Monday, August 1, 2011

SALAM RAMADHAN


Assalamualaikum w.b.t

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada semua umat Islam di dunia. Jangan ponteng puasa ye kengkawan. Selain daripada icapan Ramadhan yang saya nak share kat sini ada jugak benda lain yang nak dikongsikan.

Tahun ni pertama kali menyambut Ramadhan di samping suami tercinta. Kalau sebelum ini bersahur di rumah keluarga, bangun untuk bersahur je. Yang lain K.cik dah tolong siapkan. Kalau bersahur di rumah bujang pulak, roti cicah milo pun dah ok. Untuk tahun ni bersahur bersama suami berdua sahaja. Tak ada maknanya ada orang lain yang tolong sediakan. Sendiri buat la. Alhamdulillah untuk hari pertama sahur ni saya berjaya masak untuk kami berdua. Tu pun petang semalam baru pergi beli barang dapur. Almaklumla kami ni kan baru masuk rumah. Last week pulak sepanjang minggu berada di Klang. Saya minta paksa juga Mr.Teddy pergi cari tong gas. hehehe. Punya la semangat nak memasak. hehehe. Perasaan sangat teruja menyambut Ramadhan bersama buat pertama kali as husband n wife. Mr.Teddy duk tersengih-sengih je time makan. Tak tau le sebab seronok ke sebab sedap sangat ke PERASAN atau sebab tak sedap. hehehe.

Selain daripada keterujaan menyambut Ramadhan bersama suami ada juga berita duka yang saya nak kongsi. Saya baru sahaja kehilangan Ayahanda tercinta pada hari Selasa yang lalu bersamaan 26 Julai 2011. Alfatihah untuk arwah Ayah. Moga rohnya ditempatkan di kalangan golongan yang beriman. Dapat berita masa otw nak pergi office dalam train. Dalam train tu jugak berjurai air mata saya. Alang call suruh balik rumah bagitau yang Arwah Ayah nazak. Alang pun tak sure keadaan Arwah Ayah time tu. Saya call balik rumah diorang bagitau Arwah Ayah dah tak ada. Saya terus call Mr.Teddy.

Mak cerita Arwah Ayah pergi dengan mudah. Alhamdulillah. Masih sempat ke bilik air untuk buang air sebelum meninggal. Time tu Arwah ayah dah cakap dah dengan Mak yang dia dah nak meninggal. Arwah Ayah dah rasa yang masa dia dah dekat.

Teringat saya time bawa Arwah Ayah ke Hospital Klang beberapa bulan yang lepas. Arwah Ayah ada cakap dengan saya dan suami kalau ayah masuk hospital lagi itu adalah yang terakhir. Bila kami duduk adik beradik ada je peristiwa yang diingati yang menunjukkan tanda-tanda akhir Arwah Ayah. Tapi kita mana la sedar kan.

Seminggu sebelum Arwah Ayah meninggal mata saya belah kiri asyik duk berkelip sendiri je. Teringat pulak time Arwah Mak Mun meninggal saya ada tanda yang sama. Tapi kali ni saya tak terlintas langsung Arwah Ayah yang akan pergi. Sebab Arwah Ayah sihat. Arwah Ayah memang la ada macam-macam penyakit penyakit berangkai . Dah berulang kali keluar masuk hospital. Tiba waktu dia pergi, dia bukan sakit yang terlantar. Batuk-batuk orang tua. Cuma pagi Arwah Ayah meninggal tu, Arwah Ayah mengadu sakit dada dan muntah lepas diurut dada. Sehari sebelum Arwah Ayah meninggal, Arwah Ayah masih boleh bawak motor pergi minum kat kedai walaupun dah ditegah banyak kali . Ramai jiran yang turut terkejut dengan pemergian Arwah Ayah sebab tak de dengar berita yang Arwah Ayah tak sihat. Hujung minggu lepas kami berkumpul adik beradik. Tak ada sebarang perubahan pada diri Arwah Ayah, cuma Arwah Ayah lebih banyak mendiamkan diri. Tak banyak cakap sangat.

Arwah Ayah dikebumikan lepas Zohor. Alhamdulillah rezeki Arwah Ayah ramai yang berjamaah solat jenazah. Jenazah Arwah Ayah diiringi dengan kawan-kawan Along bermotosikal dari masjid ke kubur. Lebih 10 biji motor yang mengiringi. Segala urusan dipermudahkan. Alhamdulillah.

Paling bermakna hajat Arwah Ayah untuk menunaikan Fardhu Haji tercapai. Alhamdulillah. Saya tak rapat dengan Arwah Ayah tapi Arwah Ayah tetap menjadi kesayangan saya. Tetap ada kenangan antara saya dengan Arwah Ayah. Mr.Teddy cakap Arwah Ayah pergi ibarat seorang tokoh sebab dihormati di kawasan perumahan saya. Arwah Ayah memang terkenal di kawasan perumahan saya semasa hayatnya. Sebab dulu Arwah Ayah meniaga surat khabar dan aktif politik masa muda. Mr. Teddy cerita kalau pergi Jumaat sekali dengan Arwah Ayah mesti ramai yang menegur. Masa hari Arwah Ayah meninggal pun mereka yang datang melawat ramai yang bercerita tentang budi Ayah yang banyak menolong orang setempat tak kira dari segi usaha, tenaga atau wang ringgit. Arwah Ayah meninggalkan nama yang besar di kalangan orang setempat membuatkan kami bangga menjadi anak Haji Othman bin Rus. Semoga kami anak-anak Arwah Ayah akan turut mengikut jejak langkah Arwah Ayah yang banyak menolong orang. Moga roh Arwah Ayah ditempatkan di kalangan golongan yang beriman. Alfatihah.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...