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...