Friday, August 5, 2011

Kisah Train Yang Tak Abis-abis

Assalamualaikum w.b.t

Rasanya before ni saya dah pernah cerita pasal topik ni. Topik kekurangan kesedaran di kalangan orang kita untuk bagi keutamaan kepada mereka yang lebih memerlukan untuk duduk dalam train samada komuter atau pun LRT [click sini]. Siapa golongan yang lebih memerlukan? Orang yang kurang upaya, orang-orang tua, ibu-ibu mengandung atau mereka yang bawa anak kecil. Saya bercakap bukan sebab keadaan saya yang sedang berbadan dua sekarang ni dan selalu tak dapat keutamaan untuk duduk. huhuhu. Tapi memang realiti ini lah yang berlaku. Rasa-rasa macam nak tulis kat surat khabar atau pun buat Aduan Rakyat kat TV3. Aci tak? Isu-isu kan akan cepat selesai kalau masuk TV. Kalau tak masuk TV sume orang buat endah tak endah je. hohoho.

Situasi ni agak kritikal sebenarnya. Daripada saya bujang dah sampai jadi mak buyung. Daripada saya menjadi orang yang bersimpati dengan nasib mereka yang terpaksa berdiri sehingga dah jadi mereka yang patut disimpatikan pulak sekarang ni. hehehe. Orang kita masih ramai yang terlena. Masih belum sedar. Keadaan saya ni masih boleh dipertimbangkan la kalau tak diberi keutamaan sekali pun sebab tak ada la kritikal sangat. Alhamdulillah larat lagi nak berdiri. Walaupun kekadang rasa nak nangis je sebab perut tegang n kaki lenguh. Macam mana dengan orang-orang tua atau akak-akak yang dah betul-betul sarat.

Saya pernah tengok ada sorang akak ni memang dah sarat terpaksa berdiri. Sian kat akak tu. Saya pun tengah berdiri time tu. Akak ni kejap-kejap pegang perut dia. Malangnya tak ada sorang pun yang nak bangun dan bagi akak tu duduk. Bagi yang tidur boleh ampun la lagi kan, naik dari stesen yang awal kalau dah tidur memang lena tak ingat. Tau-tau je dah sampai. Tapi camna dengan yang tak tidur tu. Sibuk membelek hand phone, membaca, menundukkan muka konon-konon tidur padahal mata duk terkebil-kebil . Siap ada yang cakap lagi kalau dah tau sarat buat apa la naik train. Tapi maybe akak tu pun macam saya tak sampai hati nak paksa en.suami hantar ke pejabat dengan meredah jammed yang amat dasyat di KL. Selagi terdaya digagahkan jugak la.

Habit lain yang saya selalu perhatikan golongan kurang kesedaran ni akan buat apa tau. Katakanlah diorang tak tido atau tak buat apa-apa dan terpandang golongan yang memerlukan ni untuk duduk confirm diorang tak akan toleh-toleh lagi dah kat tempat orang tu berdiri. Pastu kekadang akan keluarkan handkerchief lap-lap hidung atau picit-picit kepala. Ok faham anda tak sihat. Tapi lepas turun ko la orang paling bersemangat sekali memecut terus keluar dari train. Terus jadi sihat eh.

Tapi tak semua pengguna macam tu. Ada lagi yang masih bertimbangrasa dan mempunyai kesedaran. Alhamdulillah. Yang selalu saya perhatikan agak prihatin atau akan bangun untuk bagi duduk adalah bukan nak puji lelebih yerk tapi mereka ni la yang selalu akan bangun untuk bagi saya duduk orang lelaki yang berbangsa Cina lingkungan umur 20 an ke 40 an. Adik-adik perempuan Melayu yang maybe pelajar sekolah, kolej atau universiti. Abang-abang Melayu yang range umur 30an ke 40an Maybe abang-abang ni ada isteri-isteri yang pernah menghadapi nasib seperti saya . Terima kasih banyak la kepada mereka yang prihatin ni. Kadang-kadang saya terfikir jugak camne dengan golongan akak-akak kita. Mereka ni la golongan teramai yang akan toleh ke tempat lain bila perasan ada golongan yang memerlukan untuk duduk. Akak-akak ni tak pernah ada pengalaman yang sama ke erk. Wallahualam.

Kadang-kadang pelik juga tau kat cermin LRT atau Komuter tu dah terang lagi bersuluh tampal sticker tapi tak de jugak kesedaran. Kadang-kadang tengok masing-masing kerja dasat-dasat C**B B**K tak pun S**E D**B* tak pun M**A tak pun J*R. Camno tu. Silap kat mana la agaknyer erk. Rasa-rasanya media massa dan elektronik kena main peranan jugak la. Cuba la buat iklan berkenaan kesedaran ni macam iklan Adlin Aman Ramli dulu-dulu. Sedikit sebanyak maybe akan terkesan di jiwa mereka. Bila iklan-iklan macam tu hangat dipertontonkan di kaca TV tak kan la tak terdetik langsung kan nak bagi duduk kalau nampak golongan yang lebih memerlukan. Betul tak.

Bagi mereka yang dah dibagi duduk tu pulak jangan la lupa mengucapkan terima kasih. Ha yang tu dah masuk kempen 'Budi Bahasa Budaya Kita'. Saje nak share kisah rakan lain yang sama-sama naik train. Akak ni nampak ada ibu mengandung yang tengah berdiri di hadapan dia. So, akak ni pun bangun la bagi duduk kat ibu mengandung tu. Tapi ibu mengandung tu pulak tak ucapkan terima kasih kat dia. Frust jugak la kan akak tu dibuatnya. Macam-macam hal.

Apa yang penting tepuk dada tanya hati anda berada di golongan yang mana.Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...